The reunion, the last hope ⁶

47 12 0
                                    

Semua tetamu di majlis tercengang dan mula berbisik-bisik. Tidak menyangka ada orang datang selamba pergi tegur si pengantin lelaki. Tindakan yang kurang sopan itu buatkan beberapa pengawal mula bertindak.

"Siapa engkau?" Tun Iskandar bersoal pelik. Isterinya Kesuma sudah pasang raut wajah tidak senang.

"Ni aku, takkan kau tak perasan ni suara aku Is?" Ujar Aliya sedikit perlahan. Mata-matanya diliar kiri kanan berhati-hati dengan apa yang dituturkannya.

Apa yang penting, dia nak Is sedar dirinya Aliya! Dia nak Is tegur dia!

"Aku.." Tun Iskandar terlihat jelas sedang berfikir. Dia tidak kenal wanita lain selain Kesuma Cengkih.

"Siapa dia Kanda?" Kesuma berbaur cemburu menyoal si suami.

"Kanda tidak kenal dia dinda." Akui Is buatkan Aliya terpempan. Rupanya Is memang tak kenal dia. Mungkin dia salah tegur.

Aliya berundur ke belakang. Harapannya berjumpa Is rupanya sia-sia.

"Ampunkan isteri hamba, dia seperti mencari kenalannya. Sejak akhir ini dia sering begini. Ampunkan isteriku." Hendra mendekat seraya merafak sembah maklum.

"Oh isteri." Tun Iskandar mengangguk faham. Jelaslah sekarang dia selamat dari tenungan Kesuma.

"Bawa isterimu menjauh, tidak elok dipandang orang disini." Tegur Kesuma Cengkih perlahan sedikit berbisik. Tidak mahu mempermalukan kedua tetamu yang entah datang dari mana.

"Ampunkan kakanda, mereka tetamuku. Akan kubawa mereka pergi." Tun Isyak tiba-tiba datang menghampiri, riaknya serius terlakar. Belakang Tun Isyak ada tiga lagi orang.

Kesuma Cengkih terpanar, di lihatnya saat ini mereka sangat bergaya. Patutlah semua anak dara terpandang-pandang saja mereka yang segak lagikan kacak.

"Baiklah, sila menjamu santapannya nanti." Ramah Tun Iskandar berkata.

Is bersama yang lain membawa Sari dan Hendra pergi dari situ. Saat ini mereka hendak tahu siapa Sari yang mengenali Is.

Setibanya mereka di beranda. Masing-masing duduk, bersedia untuk memulakan topik perbualan.

Dijamu teh serta kudapan buatkan Hendra pula tidak sedap hati. Kenapa Tun Isyak sangat memberi perhatian pada mereka sampaikan membawa mereka lari dari tetamu di halaman rumah utama? Apa yang difikirkan Tun Isyak?

Hendra mengerling si Sari yang masih beriak kecewa. Saat ini, dia tidak mampu menceriakan si isteri saat hatinya gelisah hendak berbuat apa.

Sedangkan musuh di hadapannya, bersama pula isteri tercinta. Dia risau jika dia berbuat tidak perlu, Sari akan membencinya.

"Siapa engkau Sari?" Kali ini Tun Isyak tidak seramah tadi, nadanya juga sudah kasar.

Aliya tersentak dari lamunan. Siapa dia? Sudah tentu dia Sari.

"Sudah tentu hamba Sari."

"Aku bukan bermaksud luarannya, tapi dalamannya." Is berkias.

Siapa saja tidak faham maksud Is, Hendra juga mengerling si isteri yang terbeliak mata dek tergamam.

"Siapa?"

.
.
.
.
.
.
.
.

Berulang kembali di kejadian Sari mengejutkan semua orang termasuk Danny, Khairy dan Danial.

"Plushhh!" Tersembur air diminum Danny ke muka Danial.

"Bodoh la kau." Danial yang tadinya ikut terkejut sudah geram dengan Danny tersengih tak serba salahnya.

PERENTAS WAKTU CWhere stories live. Discover now