Aliya as Sari

105 25 2
                                    

Aliya mundar-mandir di dalam biliknya. Kebaya putih dikenakan agak ketat menyukarkan dia bernafas tenang.

'Tenang Aliya, sebagai hantu paling cantik kau dah biasa hadap manusia.'

Aliya berhenti, dia tarik nafas dalam-dalam. Kemudian hembus dengan kasar.

"Sari, jadi sekarang aku Sari." Aliya tersenyum meleret, siapa sangka dia merasuk tubuh manusia. Rasuk ke? Atau memang dia dah control satu badan?

'Tapi aku kat mana?'

Aliya duduk bersila. Belakang badan ditegak, dia berfikir dalam-dalam. Dah gaya macam orang bertafakur jer..

"Gelang tu.." Aliya mengalih pandang.

Ada gelang yang sama dia pegang kali terakhir di rumah Danny. Geleng itu diteliti di lengannya. Aliya perasan ukirannya tidak sama seperti gelang yang berada dalam beg Danny. Takkan gelang ni ada satu lagi?

'Macam magic.'  Pengaruh anime ni.

Aliya sudah faham, dia dibawa oleh gelang cantik itu. Pasti ini alasan Danny dan yang lain tidak balik-balik ke rumah.

Sekarang, dia nak buat apa? Sekeliling bilik dilihat, agak kayu dan kuno. Seperti kehidupan dahulu kala. Namun bukan itu yang menjadi ketarikannya, berdasarkan ingatan Sari dia bukanlah manusia.

Bahkan kampung itu juga, penghuninya bukan manusia. Ya, mereka disini semuanya bukan manusia.

Mereka ialah..

"Bunian."

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Kaki dibawa ke luar rumah. Tasik di hadapan rumah sangat cantik. Ada nelayan disana menjala ikan. Takjub sebentar Aliya melihat pemandangan itu. Pergunungan pula memberi makna keindahan yang sukar dia hendak jelaskan.

"Sari..."

Terloncat Aliya. Dia terkejut dengan sapaan seseorang di sisinya. Dia yang dah sandang title hantu pun boleh terkejut. Bahkan dia sendiri tak sangka boleh tak sedar kedatangan lelaki itu.

Aliya terlihat wajah sayu itu. Ingatan Sari muncul.
"Iya bapak?"

"Engkau baik sahaja?"

Sari terdiam, dia ingat lagi kali terakhir Sari ditampar oleh bapaknya sendiri. Pada pendapatnya, Sari anak yang gedik dan suka berbuat masalah, cemburu dengan pertunangan orang lain. Aliya sendiri tidak suka dengan Sari. Sayang muka ambik dia tapi perangai rupa apa.

"Baik saja. Bapak hendak ke mana?" Aliya berbasa basi. Bagaikan membaca ingatan Sari, dia mampu berbahasa baik.

"Bapak, hendak ke pekan. Engkau mahu ikut?"

Aliya tersenyum lebar lantas mengangguk laju. Orang tua itu di dapatkannya lalu sengaja merangkul lengan bapaknya.

Orang tua itu terkejut.
"Bapak, Sari hendak beli kerang buat mak. Katanya tadi mengidam kerang. Sari ingin itu." Aliya cuba membodek.

Lama kelamaan, wajah yang tidak terlalu tua itu menyimpul senyum manis.
"Mari, bapak juga teringin kerang."

Pekan yang ramai dan terlihat biasa. Tiada yang aneh dan tiada juga yang pelik dimatanya. Aliya bagai rusa masuk kampung. Dia seakan berada di alam lain.

'Memang alam lain pun. Tiber..'

Aliya setia berpaut pada bapaknya Sari, risau tersesat dalam kerumunan orang. Selendang di kepala dibetulkan. Inilah kali pertama dia merasakan dirinya bebas.

"Engkau mahu ini Sari?" Bapaknya menunjukkan sesuatu. Aliya terkebil-kebil, tak tahu apakah ia. Semacam sayur. Selama jadi hantu, dia tak makan sangat. Selalu curi makanan Danny dalam peti sejuk. Hehehe.

PERENTAS WAKTU CWhere stories live. Discover now