Wajra | Sejora | Wang Bao Bao | Aliya

129 30 0
                                    

Azman menutup laptopnya. Dia melihat sekeliling office yang sudah bergelap. Lantas dia mengemas meja kerjanya sebelum balik.

Dalam pemanduan, kereta di corong radio menghebah beberapa lagu yang dinyanyikan. Azman yang seorang saja ketika itu, memperbesarkan suara lagu. Volume dinaikkan. Sesiapa sahaja akan merasa meremang memandu di dalam hutan yang gelap.

Rumahnya yang berada di bukit buatkan dia mempercepatkan pemanduannya.

Sampai dirumahnya, dia membersihkan dirinya dan bersiap-siap hendak tidur. Namun, cahaya di sebalik almarinya buatkan dia tertanya-tanya.

Sebaik dia membuka, tali pinggang lama bertatah batu jade kristal di tengahnya bercahaya terang. Azman terundur-undur. Matanya digosok-gosok berapa kali. Tidak percaya apa yang dilihatnya.

"Siapa yang bukak barang tu!? Aku dah buang dalam sungai!" Mendadak Azman menerpa tali pinggang itu. Tali pinggang kuno, dengan batu jed kristal di tengahnya. Dia sudah resah seribu bahasa.

Hanya dia tahu barang apa yang dimaksudkan. Hanya dia yang tahu kenapa ianya bercahaya.

"Siapa mereka? Aduh, aku kena cari mereka pulak pada zaman ni." Azman menggaru kasar rambutnya.

Nak tak nak dia harus bercuti. Menyelesaikan masalah yang dahulunya tidak pernah selesai sama sekali.

Telefon digapai, lantas mendail nombor seseorang.

"Assalamualaikum Sejora."

Di talian sebelah sana, seorang gadis sedang melihat pertandingan WWE di luar negara. Menjawab panggilannya.

"Waalaikumussalam, sudah lama tidak mendengar khabar engkau Wajra, bila kali terakhir.."

"Sejora, sepertinya engkau boleh kembali ke zaman engkau. Ada pengguna lain sedang menggunakan barang-barang itu." Pintas Azman a.k.a Wajra. Wajra adalah nama dizaman silamnya.

"Benarkah?"

"Ya, aku rasa sihir sumpahan itu digunakan seseorang."

"Padahal ianya sihir yang berbahaya. Siapa mangsanya?"

"Tidak tahu, aku sedang mencari. Nampaknya kau harus kembali ke Malaysia."

"Okey, aku juga sudah banyak mempelajari ilmu seni bela di zaman engkau."

"Kita akan ke hutan tempat aku sembunyikan barang-barang itu. So, aku jemput kau di airport."

"Baiklah."

Talian dimatikan. Azman atau lebih tepat, Wajra tersenyum tipis. Walaupun dia memendam perasaan dengan gadis itu, namun bercinta berbeza zaman itu sangat mustahil. Manakala Sejora lebih menganggapnya Sahabat. Tidak lebih dari itu. Dia harus menghormati gadis tersebut.

"Perjalanan ini mungkin lama." Wajra mengemas pakaiannya. Mungkin ini akan mengambil masa yang lama untuk mencari mangsa yang sudah terkena.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Lima jam perjalanan dari KL ke Melaka, Wajra akhirnya sampai di salah satu tokong Cina kuno.

Wajra menunduk sedikit kepalanya. Tokong Cina dihadapannya sekadar diberi hormat dek kerana ada tetua sedang memerhati.

"Wang bao bao Sheng, Wajra memerlukan pertolonganmu." Wajra menunduk kepalanya kepada orang tua Cina itu.

PERENTAS WAKTU CWhere stories live. Discover now