Daeng | Tun Isyak ¹

143 31 0
                                    

Danny mengerling Mastika yang seronok berjalan disisinya. Mereka hendak ke rumah tok penghulu. Siapa sangka orang tua itu ketua kampung. Sifatnya menjaga kebajikan sesama manusia sangat dihargai, patutlah dia dihormati oleh orang kampung.

Malam yang sejuk, namun terlihat bintang yang banyak di dada langit buatkan dia terpukau. Cantik.

'Kalau kat KL, nak nampak bintang banyak macam ni pun susah.' Danny tersenyum tipis.

"Kanda, bila tiba nanti Kanda harus menyalami Panglima hitam."

"Siapa panglima hitam?" Danny tertarik, nama dah gah, pasti pahlawan.

"Dia ketua silat istana. Dia nak guna lapangan rumah tok." Cerita Mastika. Danny faham, bermaksud akan ada perhimpunan di sana nanti. Patutlah orang tua itu memintanya datang. Mungkin datang membantu?

Sebaik tiba, seperti yang dikatakan Mastika, tanah lapang rumah tok penghulu sudah dihadiri beberapa orang berbaju hitam. Mereka sedang dalam latihan silat. Danny terpukau. Kalau ditempatnya ia dipanggil kelas silat. Dia dan Is selalu menghadiri kelas-kelas seperti ini di malam hari kalau masa luang.

"Daeng, engkau sudah sampai." Tok penghulu mendekati Danny lalu dibawa ke seseorang yang sedang fokus menatap anak muridnya yang sedang berlatih.

"Hitam, dia cucu angkat ku. Dia akan membantu memberi air kepada anak muridmu."

'Ha!? Bagi air!? Jadi ni ke pekerjaan aku suruh tok penghulu datang!?' Danny senyum terpaksa dalam kecewa. Dia menyalami Panglima hitam itu.

"Terima kasih Daeng, harap engkau sudi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Terima kasih Daeng, harap engkau sudi."

"Tak apa panglima, saya boleh melihat mereka melakukan silat." Tutur Danny.

Panglima hitam berkerut. Walaupun wajahnya tersorok, Danny tahu panglima hitam itu pelik dengan bahasanya.

'Ada aku kisah?'

Danny meletakkan beberapa air di cawan tempurung. Sudah disedia di anjung rumah. Kalau tak cukup, dia akan buat lagi. Tapi rasanya terlebih cukup.

Danny melihat ke halaman rumah itu. Beberapa orang sedang melakukan silat. Danny tertarik, ia adalah silat bunga. Dia juga sudah mempelajarinya. Di zaman moden, banyak jenis silat sudah ditemui serata dunia. Bahkan dia juga sudah mempelajari hampir kesemuanya.

Datang sekumpulan lelaki menghampiri Danny. Danny yang tak kenal sekadar senyum basa basi.

"Aku dengar engkau lupa ingatan setelah dipukul teruk oleh aku? Engkau ingat tidak aku?" Tanya si berbadan besar.

Danny berkerut. Jadi orang ini memukul Daeng?
Danny dengan selamba menggeleng. Watak sampingan macam mereka tak perlu kot diingat.

"Mahu dipukul lagi supaya engkau mengingati aku?"

Danny mencebik. Ni yang malas ni. Rugi betul dia datang.

"Katakan pada panglima hitam, kita guna lapangan. Aku bersedia untuk melawan kau." Ucap Danny dengan selamba menyerah air kepada beberapa anak murid panglima yang datang.

PERENTAS WAKTU CWhere stories live. Discover now