Is as Tun Isyak

152 31 2
                                    

Is menyelimuti dirinya. Tidak mahu keluar bilik, apatah lagi ingin menjumpai sesiapa. Sedangkan dia tahu, sudah ramai dihadapan biliknya. Berita dia yang tiba-tiba mengamuk menjadi bualan para Dayang dan khadam dalam kediaman itu. Paling penting dia siapa?

"Isyak, mengapa kamu tidak keluar? Bonda ingin menjumpaimu."

Suara seorang wanita begitu lembut memujuknya. Is menggigit bibir. Bukan sebab dia takut, dia keliru buat masa sekarang. Dia bukan Tun Isyak, tapi Iskandar!

"Aduh, time-time ni kau nak terkucil." Is menggerutu. Dia bingkas bangun, berjalan mundar mandir dalam bilik. Sambil tahan kencing, berpeluh dia. Panas pulak tu!

"Tandas! Mana kau tandas!?" Is tak boleh. Dia terus meluru ke pintu. Di hadapan pintu kayu lalu diselak. Terlihat beberapa dayang istana dan mungkin itu..

"Isyak! Apa yang kamu.." Terkejut wanita itu melihat Is yang menahan sesuatu di tengah seluar batiknya.

"Tandas!? Mana tandas! Nak terkucil!" Pekik Is tak tahan. Kejap kiri kejap kanan.

Ni kalau Danny, Danial dan Khairy tengok, sebulan diorang gelak dengar cerita dia ni. Jangan ada orang bagitau sudah. Readers tolong senyap.

"Tandas?" Wanita itu keliru. Para Dayang berpaling ke belakang. Wanita itu memberi arahan supaya tidak melihat Tun Isyak sebegitu rupa. Para Dayang menyembunyikan senyum mereka.

"Aduh, apa nama dia. Tu, bonda, ha! Is nak buang air kecil." Is tergagap kata. Mencari ayat dan bahasa sesuai.

"Mari, bonda tunjukkan." Wanita itu segera menarik lengannya lalu dibawa ke belakang. Sebuah bilik kecil, ada rupa tandas. Pantas Is meluru masuk melepaskan hajatnya.

Selepas itu, dia keluar kelegaan. Dilihat para Dayang mengerumuni bondanya, atau lebih tepat bonda Isyak.

"Bonda dengar kamu gering selepas kembali dari kerajaan China?"

Isyak terkebil-kebil. Aku baru balik China?

"Siapa beritahu?"

"Khadam ini." Bonda tunjuk seorang lelaki yang setahu Is dia menghalau lelaki itu keluar bilik. Adakah lelaki itu melihatnya diam-diam?

'Gering tu apa?'

"Is, tak apa-apa." Is tersenyum pendek. Dijeling khadam itu. Khadam itu menunduk takut.

"Kalau begitu, lekas bersiap. Kita ke balairung. Raja Sultan hendak berpergian." Wanita itu menatapnya lama, seketika kemudian pergi meninggalkan Isyak.

Is kembali ke bilik. Khadam tadi mengikutinya.

"Hei kau, kau beritahu bonda apa pasal aku?" Is dah berubah serius. Dia geram.

"Hamba hanya terkejut tun tiba-tiba tidak makan dan menyelerakkan kamar. Hamba risau."

Is diam. Salahnya juga tiba-tiba menarik perhatian.

"Dengar sini, aku nak kau jelaskan kat aku. Dari siapa aku dan keluarga aku."

Khadam itu terkebil-kebil. Pasti merasakan pelik mengapa dia harus berbuat demikian.

"Apakah Tun.."

"Sebagai bentuk hukuman kau, aku nak kau jelaskan sambil aku mengganti pakaian. Anggap je kau sedang bercerita kepada orang berpangkat tinggi."

"Baik."

Is tidak mandi. Dia gunakan minyak wangi lalu disapu pada baju yang dipilih khadam.

"Kau sape name?"

"Hah?"

"Nama?"

"Khadam bernama Abu."

"Okey Abu, jelaskan siapa aku." Is pakai baju. Dari seluar melayu hingga ke samping.

PERENTAS WAKTU CWhere stories live. Discover now