Wajra | Sejora ²

104 22 2
                                    

Wajra melihat rumah Deang yang agak teruk dan seakan sudah diceroboh.

"Apa sudah terjadi?" Andika yang memapah abangnya merasa terkejut melihat keadaan itu.

"Mereka sudah bergerak, mencari keberadaan barang sihir itu." Wajra risau. Jika musuh mendapatkannya terlebih dahulu, pasti musuh menggunakan kekuatan dari barang terkutuk itu. Ia barang yang berbahaya. Jatuh ke tangan yang salah, binasa yang menanti.

"Dimana Deang Andika?" Tanya Wajra. Adiknya itu sudah menjadi mata-matanya dek dirinya belum sembuh total.

"Daeng masih bekerja sama Tun Isyak. Mastika kini berada dirumah Sejora."

Wajra menarik nafas panjang, dia cukup pening kenapa gadis itu masih terlibat.

"Dia itu berdegil." Wajra bergumam.

"Tapikan kanda, aku rasa dia hendak melatih Mastika." Jelas Andika tidak difahami Wajra.

"Maksud engkau?"

"Sejora kini menumbuhkan srikandi pemanah dan pasukan berkuda tiba-tiba. Drahman kata kakaknya tiba-tiba mengajari kesemua anak gadis yang ikut dengannya."

Wajra yang mendengarnya terkejut. Dia tak boleh halang Sejora, semua tu keputusan Sejora. Tapi kenapa? Adakah dia berfikir tanah Melayu Melaka kelak menjadi pertempuran?

'Sekejap, sekarang tahun ni berapa?'

"Andika, tahun ke berapa ini?" Tanya Wajra sedikit berdebar. Wajra berharap, mereka tidak masuk jalur peperangan sejarah Melaka.

"1560." Balas Andika yakin.

"Alhamdulilah." Wajra lega.

"Kenapa?" Andika bertanya pelik.

"Hanya orang dari masa depan saja tahu apa yang terjadi setiap tahun bersejarah Andika." Ucap Wajra.

Setahunya, Sultan Mansur Shah belum menjadi sultan Perak. Belum terjadinya penyerangan Siam ke atas Perak. Maka sebelum itu, Sultan Mansur Shah harus diputerakan Di bentan Riau, iaitu pada zaman pemerintahan Sultan Melaka ini.

Wajra tarik nafas, mujur dia ingat serba sedikit sejarah tentang Sultan Mansur Shah itu.

"Eh, siapa sultan sebenar negeri ni?" Tanya Wajra. Sebolehnya dia tidak boleh terlibat dengan sejarah Melaka. Dia keliru

"Sultan Mansur Shah?"

"Bukan Sultan Muzaffar Shah?"

"Baginda sudah mangkat lama." Jawab Andika hairan.

"Oh tidak." Wajra sudah lemah sendi lututnya. Andika terkejut terus menahan abangnya dari jatuh terduduk.

"Kenapa kanda? Engkau merisaukan aku."

"Aku mula tahu kenapa Sejora membuat persiapan ini."

Bukan kerna serangan Siam atau Acheh yang hanya terjadi Perak, tapi ia adalah sebuah persiapan akan sejarah sultan seterusnya. Maka Sejora menerapkan semua ilmunya jika ada orang-orang berpergian dari tanah Melaka itu.

"Dia ni berhati-hati. Meski dia tahu merubah sejarah itu keterlaluan maka dia mengambil jalan lain." Wajra tak tahu nak buat apa ke atas Sejora. Hati gadis itu kental.

"Apakah Melaka dilanda musibah?" Andika sudah risau.

"Tidak, tidak pada tahun ini Andika." Tapi Wajra tidak tahu jika Andika menyertai tentera Istana. Maka harus bertempur satu masa hari kelak. Selepas Sultan Mansur Shah, Sultan Mahmud mempunyai jalur peperangan sejarah.

'Mujur aku tercampak zaman ni.'

"Lekas pulang, tiada perlu kemari selagi Daeng tiada disini." Wajra berencana hendak pergi. Andika membantu memapahnya.

PERENTAS WAKTU CWhere stories live. Discover now