Musuh ³

88 18 0
                                    

Wei Yang merenung bulan di dada langit. Angin laut perairan Melaka mendinginkan dirinya yang hanya berpakaian tipis. Meski dia sudah terbiasa dengan iklim di negaranya, tetapi di sini dia belum terbiasa.

"Xiānshēng (Tuan)" Bawahannya muncul memberi hormat.

Wei Yang tidak membalas, menunggu berita apakah disampaikan.

"Yǒurén xiǎng jiànmiàn (Ada orang ingin berjumpa.)" Jelas bawahannya takut-takut.

"Qǐng zhìyù tā, wǒ shāo hòu huì gēn jìn (Sila jamu dia, aku menyusul kemudian.)" Ujar Wei Yang, menghabiskan arak tersisa.

Bawahannya akur lalu pergi menjemput tetamu tersebut.

Setelah menghabiskan arak, Wei Yang berjalan masuk ke dalam rumah. Di ruang tamu itu, terlihat seorang lelaki berparut serta pembantunya berpakaian serba hitam dan bertutup.

"Tā pài nǐ lái de? (Dia menghantar kau?) " Soal lelaki itu senyum mengejek.

"Wǒ shāle tā (Aku membunuhnya.)" Balas Wei Yang selamba buatkan lelaki itu tadinya senyum mengejek lantas menyinga marah.

"Tā shì wǒ de nánrén! (Dia orang aku!)" Marahnya.

"Sadiq, Tā bèipànle nǐ ( Dia mengkhianati kau.)" Wei Yang mencebik.

Sadiq berkerut tidak faham. Kenapa orang yang dia percaya mengkhianatinya?

"Liànzi, tā jiāo gěile jiějiě. Rúguǒ nǐ bù jièyì dehuà, jiù zài zhèlǐ shā diào wǒ de mèimei ba. Tā zài yīgè mǎ lái cūnzhuāng. (Rantai itu, dia serahkan pada adikku. Jika kau tidak kisah, bunuh adikku disini. Dia di perkampungan orang melayu.)"

Sebenarnya, Wei Yang sudah mendapatkan rantai itu ketika adiknya jatuh dari tembok dan hilang ingatan. Namun dia memberi kembali rantai itu, dan menginginkan Sadiq membunuh adiknya itu.

Kelak, jika mereka pulang. Berita kematian adiknya akan menyebar. Rencananya, dia akan berkuasa di Kerajaan itu. Dia pahlawan yang terbaik! Adik dia tidak layak menyandang gelaran sebegitu!

"Liànzi zài zhè'er ma? (Rantai itu ada disini?") Sadiq berwajah ceria.

"Shì de." Wei Yang tersenyum leret. Ya, adiknya yang membawanya.

.
.
.
.
.
.

Keesokan harinya, Wei Yang seperti biasa menyuruh orangnya berniaga seperti biasa. Waktu itulah, Ahsan datang mengabari satu berita penting.

"Shénme? Tā zài nǎlǐ? (Apa? Dia kemana?)" Terkejut Wei Yang mendengar Khairy tiada dirumah.

"Tā hé wǒ de sūn zǐ yǐjí zhège zhōu de zhòngyào rénwù zài yīqǐ. Tā shuō qù chá cūn, gézhe dàhé. (Dia bersama cucuku serta orang penting negeri ini. Katanya ke perkampungan Cha, merentasi sungai besar.)" Jelas Ahsan tersenyum. Wei Yang sungguh baik memberikan adiknya bercuti disitu. Dikatakan Zei Wei hilang ingatan, makanya dia membantu.

"Zhòngyào de rén? (Orang penting?)" Wei Yang berkerut.

"Tā hé zhège zhōu de yī wèi zhòngyào rénwù shì péngyǒu, tā de míngzì jiào dūn yī xīyǎ (Tun Isyak). Tā shì mǎliùjiǎ tǔdì shàng de yīngxióng. (Dia berkawan dengan orang penting negeri ini, Tun Isyak namanya. Dia pahlawan di tanah Melaka ini.)"

Wei Yang terdiam. Sampai sebegitu sekali adiknya itu merisik maklumat. Berkawan orang penting menambahkan lagi banyak maklumat untuknya.

Wei Yang tersenyum sinis. Adiknya betul-betul tidak sadar dia mempergunakannya.

"Nǐ bù jièyì (Kau tidak kisah?)" Ahsan sedikit hairan dengan tingkah Wei Yang.

PERENTAS WAKTU CWhere stories live. Discover now