Wajra | Sejora | Wang Bao Bao | Aliya¹

120 27 3
                                    

Wajra pergi ke hospital setelah menerima informasi di dapatkannya dari cikgu Husna. Bahkan nombor keluarga mangsa juga dia dapatkan.

"Apakah mereka mengizinkan anak-anak mereka dibawa ke Melaka?" Risau Sejora.

"Siapa juga ingin melihat anak masing-masing seperti mayat hidup." Jelas Wajra.

Mereka tiba di hospital, tiga keluarga itu sudah berkumpul ingin mengetahui apa yang terjadi ke atas anak mereka.

Sampai di kaunter, Wajra meminta nombor bilik. Nurse buat panggilan ke dalam bilik VIP tersebut. Keluarga mangsa membenarkan mereka masuk.

Saat tiba disana, enam pasang mata menatap mereka berdua.

"Assalamualaikum, saya Azman tapi dipanggil Wajra di zaman silam." Wajra sekaligus memperkenalkan diri secara terangan. Tidak perlu berbasa basi lagi.

"Apa maksud kau zaman silam?" Encik Ashraf berkerut. Tatapannya tajam.

"Jelaskan encik Azman." Dato' Razali juga ingin tahu.

"Ini Sejora, dia wanita dari zaman silam terkandas ke zaman ini dua tahun lepas. Sebenarnya, mereka berempat telah terkena sihir sumpahan dari seseorang yang kami tidak kenal. Apa yang pasti, barang kami bercahaya menunjukkan barang sumpahan yang telah kami buang kini kembali merasuk anak-anak encik semua."

"Apa kaitannya dengan zaman silam Encik Azman?" Dato' Nasir tidak faham.

"Ia sihir sumpahan yang membawa mereka berempat ke zaman silam melalui barang-barang yang disumpah. Mereka yang sekarang ini, bukanlah anak encik semua tapi makhluk halus atau dikenali sebagai iblis menghuni tubuh mereka."

Penjelasan Wajra buatkan mereka semua terkejut kepalang. Tidak menyangka selama ini melayani makhluk tersebut.

"Mustahil!" Datin Hanifa menjerit. Wajahnya tidak menerima cerita Wajra.

"Buktinya, mereka bangun pada tengah malam buta dan tidak melakukan apa-apa. Ini sebenarnya untuk memberi tenaga sahaja." Jelas Wajra sememangnya benar akan hal itu.

Datin Hanifa tergamam.

"Bagaimana kami ingin sedarkan mereka?" Puan Suraya, mak Danial ingin tahu. Dia juga hendak tahu bagaimana bangunkan mereka. Dia percaya. Kalau Danial boleh tengok makhluk halus, cerita macam ni bukan dia tidak percaya. Ini kerana dia percaya wujudnya keluarga bunian dalam diri.

"Kami akan kembali ke zaman silam, dan harus membunuh tubuh yang dihuni mereka disana. Meski terpaksa berkorban nyawa, mereka harus kembali zaman ini." Wajra berkata perlahan.

"Apa? Kenapa kena buat macam tu!?" Dato' Razali tidak setuju.

"Kerana ini ialah perjanjian makhluk puaka itu dengan moyang terdahulu. Barang-barang yang mereka simpan itu, adalah pintu perantaraan mereka." Sejora menyampuk.

"Kami akan bertanya kepada mereka di zaman silam nanti, bagaimana mereka terkena sihir sumpahan tersebut di dalam hutan. Sepatutnya ada seseorang yang mendendami mereka. Sihir sumpahan tak akan berlaku tanpa sebab." Tambah Wajra buatkan mereka runsing.

"Ini tak betulkan? Semua ni karutkan?" Datin Maria menggeleng tak percaya. Dato' Razali memegang bahu Datin Maria. Membawa wanita itu bertenang.

"Jadi, kau berdua hendak kembali dapatkan mereka dari zaman silam? Macam mana? Ada ritual atau semacam kerja-kerja bahaya?" Dato' Nasir ingin tahu.

"Kami, terpaksa membawa mereka ke Melaka, kerana roh mereka berada disana." Sejora menjelaskan terus.

"Apa!?" Kesemua mereka terkejut.

PERENTAS WAKTU CWhere stories live. Discover now