Save Khairy ²

47 11 0
                                    

Flashback kejadian.

Khairy menunduk sedikit kepalanya, menghormati si abang yang kini sudah marah menyinga.  Setelah memberi laporan, dia menjelaskan perkara penting kali terakhir.

"Nǐ shuō shénme!? (KAU CAKAP APA!?)"

Wei Yang terus mengeluarkan pedang disisi, Khairy tenang tidak mengelak pedang yang sudah dihunus di lehernya.

"Wǒ yǐjīng shuōguò wǒ shì mùsīlín. Wǒ jiāng yǒngyuǎn liú zài zhèlǐ. (Sudahku katakan aku seorang Muslim. Aku akan tinggal selamanya disini. )" Khairy menegaskan kembali perkataannya.

"Cóng hé shí qǐ!? (Sejak bila!?)" Wei Yang marah. Berani Zei Wei berpaling agama tanpa sepengetahuannya! Pasti ayahandanya marah besar jika mengetahui tentang itu. Dia tidak menjaga adiknya disitu! Keras kepala adiknya bertambah teruk!

"Zìcóng wǒ cóng qiáng shàng shuāi xiàlái yǐlái, shìshí shì wǒ yǐjīng guīyīle yīsīlán jiào. Cóng nà shí qǐ, rúguǒ nǐ yìshí dào dehuà, wǒ yě huì xuǎnzé shíwù. (Sejak aku jatuh dari tembok, hakikatnya aku sudah memeluk agama islam. Sejak itu juga aku memilih makanan jika kau menyedari tika itu.)"

Mengigil tangan Wei Yang, jadi selama ini Zei Wei sudah lama memeluk Islam di kerajaan Cina?

"Rúguǒ huángdì zhīdào dehuà, nǐ jiùshì gè hàichóng. Nǐ jiāng bèi chǔjué! Nǐ zěnme gǎn wèi jīng yǔnxǔ ér jiārù lìng yīgè zōngjiào! Wǒ jiù zài zhèlǐ chéngfá nǐ! (Kau perosak, jika diketahui Maharaja, kau akan dihukum bunuh! Berani kau masuk agama lain tanpa kebenarannya! Aku akan menghukum kau disini!)"

Wei Yang mengarahkan orang-orangnya menangkap Khairy, pemberontak seperti Khairy harus menghadap Maharaja sendiri. Maka dia tak perlu meminta Sadiq membunuh adiknya itu lagi. Dia akan menunjukkan dialah yang terpaling taat dengan Maharaja! Dia harus gunakan kesempatan emas ini!

Khairy berusaha melepas diri, gerak taekwando menjadi benteng diri. Beberapa orang tumpas dikerjakannya. Wei Yang bengang.

Dengan tanpa kasihannya, dia mengambil kerusi kayu berhampiran lalu menghentak kepala Khairy dari belakang tanpa sedar oleh Khairy.

Perbuatan itu lantas buatkan Khairy jatuh pengsan mendadak. Darah segar mengalir di lantai. Wei Yang terbutang, adakah dia membunuhnya!? Tidak! Dia harus membawa Zei Wei menghadap Maharaja! Dia harus jadikan adiknya saksi orang-orangnya!

"Kàn kàn tā! Ràng zhèxiē pàntú huó xiàqù! (Periksa dia! Pastikan pemberontak ini hidup!)" Arah Wei Yang. Beberapa orangnya datang memeriksa Khairy. Selepas itu, dikatakan adiknya masih bernafas.

"Bǎ tā bǎng zài fángjiān lǐ, bù gěi tā chīhē. Ràng wǒ juédìng bǎ tā gěi tā. (ikat dia di bilik, jangan bagi dia makan atau minum. Biar aku memutuskan untuk memberikan padanya.)"

Orang-orangnya lantas memapah si Khairy. Wei Yang tersenyum sinis. Dia ada alasan untuk berkuasa jika Zei Wei dianggap pembelot. Menukar agama tanpa permintaan Maharaja. Orang-orang yang menghormatinya pasti akan berpaling tadah!

Wei Yang melihat beg Khairy, mencari barang yang dikatakan oleh Sadiq. Lantas digeledah beg kain Khairy.

"Bāng wǒ zhǎodào zé wēi yǒngyǒu dì nà tiáo liànzi! (Carikan aku rantai yang ada pada Zei Wei!)"

Orang-orangnya akur dan memeriksa seluruh tubuh, namun tiada di mana-mana anggota tubuh Khairy, hanya yang ada seruling saja. Mereka tidak tahu, rantai itu diikat bersama seruling. Disangka sekadar hiasan, maka tidak mengambilnya.

Wei Yang mendapat berita itu berkerut dahi, adakah Zei Wei menyerahkan rantai itu pada sesiapa?

Wei Yang tidak ambil pusing, biarlah. Yang penting dendamnya pada Zei Wei akan terlaksa. Tinggal dua sepurnama untuk mereka kembali, adiknya harus dihukum!

PERENTAS WAKTU CWhere stories live. Discover now