Aliya as Sari ⁵

81 22 0
                                    

Aliya berpeluk tubuh, tajam matanya menikam tepat pada Hendra yang baru balik. Entah kemana hilang sehari itu.

"Engkau kemana saja Hendra?" Soal Aliya tak puas hati. Dia menceroboh bilik Hendra yang tidak jauh dari biliknya semata-mata nak jumpa Hendra.

"Aku ada pekerjaan Sari." Hendra tersenyum memujuk. Salah dia juga tak bagitau Aliya. Al-maklumlah, dah lama single.

"Berpedang tiga itu, engkau berbuat apa?" Aliya sebenarnya dalam diam cukup kagum dengan senjata tajam milik Hendra, tapi sebagai bakal isteri, dia juga kena tahu pekerjaan bakal suami dia.

"Sudah ku bilang sebelum ini perkerjaan aku itu berburu." Balas Hendra perlahan. Dia mendekat ke arah Aliya. Bahu itu dipaut berhati-hati.

"Usah risau, aku tidak lari. Disini aku kembali sentiasa denganmu."

Aliya mencebik, kau ingat aku cair?

"Lekas kita jumpa bonda, aku sudah memagari seluruh hutan. Tidak mahu aku dengar syarat lain lagi. Hmph!"

Hendra terkejut.

"Engkau sudah memagari semuanya!?" Terkejut Hendra.

"Iya, ia tidaklah sesukar mana. Lekas, kita harus menjadi suami isteri. Aku hendak keluar dari perkampungan ini." Aliya beredar dari situ. Dia tak nak berlama-lama dekat perkampungan keluarga Hendra. Kang tak pasal disuruh itu ini lagi.

Hendra tersenyum lebar. Nak kahwin cepat ni tak takut ke?

.
.
.
.

Di perkampungan bunian itu, suasana meriah dengan majlis pernikahan dua mempelai. Galang bersama isteri dijemput hadir itu merasa gembira dengan masa hadapan anaknya yang cerah.

Dinikahi oleh pemuda tampan, bahkan anak kepada pemaisuri bunian daerah itu sudah cukup berkuasa buatkan hati orang tua Sari bahagia dan lega.

"Kami akan mendoakan kesejahteraan kamu berdua." Dahlia mengucup dahi Sari, mengalir air matanya berpisah dengan anaknya disitu juga.

"Terima kasih mak, Sari akan jaga diri bersama suami Sari. Usah risau ya mak." Pujuk Sari.

Dahlia sekadar mengangguk, dia terlalu sebak untuk melepaskan Sari. Perpisahan yang pasti akan buatkan kedua insan itu saling merindu.

Maka, selesailah majlis pernikahan itu sehingga lewat malamnya. Dua mempelai itu kini sudah berkongsi bilik. Aliya yang tak tau jadi begini, menebalkan muka hendak mandi. Dibiarkan saja Hendra merenungnya dari tadi. Naik takut pun ada.

.
.
.

"Hendra.."

Aliya panggil perlahan, pintu bilik dibuka. Dia masuk saat melihat cahaya suram malap lampu minyak tanah. Beerti Hendra sudah tertidur. Tidak sia-sia dia pergi melepak dengan mak mertua dia tadi.

"Eh.." Di atas katil itu kosong. Aliya dah berdebar. Firasatnya mula merasakan sesuatu yang buruk bakal menimpa.

"Sari.."

Aliya toleh belakang. Dah agak, Hendra belum tidur!

"Engkau belum tidur?"

"Engkau?" Soalan berbalas soalan. Aliya tak tau salahnya dimana. Melihat Hendra sedang mengelap pedangnya dibawah cahaya suram, terlihat seperti pembunuh saja. Dia duduk di kerusi rotan dengan santai.

"Kenapa? Salahkah bicaraku?"

"Kita sudah menjadi suami isteri. Harusnya engkau berbicara hormat denganku." Ucap Hendra tenang. Dia menyimpan pedangnya dalam sarung.

Aliya berundur saat Hendra sudah mulai bangun.

"Seperti perjanjian kita, aku hanya menurut dengan tiga perkara yang engkau inginkan. Sekarang, giliran engkau juga harus membawaku ke perkampungan manusia seperti dijanjikan sebelumnya." Aliya menagih janji. Tampangnya berubah berani.

PERENTAS WAKTU CWhere stories live. Discover now