Wajra | Sejora

103 26 0
                                    

Wajra bersembunyi di semak, meski keadaan tubuhnya masih luka. Dia harus bertahan merungkai sesuatu.

Di dalam kegelapan melindungi keberadaannya, boleh dilihat beberapa orang sedang berjaga di luar kubu gua.

'Markas mereka masih ditempat yang sama.' Wajra sedikit lega, sekurangnya kali ini dia akan membuat persediaan lebih baik.

Wajra menyedari kali ini sesetengah hutan ada ditebang untuk melebarkan keluasannya. Jika tahu ini dek Sultan Melaka, hancur sejarah.

Apa yang pasti, Wajra sebolehnya tidak mahu melibatkan orang yang terkait dengan sejarah Melaka jika tidak, di masa hadapan mereka tidak akan wujud. Itu yang pasti.

Shrek..

Wajra membekukan tubuhnya, dia tersilap pijak rumput mengandungi kayu kering. Kayu itu patah dipijaknya.

"Siapa itu?"

"Binatang mungkin." Ujar si musuh. Masih tidak menyedari kehadirannya di dalam kegelapan.

Dengan sebaik mungkin Wajra berlalu pergi dengan senyap. Mengetahui tempat musuh sudah cukup memandai.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Wajra melihat Andika yang sedang memancing di sungai, sejak mereka berpindah adiknya ikut saja kemahuannya. Sudah lama jugak dia tidak berborak dengan Andika.

"Andika, engkau tidak menjenguk Daeng? Bukankah engkau suka berkelahi dengannya?" Wajra ingat lelaki itu juga menyukai Sejoranya. Mereka sering berselisih pendapat. Bahkan Daeng tidak suka dengannya.

"Hm, Daeng itu..Beza benar sekarang kanda. Dia seperti orang lain, aku takut mendekat dengannya." Ucap Andika buatkan Wajra berkerut dahi.

"Maksud engkau bagaimana?"

"Pernah satu hari itu, aku menegur Daeng ketika dia ke rumah tok penghulu. Dia tersenyum kanda. Aku tidak menyangka dia mampu tersenyum selama ini. Malah dikatakan dia bekerja sama Tun Isyak kerna hebat bersilat, dia mengalahkan Drahman." Cerita Andika.

Wajra sudah menghidu sesuatu, dia yakin Daeng itu bukanlah Daeng yang mereka kenali.

"Lagi, apa lagi tentang Daeng yang berbeza?"

"Kapan Kanda suka ceritanya?"

"Kapan? Sejak dia berubah?"

"Hm, Daeng tidak memukul Mastika, mereka tinggal bahagia. Daeng juga sering solat berjemaah di surau. Paling penting, dia tidak mengenaliku kanda. Ketika aku menatapnya, dia malah tersenyum beredar pergi." Cerita Andika emosi. Dia tidak suka Daeng bersifat sebegitu. Meski sudah lama mereka tidak bergaduh, terasa bagai ada jurang yang besar. Atau lebih tepat, seperti orang asing.

"Aku sudah jumpa satu." Wajra tersenyum leret. Dia yakin perubahan Daeng sekarang bukanlah Daeng mereka kenali selama ini.

"Apa itu kanda?"

"Engkau ingat tidak aku pernah tiba-tiba berubah tingkah saat dahulu lamanya?" Wajra cuba memancing cerita lama, ketika mereka berkenalan lama dulu.

PERENTAS WAKTU CWhere stories live. Discover now