The reunion, the last hope ⁵

64 12 0
                                    

Masing-masing bekerjasama menghias tempat, Danny dan Is tidak ketinggalan bertukang membina tapak pelamin, kepakaran mereka dalam membina tapak pelamin lebih teguh memberi idea baru kepada tukang-tukang kayu, tak sia-sia diorang belajar bengkel kemahiran hidup di sekolah.

Danial pula sedang membantu di dapur. Kepakarannya memang membuatkan chef istana yang disewa sangat terkejut dengan menu-menu yang dicadangkan Danial. Semua mengujakan.

Khairy masih berehat di bilik, Is tidak membenarkan dia keluar. Bahkan disiapkan pengawal yang berjaga di pintu jika perlukan apa-apa.

Is mengelap peluh jantan yang merenik ke dahi. Dilihat kawan-kawannya bekerja keras membantunya. Maklumlah, dapat makan sedap kalau Danial yang masak. Lagi-lagi banyak bahan masakan tu.

"Dani, aku pergi periksa Khairy jap!" Jerit Is pada Danny. Danny melambai mengiakan.

Is berjalan ke halaman belakang rumah keluarganya, menempatkan rumah-rumah utama. Tempat yang di duduknya hanyalah rumah tetamu. Maka hanya malam tadi saja mereka menjengah rumah tetamu kerana hendak merawat Khairy sekaligus tidur disana.

Semasa hendak ke rumah tetamu, dia bertembung dengan Tun Iskandar yang berjalan serupa mayat hidup. Menonong je ke halaman rumah tetamu. Dahla masih pakai kain pelikat tak berbaju pulak tu.

"Apa kau perbuat di rumah tetamu Tun Iskandar?"

Namun tiada balasan, Tun Iskandar melepasinya begitu saja. Naik tercengang Is.

"Tun Iskandar?" Is cuba memaut bahu abangnya itu, namun juga tidak bereaksi, malah mata itu terlihat kuyu bersama senyuman melebar.

Naik bulu roma Is. Dilepaskan abangnya itu.
Tahulah nak nikah dengan Kesuma, tapi dah kenapa gembira dia lain macam?

Terdengar sayup-sayup suara seruling dari rumah tetamu. Is berkerut, saat ini Tun Iskandar menuju ke arah rumah tersebut.

"Hei kau nak kemana? Ni rumah tetamu." Is tarik Tun Iskandar yang sudah hendak naik ke atas, sudah pasti menuju ke arah bunyi seruling tersebut.

Tanpa disangka, Tun Iskandar malah menepisnya, bergerak laju mendekati bilik Khairy, semakin terdengar bunyi serulingnya merdu kian jelas. Semakin laju pula langkah Tun Iskandar.

Terkedu Is. Baru sahaja hendak menahan abangnya, pandangan berburam.

Kakinya melemeh tiba-tiba, dia kepeningan. Matanya berbinar kabur. Saat ini, dia seperti orang mabuk. Kenapa tiba-tiba?

Dia berpaling ke sisi, terlihat wajah Tun Iskandar memerah seakan terpukau sesuatu. Senyuman di wajah Tun Iskandar buatkan dia seriau dan risau.

Dah kenapa pulak mamat ni senyum-senyum macam orang tengah stim!?

'Pakai muka aku pulak tu! Hanat!'

Dia pulak yang geli.

Is mengagahkan dirinya, mata ditutup. Mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu, sehinggalah kerisnya bergegar hendak keluar. Pasti ada sesuatu yang tidak kena saat ini.

Tidak lama selepas itu, bunyi seruling berhenti.

Is bernafas kencang. Naik turun dadanya dek kesempitan nafas. Matanya dibuka, kali ini dia mampu melihat jelas. Kakinya tidak kebas seperti tadi.

"Eh? Kapan aku berada disini?" Tiba-tiba Tun Iskandar berkata sedemikian. Terkebil-kebil Is, bukan tadi mamat ni bukan main nak skodeng Khairy ke?

"Aku harus segera memakai persalinan persandingan, kapan pula aku disini?" Hairannya dan berkata sendiri. Dia lihat sekeliling.

Is berkerut.

"Engkau kemari sendiri, engkau tidak sadar?" Hairan Is.

"Kapan!?" Soalnya terkejut. Is lagilah, ternganga. Jadi memang Tun Iskandar terpukau?

PERENTAS WAKTU CWhere stories live. Discover now