Is | Danny | Danial

109 23 0
                                    

Is bosan, hari ini dia sudah mengira-ngira hasil kutipan wang diseluruh kampung. Pajak dikenakan alhamdulillah cukup mereka membayarnya.

"Tun Isyak, hari ini seperti Tun Isyak janjikan patik mengikut Tun Isyak ke pelabuhan." Datang Daeng menunduk sedikit kepalanya. Jelas membawa barang kain yang diikat dibelakang.

"Kita akan pelabuhan, kita akan mengutip pajak disana esok hari. Jadi kita akan bermalam di rumah kenalanku selama satu minggu." Ucap Is.

Danny angguk. Sudah dia maklumkan pada Mastika tentang hal itu, Mastika pula dengan senang hati ditinggalkan dan meluangkan masanya dengan Sejora. Eloklah tu ada sahabat.

"Khadam Abu tidak ikut?" Danny ingin tahu. Khadam itu hari ini tidak ada.

"Dia gering. Makanya tidak ikut. Nanti dia akan menyusul kemudian hari bila sudah sihat." Is mengemas pakaiannya. Keris di almari dilihat, berencana untuk membalutnya tanpa perlu dipakai.

Dia sangat sensitif memegang keris itu, mesti kepalanya memberat tak semena-mena.

"Daeng, jika kutipan pajaknya lama, kemungkinan kita duduk hampir sempurnama. Engkau tidak kisah?" Risau Is. Lagipun, dia rasa ini kali pertama kutip cukai pajak dekat perlabuhan. Sebagai anak Bendahari Temenggong, dia harus melunaskan tanggungjawabnya.

"Hm, Tun Isyak tidak kisah patik balik sementara untuk memberitahu Mastika tentang ini?"

Is mengangguk sambil tersenyum. Sekurangnya dia ada peneman! Tak sia-sia dia pekerjakan Daeng.

.
.
.
.
.
.
.
Selama perjalanan, Is banyak meluah perasaan tentang abangnya. Tidak suka dengan keberadaan abangnya dirumah itu.

Meski Danny belum melihat lagi rupa Tun Iskandar, dia boleh tahu Tun Isyak sangat membencinya. Entah apa yang salah. Dengar desas-desus dari orang kampung, mereka perebutkan seorang gadis bernama Kesuma Cengkih, tapi Tun Isyak tiba-tiba memilih untuk bujang dan menyerahkan Kesuma Cengkih kepada abangnya. Pelik.

"Tun Isyak membencinya?"

"Tidak, aku cuma tidak selesa dengan keberadaannya." Jujur Is. Siapa je selesa tengok muka sendiri.

"Kenapa?" Hairan Danny.

"Kerna, dia mengingatkanku kepada seseorang yang iras. Malah namanya juga buatku tidak senang." Luah Is lagi. Kedut mukanya jelas menunjukkan dia betul-betul tak selesa.

Danny terdiam. Sebenarnya, nama Tun Iskandar juga seperti nama Is. Cuma takde Tun jela.

Mereka tidak lama kemudian tiba di sebuah rumah besar. Dua tingkat dan tersangat cantik binaannya.

"Assalamualaikum!" Is memberi salam dari luar rumah. Namun selepas itu, sahutannya dijawab oleh seorang gadis.

"Waalaikumussalam Tun Isyak, ingin menemui Tuan Derahim?" Melati muncul.

"Iya, dimanakah dia?"

"Hari ini dia ke pelabuhan, Tun Isyak ingin berehat seketika?"

"Hm, iya jika Melati mengizinkan kami." Sopan Is bertanya.

"Sudah tentu, tetamunya Tuan Derahim harus dilayani dengan baik." Ucapnya lalu membuka lebar pintu rumah.

"Kamarnya di atas, Tun Isyak dipersilakan rehat. Nanti patik siapkan makanan untuk tengah harinya." Ujar Melati.

Is mengangguk lalu naik atas.
"Terima kasih." Danny yang ketinggalan sempat berterima kasih, sesama khadam harus menghormati juga.

Melati mengangguk.

Danny terus naik tingkat atas, menyusul Tun Isyak. Cakap pasal Melati, gadis itu semacam susah nak senyum, satu karakter bersifat dingin dan kelam. Namun comel.

PERENTAS WAKTU CWhere stories live. Discover now