The reunion, the last hope ⁷

73 10 0
                                    

Long chapter, 6000+. Mohon anda baca bila keadaan selesa. Pastikan anda siap sedia dengan keadaan sekeliling. Lunaskan kewajipan penting dahulu sebelum terus membaca. Sekian dari author..

Kyya

__________________________________________

"Kapannya kembali lagi anakandaku?" Sari Kembang merisaukan anak bujangnya yang satu. Dipeluk erat melepas rindu.

"In Sya Allah sudah cukup kekuatan di dalam diri." Is mengusap kepala wanita itu. Dia juga terkilan dengan diri sendiri sebab tak mampu nak manjakan wanita itu seperti mamanya. Setidaknya biarlah Tun Isyak sendiri kembali. Dia tak janji.

Yang hanya menghantar penghantaran mereka hanyalah Tun Iskandar dan Sari Kembang memandangkan yang lain masih melayani tetamu. Al-maklumlah, mereka pergi masa majlis berlangsung. Kata nak cepat.

Setelah berpamitan, akhirnya mereka tinggalkan rumah tersebut.

"Wah, aku tak sangka Tun Iskandar betul-betul sebijik macam kau Is, yang peliknya macam mana kau tak masuk tubuh dia?" Sekali lagi Aliya bersuara tak puas hati.

Mereka berenam berjalan bersama ke desa berdekatan rumah Danny. Nak sapa Mastika pulak.

"Cakap aku, tapi kau ni lah yang paling pelik." Usik Is tersengih-sengih. Sempat dicubit pipi putih tembam Aliya.

Geram dapat sentuh yang fizikal punya.

Hendra yang melihat sudahlah cemburu buta. Ditarik Sari menghimpit dengannya.

"Oi kau Is, orang tu dah bersuami. Agak-agaklah kau nak picit pipi dia." Tegur Danny perasan dengan sikap Hendra yang sejak dari tadi tak bersuara.

"Oh ye eh, sorry tak perasan." Is tergelak. Lucu dengan sikap Hendra.

"Oh ye, aku datang rumah kau sebab gelang ni. So macam mana?" Aliya bukak topik yang dibincangkan. Tak sempat dia nak borak pasal gelangnya.

"Oh lupa, gelang kau pakai tu sama dengan gelang Dani." Jelas Is buat mereka semua terkejut. Danny menyinsing pergelangan tangannya. Menunjukkan gelang yang sama dengan Aliya.

Hendra terkedu melihat kejadian tersebut.

"Ia barang sakti Aliya." Jelas Danny.

"Mustahil, hanya bangsa manusia sahaja yang berhak menggunakan barang sakti. Jika itu bangsa kami, hendak menyentuhnya saja tidak dapat." Jelas Hendra lalu meminta Aliya menanggalkan gelangnya.

Selepas itu, dia meminta Aliya meletakkan di atas telapak tangannya. Hampanya, gelang itu jatuh tertimbus tangan Hendra.

Melihat kejadian aneh lagi takjub, mereka berpendapat bahawa barang sakti agak luar biasanya.

"Aku sudah mengenal Sari cukup lama, jelaslah dia memang keturunan Bunian. Hanya sahaja aku tidak percaya dia bisa memakainya." Jelas Hendra.

"Hmm, mungkin sebab kehidupan sebelumnya..." Bisik Aliya sedikit dengar atau tidak.

"Apa maksudmu Sari?" Hendra terganggu.

"Hmm, kali terakhir kau buat apa Aliya?" Tanya Danial ingin tahu. Dia akui bahawa Sari adalah Bunian, kerna dia sendiri menyaksikan Sari di alam bunian. Tapi itu Sari, Aliya belum muncul tika itu.

"Barang-barang korang dihantar Ameer ke rumah, aku selongkar beg Danny sebab beg dia bercahaya. Jumpalah gelang tu, jadi aku pakai." Jawab Aliya dengan tingkah polos.

Akhirnya keempat-empat pemuda itu bertepuk dahi. Aliya-aliya, dibuatnya macam barang dia.

Hendra pula tidak faham, tapi dia sabar menunggu isterinya menjelaskan nanti.

PERENTAS WAKTU CWhere stories live. Discover now