Khairy as Zei Wei ²

100 26 0
                                    

Khairy demam. Ye, dia demam panas sekarang. Tak sangka lepas ribut hari tu, dia jadi macam ni terus. Terdampar atas katil dan tak mampu nak bangkit. Kepalanya pening, ditambah lagi tiba-tiba mendapat mabuk laut.

"Gila kali." Khairy pejam mata. Dia betul-betul tidak berdaya.

"Zei Wei."

Mata yang terpejam kembali buka. Si abang muncul bersama semangkuk bubur di tangan. Khairy tersenyum kelat, kalau dia keseorangan merantau pasti sekarang tiada orang yang menjaganya.Demamnya pasti tak kebah-kebah.

"Chīfàn, bié ràng dùzi kōngzhe. (Makan, jangan biarkan perut kosong.)"

Khairy sekadar mengangguk. Beberapa suap sudu, sudah habis dimakannya dek terlalu lapar. Manakan tidak, ada situasi dia muntah banyak. Bahkan mabuk laut.

"Xièxiè." Khairy berterima kasih.

Wei Yang angguk. Dia pergi selepas itu, dia tidak mahu menganggu tidur adiknya. Biarlah adiknya berehat.

Khairy ditinggalkan sendiri. Dia merenung ke atas, kayu kapal terlihat mereput. Tapi bukan itu yang takut, ada seekor lembaga di sudut bilik. Dia tak nampak. Apa yang dia tahu, ia seakan kabus hitam. Bergerak-gerak, menguis sesuatu di dinding kapal.

Masa inilah Khairy tidak tahu berbuat apa-apa. Matanya dipicit terus. Mengharapkan dia tersalah lihat atau ilusi dibawanya ketika demam.

Hampanya, lembaga itu bukan sahaja menguis. Malah makin mendekat, secara membelakanginya. Terlihat sedikit becak air di lantai.

Khairy sekali lagi memicit matanya. Dia mengerling, kabur pandangannya dek berulang-ulang menggosok mata.

Kali ini terlihat jelas lembaga itu. Ia tepat dihadapan katil dia, masih membelakanginya. Khairy terkedu. Otaknya yang lambat merespon pantas bekerja.

'Ni setan ni.'

Tak tunggu lama terus Khairy membelakangi makhluk tersebut, menghadap ke dinding. Dia ketakutan. Entah macam mana doa makan dibawaknya dek takut.

"Allahumma...."

Mulutnya terkumat-kamit. Takut. Ya, manusia dia tak takut, hantu dia takut.

'Tolonglah jangan tinggal aku sorang kat sini.' Khairy berharap. Entah kenapa matanya tetiba terbuka hijab. Tak nak! Dia tak nak semua tu! Dia bukan macam Danny dan yang lain.

"Gur, gru hu haa ry Khairy...."

Semakin mengigil badan Khairy, telinganya menangkap jelas makhluk itu berbicara. Nafas kasar boleh dirasa dilehernya. Dia ketakutan teramat.

"Tolong aku.." Gumam Khairy sambil menutup mata. Dia menyorok wajahnya. Kalau boleh, kat situ jugak dia nak pengsan.

"Wei?"

Khairy perlahan-lahan membuka mata. Dia mengatur nafas. Suara lunak comel kedengaran. Siapa?

Badan dikalih, melihat gerangan itu.

"Nǐ fāshāole ma? (Abang demam ke?"

Khairy mengalir air mata. Lantas tubuh kecil itu didakap. Sudah pasti dia merasa terselamatkan.
"Mei Mei!"

PERENTAS WAKTU CWhere stories live. Discover now