Khairy as Zei Wei ³

109 24 0
                                    

Khairy tercengang, abangnya dilihat dua tiga kali.

"Zhè shì shénme? (Apa ni?)" Tanya Khairy lagi.

"Liàn. Wèishéme? (Rantai. Kenapa?)" Kali ini Wei Yang pula hairan.

"Wèishéme shénme? Zhè shì shéi de liànzi? (Kenapa apa? Rantai siapa ini?)" Hairan Khairy.

Wei Yang tepuk dahi.

"Wǒ wàngle nǐ wàngle nǐ de jìyì, zhè qíshí shì nǐ de liànzi. (aku lupa kau lupa ingatan, ini rantai kau sebenarnya.)" Dia sekali lagi mengangkat rantai itu.

"Nǐ zěnme yàng? (Macam mana ada kat kau?)" Khairy merasa curiga.

"Nǐ bǎ tā diàole. (Kau jatuhkannya.)" Ujarnya sedikit perlahan. Walaupun Khairy masih merasa curiga, namun rantai berloket batu jed cantik itu diterima, dia malas nak fikir kenapa abangnya tiba-tiba berubah hati hendak menyerahkan rantai sememangnya milik Zei Wei.

Namun ketika dia memegang rantai itu, satu deru angin hembus mengena kepala, sekaligus buatkan Khairy merasa pening teramat. Rasa nak pitam pun ada.

Khairy terduduk. Seakan dunianya saat ini berpusing-pusing, suara abangnya selang seli menjerit memanggilnya.

Khairy merenung rantai di tangan, rantai itu bergegar. Dengan pandangan kabur, dia melepaskan rantai itu lalu membiarkannya seketika.

Sejenak, dia kembali tenang. Bernafas termengah-mengah seakan baru lepas lari marathon. Rantai di lantai dilihat lagi, dia yakin penyebab rantai itu menjadikan dia pening hampir pitam.

"Nǐ shēngbìngle ma? (kau sakitkah?)" Abangnya memapah dia bangkit berdiri.

Khairy mengatakan dia sedikit pening. Rantai tadi diambil tapi dilapik dengan pergelangan bajunya lalu disimpan ke dalam poket. Tingkahnya mengundang hairan Wei Yang.

Namun Wei Yang malas hendak ambil pusing.

.
.
.
.
.
.
.

Selepas menunaikan solat, Khairy menapak keluar. Menuju ke hadapan kapal. Angin malam laut berhembus sangat sejuk dirasakan. Namun kini, pelayarannya sudah hampir sempurnama. Besok bakal tiba di Negeri Melaka!

'Melaka, aku datang.' Khairy berpeluk tubuh. Dia sangat bersemangat.

"Engkau seperti tidak sabar saja." Tegur Ahsan tiba-tiba di sebelah.

"Melaka rupanya bagaimana pak cik?" Khairy nak tahu.

"Sangat meriah. Jauh sekali suasananya dengan kerajaanmu." Ucap Ahsan menutup mata. Menikmati angin laut.

"Aku tidak sabar." Luah Khairy jujur. Tiada orang untuk mendengar luahannya. Berterima kasih orang tua itu sudi mendengarnya.

"Engkau mahu tidak bermalam di rumahku setelah tiba disana? Kita tentu solat bersama."  Pinta Ahsan tiba-tiba.

"Abangku pasti menolak."

"Aku ingin engkau kenal sama cucuku, engkau berdua hampir sebaya."

"Pak cik, abangku tidak akan setuju." Khairy berkerut.

"Hmm?"

"Kami akan bermalam di penginapan di pekan saja." Jujur Khairy. Mereka sekumpulan yang menemani para penjual untuk merisik maklumat sekitar Melaka saja.

"Abang engkau sudah tentu mengizinkanmu."

"Hah?"

"Dia belum memberitahumu? Engkau tidak tahu?" Orang tua itu pula tercengang hairan.

"Pak cik sudah meminta izinnya?" Terkejut Khairy.

"Iya, tapi mungkin dia belum memaklumkannya padamu. Engkau minta kepastian padanya." Ahsan menggeleng kepala. Lawak adik beradik.

PERENTAS WAKTU CWhere stories live. Discover now