Danny | Sejora

117 26 0
                                    

Di pintu rumah itu, Danny petik gitarnya. Cuba menyanyi walaupun sedar suara Daeng sangatlah garau. Meski tidak sumbang tapi sesuai dibawak lagu rock.

"Hem, ehem."
Danny membetulkan anak tekaknya, lalu memetik gitar sambil menyanyi.

Manakala di dapur pula. Mastika menoleh, terkejut dengan abangnya yang bisa menyanyi. Dia perlahan duduk disebelah abangnya, menghayati bait-bait lagu yang ditutur abangnya.

"Mastika tidak sangka kakanda bisa menyanyi?" Kagum Mastika setelah Danny menghabiskan nyanyiannya.

"Bagaimana? Baguskah suaraku?" Danny menyoal sambil tersengih. Suka dipuji.

"Dari jauh saja sudah mendengar suara engkau Daeng, tidak ku sangka engkau bisa menyanyi." Tegur seseorang di sisi mereka.

Apalagi, terkejutlah si adik-beradik itu.

"Tok! Terkejut Mastika." Mastika menggelembung mulutnya. Malam-malam macam ni pulak dia pergi sorok tepi rumah. Bukan berteman dengan obor-obor api, siap steady pakai kain pelikat dan berbaju Melayu biasa.

"Kenapa tok kemari lewat malam begini?" Tanya Danny pelik, orang tua itu disalami. Cuba mengubah topik dirinya diperkatakan.

"Ikut aku rumah Drahman. Bawak jugak buah tangannya" Ajak tok.

Mastika dan Danny saling berpandangan, ah sudah. Kenapa pulak? Danny paling anti orang sombong macam Drahman.

"Kenapa ya Tok?" Tanya Mastika kepelikan.

"Itu kerana kakaknya Drahman sudah sadar dari tidur yang panjang." Tok penghulu tersenyum. Danny tak tahu siapa kakak Drahman tu.

"Oh dia? Mari kanda, kita pergi." Ajak Mastika lantas bersiap-siap. Cepat je dia berdiri tegak depan pintu rumah. Ah sudah, terpaksalah dia ikut.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Danny duduk depan pondok, ramai jugak yang datang menziarahi pesakit. Dikatakan, pesakit itu hampir terbunuh. Sudah tiga sepurnama pesakit itu tidak sadar. Mastika awal-awal sudah join mak cik-mak cik didalam rumah itu.

"Power jugak dia boleh hidup selama tiga bulan tanpa makan minum." Danny bergumam sendiri. Mengerling rumah itu. Bunyi telapak kaki kedengaran mendekat, Danny menoleh.

"Daeng, sudah lama tidak lihat engkau. Dengarnya engkau bekerja dengan Tun Isyak?"

Sapa seorang lelaki seumur dia. Danny tak kenal, sebagai Daeng dia buat-buat senyum semanis mungkin.

"Iya." Sepatah cukup memuaskan. Namun reaksi mereka kepelikan.

"Jarang benar engkau hendak senyum, hendak ketawa lagi tidak pernah. Engkau pelik Daeng." Tegur salah seorang dari mereka.

Danny tarik muka. Sengih sendiri. Dah agak, Daeng entah macam mana orangnya, asyik-asyik dia kena.
"Engkau tidak menjenguk dia?" Tanya lelaki di tengah tadi. Mereka semua entah macam mana sudah duduk satu pondok dengannya. Danny janggal tapi buat-buat cool. Telinganya cuba menangkap nama-nama mereka jika mereka sedang berbual sesama sendiri.

"Dia?" Siapa?

Mereka saling berpandangan, lagilah Danny risau, kenapa aku nak kena perati anak dara orang yang baru bangun dari koma?

PERENTAS WAKTU CWhere stories live. Discover now