Danny as Daeng ²

132 29 2
                                    

Danny terkebil-kebil. Kata-kata dari Khadam Abu kepadanya agak tidak logik.

"Tun Isyak benarkan patik pulang? Bagaimana dengannya?" Hairan Danny, jangan Tun Isyak ubah fikiran pulak tak nak mempekerjakan dia.

"Tun Isyak gering. Hari ini serta esoknya tuan tidak perlu datang."

Danny risau. Sejak bila Tun Isyak sakit, semalam okey je gelak-gelak semua. Siap main latih tubi sape paling lama.

"Hm, baiklah jika begitu. Sampaikan salamku pada Tun Isyak."

Khadam Abu menunduk kepalanya. Mengiakan.

Danny pergi dari situ. Nampaknya hari ini dia tak ada pekerjaan. Lebih baik dia singgah di kandang kuda. Lepak dengan Abit yang banyak membantunya.

Sampai di kandang kuda, Abit terlihat bahagia melihat kedatangannya.

"Sudah lama engkau tidak kemari Daeng, ku dengar engkau sudah bekerja di kediaman Tun Isyak? Apa benar?" Tanya Abit setelah mereka bersalaman.

Danny tersenyum. Dia membantu memberi makan kuda.

"Iya, Alhamdulillah aku baik-baik saja. Engkau pula bagaimana?"

"Seperti yang engkau lihat, aku masih disini. Aku sayang benar hendak tinggalkan pekerjaan ini. Sultan banyak berharap aku menjaga kuda-kudanya." Ucap Abit. Dilihat mukanya, Danny pasti mendapat agak Sultan ada pergi ke kandang kuda.

"Abit, aku ingin bertanya sesuatu jika engkau tidak kisah." Minta Danny sopan.

"Apa dia?"

"Melaka, ada perlabuhan?" Tanya Danny ingin tahu. Tun Isyak gering setelah pergi ke kota pelabuhan semalam selepas tengahari masa dia nak balik.

Apa sahaja di pelabuhan?

"Engkau tidak ingat ya Daeng?" Abit tertawa kecil.

"Mohon bantuanmu, nanti aku berikan sesuatu untuk engkau besok."

"Tidak usah begitu, engkau hanya perlu keluar dari kampung ini, melepasi sungai dan jalan lurus saja dari sini. Sekiranya engkau terjumpa sesiapa dalam perjalanan, katakan saja mana pelabuhan. Mereka akan menjawab. Kota pelabuhan tidak jauh setelah melepasi sungai besar."

Sungai besar? Jadi kena naik perahu nak ke kampung sebelah sana. Danny cuba mengira-ngira masa yang ada sekiranya dia sempat sampai.

"Terima kasih Abit, engkau banyak membantuku."

Danny balik ke rumah, tiada apa yang dilakukannya. Internet tak de, handphone takde, bosan gila.

Mastika yang sedang menjahit dikerling. Bukan Mastika yang dilihat tapi gelangnya. Di penglihatan Danny gelang itu bergetar hebat, hairan kerana Mastika tidak menyedarinya.

Satu entiti setia mencangkung depan Mastika, meleleh air liurnya buatkan Danny rasa tidak senang. Danny bergerak menghampiri Mastika sambil-sambil membaca ayat Al-Quran, sekali tepuk ke lantai, berdesup setan tu lari. Mastika pula tercengang dengan perlakuan Danny tiba-tiba.

"Kenapa Kanda?" Hairan Mastika. Danny tersenyum.

"Mastika, engkau besok senggang?"

"Kenapa?"

"Aku hendak ke pelabuhan, engkau hendak ikut?" Danny duduk bersila depan Mastika, sambil-sambil matanya menjeling gelang yang akhirnya berhenti bergetar itu. Pelik.

"Mastika hendak ikut, sudah lama benar kita tidak ke kota pelabuhan." Ucapnya ceria. Macam takde kerje dia ni.

Danny tersenyum gembira, sekarang dia ada penunjuk jalan.

PERENTAS WAKTU CWhere stories live. Discover now