Aliya as Sari ⁶

110 20 0
                                    

Lama Aliya menatap gelangnya, batu jed biru itu mula berubah warna ke merah. Naik tercengang Aliya melihat situasi ganjil dihadapinya.

"Kau kenapa? Demam ke?"

Kalaulah boleh gelang tu jawab. Tak tidur malam kang.

"Mana dia ni tak balik-balik?" Aliya mengerut dahi tak puas hati. Unggun api di jolok kasar. Marak api naik ke udara. Malam-malam macam ni, berkhemah dalam hutan memang banyak nyamuk dan unggas.

"Assalamualaikum.."

"Waalaikumussalam, Hendra!" Aliya ceria kembali. Lantas lelaki itu dipeluk. Dah la tadi dia tertidur kekenyangan, tengok Hendra tak ada buatkan dia tak boleh tidur sorang.

"Engkau ini, baru ku tinggalkan sebentar sudah rindu begini." Usik Hendra buatkan Aliya termalu.

"Hendra, engkau kemana saja?" Aliya tertanya-tanya, kemana Hendra selalu menghilang bersama pedang tiga dibawanya.

"Aku ada pekerjaan, sedang berburu."

"Mana binatang buruan ya?" Aliya jengah kepalanya sisi kiri dan kanan Hendra. Tak da?

"Aku berburu manusia Sari." Hendra mengusap wajah itu lembut, dia takut kehilangan Sari. Maka tidak mahu dia membawa wanita itu ke sarang Sadiq.

"Engkau makan manusia!?" Terkejut Aliya.

"Tidaklah." Hendra tertawa kecil. Alahai, mata besar Aliya yang terkejut terlihat comel.

"Sari, bisakah aku peluk dirimu?"

Aliya terangkat kening, dia tak kisah dipeluk. Memandangkan lelaki tu dah jadi suami dia. Rasanya Hendra tak akan berbuat lebih.

Aliya depangkan tangan.
"Come to mummy."

"Huh?"

Aliya tersengih. Terlebih pulak.
"Mari. Aku hangatkan dirimu."

Hendra tak tunggu lama, terus mendakap tubuh ramping Aliya. Dia tersenyum bahagia.

"Engkau janji padaku harus setia denganku." Pinta Hendra tiba-tiba dalam kesunyian malam di hutan itu.

"Iya, usah risau. Siapa juga hendak curang." Hairan Aliya. Manusia mana dia nak curang?

"Mana tahu, ada saja manusia yang menyukaimu."

Aliya cuba ingat balik kehidupan lampau menjadi hantu, takde manusia suka dia. Is adalah, usik sana usik itu. Sampai sanggup beli baju gaun baru untuk dia. Pantas Aliya menggeleng, asal dia tiber ingat Is?

.
.
.

"Achooom!" Is terbersin, kena Khairy di depannya.

"Woi!"

"Ergh, aku tadi mimpikan Aliya. Apa khabar dia agaknya." Is gosok hidung terasa gatal.

"Dengan hantu pun kau nak rindu ke?" Khairy geleng kepala.

.
.
.

Bunyi dengkur halus buatkan Aliya tersedar dari menung panjangnya.

"Alahai, comelnya dia tidur." Aliya memicit geram hidung suaminya itu.

Hendra di papah masuk ke khemah mereka. Khemah yang hanya memuatkan tubuh mereka berdua. Khemah kain je.

"Hendra, aku lepaskan sepatu ya?" Pinta Aliya. Namun Hendra tak merespon, letih sangat dah tu.

Aliya perlahan buka kasut Hendra. Pakaian serta pedangnya. Kini, tubuh itu menjadi tatapan mata Aliya. Aliya tertelan air liur, six pack!

Aliya mengambil kain lalu dibasahkan. Tubuh itu dilap berhati-hati. Dahla tak mandi, terus tidur pulak tu. Haish.

PERENTAS WAKTU CWhere stories live. Discover now