Aliya as Sari ⁷

48 12 0
                                    

Aliya menatap geram wajah si suami. Hendra sebolehnya mengelak pandang oleh Sari. Namun, dia tidak mampu apabila Sari sendiri menahan mukanya.

"Apa yang engkau bilang tadi?" Aliya picit dua-dua pipi Hendra, menatapnya.

"Dia orang penting negeri ini, Tun Isyak. Jika kita ceroboh dapatkan pasangan gelang yang engkau inginkan itu, dia tidak tinggal diam." Pesan Hendra. Merisaukan Sari.

Sejak kejadian mereka melepasi sekumpulan lelaki yang ada Tun Isyak, Aliya menyedari gelangnya beraksi kuat, bahkan hendak terbang ingin menyatu. Tetapi Hendra pula menahannya kuat.

Hendra tahu sekumpulan lelaki itu. Tidak sangka gelang milik isterinya bereaksi dengan keris sakti milik Tun Isyak.

"Selain itu, aku merasakan gelang ini mengesan keberadaan lain Sari." Ujar Hendra tiba-tiba. Menyimpul pendapatnya. Lama dia menilik gelang di pergelangan tangan Aliya. Hampanya dia tidak ada idea.

"Maksud engkau?" Aliya tak faham.

"Tun Isyak, keris saktinya ada kuasa luar biasa. Gelangmu mungkin mengesan keberadaan keris sakti itu." Fikir Hendra. Tidak pula dia menyedari gelang dipakai Aliya adalah gelang sama seperti Danny.

"Kemungkinan, gelang engkau ini juga barangan sakti. Hm, mustahil rasanya ." Fikir Hendra tiba-tiba. Rasa was was.

"Barangan sakti?" Aliya tertarik.

"Iya, barangan yang mempunyai kuasa luar biasa. Namun pemilik memakainya haruslah manusia yang sudah disumpah."

"Sumpahan?" Aliya terkebil-kebil.

Hendra mengangguk. Saat ini, mereka sedang berburu barang pusaka sakti tersebut. Dari kurun tradisi anak moyang Sadiq, dia juga ikut mencari barangan sakti itu untuk menjadikan satu penemuan baru untuknya. Atau lebih tepat, dia tidak menggunakannya, tapi sebagai kajiannya saja.

"Ia sebuah sumpahan, sumpahan yang membingungkan.." Bulan di dada langit dilihat. Telah dijelas juga pada Sadiq, namun lelaki itu malah tidak peduli, apa yang dia tahu adalah mendapatkan kekuatan gila daripada keempat-empat barangan sakti itu.

"Ada berapa kesemuanya barang sumpahan itu?" Tertarik pula Aliya hendak tahu.

"Barang sumpahan, hm ia dikenali sebagai barangan sakti. Tapi aku setuju jika engkau mengatakan ia barang sumpahan."

Hendra membetulkan tempat duduknya beralaskan daun-daun nipah kelapa. Hendak bercerita.

"Ia ada lima, tapi salah satunya sudah hancur pada tiga sepurnama lalu. Ada pertempuran sengit kami dapatkan ia pada manusia."

"Apakah barangan sumpahan itu, hanya memilih manusia?" Aliya ingin tahu.

"Iya, hanya manusia yang mampu memakainya. Tetapi gelangmu ini, mungkin bukan dari barangan sakti, hanya sebuah gelang lain yang berkekuatan sama." Yakin Hendra. Gelang sakti hanya memilih manusia. Bukan kaum mereka, puak bunian.

Aliya terdiam. Dia merenung gelangnya. Kemungkinan itu ada. Kerna di kehidupan sebelumnya dia adalah manusia dan akhirnya menjadi roh tidak tenteram. Tidak mustahil gelang itu barang sakti.

"Engkau tahu barangan sakti lain?"

Hendra menggeleng kepala.
"Apa yang aku tahu setakat ini hanyalah Keris milik Tun Isyak." Jelasnya. Patutlah ditanya tidak berjawab.

Aliya terus pegang bahu Hendra, buatkan lelaki itu terkejut.

"Aku harus menjumpai Tun Isyak." Tegas Aliya buatkan Hendra menganga.

"Tidak!" Marah Hendra tidak semena-mena.

"Mengapa? Engkau sudah berjanji denganku untuk mencari pasangan gelang ini." Aliya merungut, dipusing kiri kanan badannya tidak suka. Hendra yang melihat tidak jadi marah. Cukup terhibur perilaku Aliya yang tiba-tiba bermanja. Terasa asing tingkah itu baginya cukup comel.

PERENTAS WAKTU CWhere stories live. Discover now