Khairy as Zei Wei

126 31 0
                                    

Khairy menyikat rambutnya. Sejujurnya dia sangat menyampah ada rambut panjang ni. Kenapa boleh pulak dia termasuk dalam tubuh orang cina? Nasib badan dia menguasai bahasa Cina kerana dia CEO termuda menguruskan syarikat kereta ayahnya.

Cuaca di negeri itu tidak panas, tapi sejuk. Seperti berada pada tengahari di Genting highland. Sejak dalam pengawasan abangnya, dia tidak kerap keluar.

Zei Wei duduk di balkoni. Matanya tertutup rapat menghayati keindahan alam. Bunyi gelak ketawa anak-anak kecil disekitarnya dibiarkan. Bukan dia tidak tahu itu adalah keberadaan roh tidak tenteram. Sejak kena kacau nenek si bongkok tiga, indera hijab pendengarannya terbuka.

Zei Wei membuka mata saat ada seseorang membelai rambutnya perlahan.

"Māmā zài zhèlǐ zuò shénme? (Apa yang Mama lakukan disini?)" Zei Wei membiarkan wanita itu membelai rambutnya.

Hua Lian tersenyum.
"Kàn nǐ zhème dàndìng, kàn lái nǐ bùshì yīgè tiáopí de māmā de háizi. (Melihat kau setenang ini seperti bukan anak mama yang nakal.)"

Khairy tersenyum pendek. Dia memang malas bercakap sahaja. Danny pun ada berkata dia bertenang tapi dalam diam penakut.

"Nàme māmā de nǚ'ér hěn tiáopí ma? (Jadi anak mama sangat nakal?)"

Hua Lian tersenyum lagi.
"Shì de, dàn rúguǒ nǐ zhèyàng dehuà, māmā jiù huì píngjìng hěnduō. Nǐ zhěng tiān tiáopí, māmā yě lèi. (Ya, tapi kalau kau seperti ini banyak menenangkan mama. Kalau nakal seharian, mama juga penat.)"

"Wǒ háishì xiàng māmā yīyàng tiáopí (Saya masih nakal seperti biasa mama.)" Usik Zei Wei buat Hua Lian tertawa.

"Māmā yào nǐ gēn māmā yīqǐ qù. (Mama nak kau ikut mama)"

"Zài nǎlǐ? (Kemana?)"

"Hòugōng, māmā yào kàn kàn gōng zhōu gōngzhǔ de qíngkuàng. (Istana harem, mama hendak memeriksa keadaan Puteri Gongju.)"

"Suǒyǐ wǒ gāi zěnme zuò? (Jadi saya harus melakukan apa?)" Hairan Khairy.

"Jiùzuò zài gōngyuán lǐ (Duduk sahaja di taman)"

Khairy tersenyum pendek. Dia mengangguk akur.

.
.
.
.
.
.
.

Khairy melabuhkan punggung di meja taman, saat ini dia berada di dalam kawasan taman istana milik raja. Dia sekadar anak gundik tidak akan berbuat perkara tidak perlu.

Mengingatkan mamanya mengata memeriksa kesihatan Gonju, adakah ia Wang Li Bao Gongju? The legend girl?

'Karakter aku ni wujud ke?' Khairy berkerut pelik dengan sejarah kerajaan Cina. Dia tidak terlalu buka buku Sejarah. Hanya mengingati sedikit.

Dari jauh terlihat sekumpulan wanita memandang ke arahnya, bergelak ketawa lantas lari dari pandangan matanya. Khairy terpukau sejenak. Dia duduk di taman syurga ke?

'Nak kena samak tak mata ni?' Khairy tersenyum leret. Jiwa bad boy nya masih ada. Cuma sekarang dia dizaman asing, tidak berani dia melakukan perkara sebegitu.

'Aku hendak solat. Mama lambat lagi ke?' Khairy bosan, dia meletakkan kepalanya ke meja itu. Disebabkan suasana dingin buatnya terlelap.

"Tā shì zéi wēi, tā shì jiànxiá (Dialah Zei Wei, dialah pahlawan pedang itu.)"

"Dàn tā tīng shuō, zìcóng cóng qiáng shàng diào xiàlái zhīhòu, tā jiù shīqùle jìyì. (Tapi dengarnya dia hilang ingatan sejak jatuh dari tembok.)"

"Zhēn de ma? (Betulkah?)"

"Shì de, dànshì zhège xīn de běnxìng shì fēicháng tiānzhēn de. (Ya, tapi sifat barunya ini sangat polos.)"

PERENTAS WAKTU CWhere stories live. Discover now