Derahim | Zei Wei ²

112 30 0
                                    

Danial mengeluh, tengah-tengah nak membuang ni lah ada makhluk berbulu sibuk intai dia dalam tandas. Inilah padahnya tak baca doa sebelum masuk tandas.

Nak halau makhluk serupa hamas berbulu itu pun dia tengah sedang berak. Keadaan betul-betul tidak mengizinkan. Rumah kayu dengan tandas dekat luar memang betul-betul mencabar kesabarannya. Danial menyesal. Danny sering memesannya supaya dalam apa-apa keadaan harus membaca doa. Meski nak masuk tandas pun.

Selesai melepas hajat, Danial keluar dengan baik. Malas melayan keberadaan makhluk itu.

Entah kenapa matanya kali ini semakin jelas melihat semua makhluk-makhluk tersebut, di zaman modennya dia hanya melihat kabus hitam sahaja.

Tapi kali ini, semua makhluk itu terlihat jelas sejak dia terdampar ke zaman itu. Adakah ini ujian-nya?

Danial berhenti di laluan hendak masuk pintu ke dapur rumah. Meski siang-siang macam ni pun ada makhluk yang hendak menunggu di depan pintu.

Doa sebelum masuk ke rumah dibaca. Lari terbirit-birit makhluk itu kerana panas. Nak ikut dia masuk dalamlah tu.

Danial menghempas buntutnya ke katil. Hari cuti ini dia tidak tahu lakukan apa-apa. Ayahnya rehat di bilik sedang tidur dengan nyenyak. Melati pula sedang masak sarapan pagi seperti biasa.

Danial terkebil-kebil melihat siling di atas. Dia mula membiasakan diri dengan kewujudan jelas di matanya. Adakah ini yang dilihat Danny hari-hari? Dari seekor makhluk sekecil ibu jari, sehinggalah ke hantu galah di hutan. Apa yang sebenarnya dia harus selesaikan disini?

Danial bangkit dari baringnya. Pergi ke meja tulis. Zaman itu, pensil belum wujud lagi. Makanya harus menggunakan dakwat untuk menulis. Kertas pula terhad.

Danial cuba mengingat apa penyebab mereka ke situ. Dari sumpahan Shoko sehinggalah mereka diganggu di hutan. Dia ingat-ingat jelas sebutan Shoko itu. Ianya pasti sihir dalam skala besar.

Danial tak sedap hati.
"Dia letakkan sihir sumpahan jenis apa?" Danial cuba mengingat mana-mana kaedah perubatan Islam tentang sihir kuno itu, hampanya dia tidak ingat lansung.

"Tuan Derahim, jemput makan sarapannya."

Danial membututi langkah Melati ke dapur. Dia terlihat santai dan bekerja keras. Melati seakan berpura-pura kuat. Ada makhluk yang duduk di atas bahunya. Ia berbentuk seakan beruang kepala anjing? Tidak pasti.

"Melati, engkau tidak lelah?"

"Tidak Tuan Derahim."

"Bahu engkau sakit?"

"Bagaimana Tuan Derahim tahu? Patik sejak malam semalam sakit di bahu."

'Apa penyebabnya makhluk ni melekat kat Melati?'

"Engkau jangan lupa mandi, bersihkan diri dan jangan lupa berdoa dan solat. Hari ini aku bagi rehat." Tutur Danial tanpa pandang Melati, dah la dia tengah makan, makhluk tu tenung dia pulak. Nak makan penumbuk ke?

"Tapi Tuan Derahim, ini sudah masuk dua hari Tuan Derahim memberi rehat." Jelasnya terkejut.

"Aku tak nak khadam aku lelah. Besok banyak lagi pekerjaan. Hari ini, kau cuma layani bapakku."

"Baiklah Tuan Derahim."

Melati pergi. Tinggalkan Danial seorang diri ke dapur.

"Kenapa mata aku nampak jelas mereka ni semua?" Danial risau tidak dapat menanggung keberaniannya. Bukan dia berani sangat. Mereka, tidaklah hodoh mana, hanya fizikal mereka agak lain benar.

Kalau di bandar, selama ini dilihatnya adalah roh-roh gentayangan dan selebihnya kabus hitam yang dipercayai makhluk yang tidak nampak dimata manusia biasa.

PERENTAS WAKTU CWhere stories live. Discover now