Wajra, Wang Bao Bao, Sejora

113 26 0
                                    

Tiba di kuil, ketiga buah keluarga itu berkumpul setelah menempatkan mereka di tempat yang telah disediakan.

Tema rumah yang berpintu banyak itu jelas konsep Jepun, sangat memberi kelesaan serta ruang udara yang sejuk panas.

"Aku akan menempatkan pengawal-pengawal aku sekitar kediaman ini, kau tidak kisah?" Tanya Dato' Nasir kepada kami Cina itu, yang dikenali sebagai Wang Bao Bao.

"Tidak, malah aku menghargainya. Berkumpulnya barang-barang berkuasa itu akan banyak menarik musuh di pelosok negara. Kau tidak tahu, ia sebenarnya berharga berjutaan." Wang Bao Bao mengurut janggut. Sambil melihat-lihat pekerjanya sedang menyediakan barang-barang ritual.

Petang itu, ketiga buah keluarga itu akan bermalam disana untuk menyaksikan keadaan tersebut.

"Aku tidak sangka barang itu terlalu berharga." Asraf menggeleng kepala, dia sukar hendak percaya.

"Meski barang itu terlihat seperti barang rosak." Sokong Dato' Razali pula.

"Maafkan saya menganggu, di rumah Danny ada housemate lain ke?" Tanya Wajra ingin tahu.

Disebabkan perjumpaan itu, mereka akhirnya berkawan rapat dan memanggil santai sesama sendiri.

Berpandangan tiga lelaki itu sebelum mereka beralih ke Datin Maria.

"Maria, awak datang masa tu memang tak ada orang ke?" Tanya Dato' Razali pada isterinya.

Maria yang sedang menggelap muka Danny, berfikir sejenak. Dia perasan beg Danny dibuka, tapi tiada barang yang hilang. Dia ada tanya pada anak saudaranya juga. Ameer cakap memang tak ada orang.

"Mungkin, itu Aliya." Jawab Datin Maria. Is ada cerita rumah disewa Danny memang ada penghuni.

"Aliya? Jadi dia mana sekarang? Dia tak boleh sentuh barang tu. Dia akan terkait sama." Sejora menegur.

Maria tatap Razali, wajahnya bersalah.
"Aliya, hantu rumah tu. Kami tak pasti pulak kalau dia main gelang tu."

Wajra dan Sejora terkebil-kebil, hantu? Seriesla?

"Datin, saya tak nak bergurau sekarang." Wajra berfikir dirinya makan gurauan kali.

"Rumah tu memang berpenghuni, tapi hantu tu tak kacau orang." Razali berkata benar.

"Kalau hantu, engkau rasa dia hilang juga?" Sejora menyoal Wajra.

"Aku tidak tahu kuasa gelang itu, ia hanya bercahaya bila dia jumpa orang sesuai. Barang-barang tu semua memilih mangsa." Ucap Wajra pelik.

"Jika benar, kami terpaksa mencari lima orang." Sejora sudah mula mendapat tempat baringnya. Toto tilam sudah disediakan. Dia baring menghadap siling.

Wajra juga ikut baring. Dia juga sudah bersedia.

"Engkau berenam, sekiranya ada angin kencang, ribut, atau apa-apa yang menganggu jangan sesekali pandang belakang, sisi dan atas. Kekal pandang anak-anak kamu semua." Tegur Wang Bao Bao kini sudah di hadapan mereka yang terbaring kaku.

Razali dan yang lain mengangguk.

Angin kuat mula berdatangan, rumah tenteram itu menjadi huru hara bila tiba-tiba kesemua tingkap dan pintu-pintu seakan terbuka tutup sendiri tanpa ada pun yang menyentuh. Malah, sayup-sayup kedengaran suara lunak menangis penuh syahdu. Masing-masing mereka berpandangan. Entah siapa pula yang menangis.

Malam ini, mereka akan saksikan depan mata mereka, barang-barang itu mula memberi reaksi luar biasa. Ia terapung bercahaya di setiap mangsa-mangsanya. Barang-barang itu bergetar hebat dan akhirnya jatuh ke lantai.

PERENTAS WAKTU CWhere stories live. Discover now