Bab 1

677 13 1
                                    



"Maksu!! Nana nak pergi universiti dah ni. Nana dah lambat." Aku tak sangka harini aku terbangun lewat, selalunya sebelum subuh aku dah terjaga.

"Eh, Nana tak sarapan dulu ke? Maksu dah masak ni."

"Tak apa lah maksu, Nana dah lambat ni. Bye. Assalammualaikum." Tanpa melengahkan masa aku terus menyalam maksu.

"Waalaikummussalam , hati hati sayang. Jangan balik lewat sangat ye."

_____

"Eh, Alana asal kau lambat harini." soal Dania yang dari tadi mesej aku tak berhenti. Aku bukan tak nak jawab, ye lah sibuk tengah cari teksi yang boleh hantar aku awal sikit. Walaupun dah lambat usaha tetap usaha.

"Ish aku terlajak tidur tadi, aku tengah mimpi ada lelaki nak culik aku, tapi aku sempat lari dari dia. Aku bangun-bangun je dah terlewat." Aku pun hairan kenape mimpi kalini lain macam, bukan lah apa selalunya mimpi aku yang seronok aje.

"Pelik-pelik aje kau ni. Nasib baik Sir Amri tak sampai lagi." Fuh! lega teruk bila tengok Sir Amri tak sampai lagi. Maklum lah siapa je tak takut dengan pensyarah garang? Aku pun ketar habis lutut dengar nama Sir Amri tu.

"Weh, kejap lagi teman aku pergi perpustakaan. Aku nak study sikit. Tak lama lagi kita nak exam dah."

"Ye ke kau nak study, ke kau nak usha mamat tu lagi?" Dania ni memang kalau dia suka someone tu, memang dia kejar sampai dapat. Biasalah perempuan kan, pantang ada peluang sikit.

Sekarang dah tiba masa untuk rehat. Macam biasa lah aku rehat di pondok yang berhampiran dengan tandas. Mana-mana pergi aku memang suka lepak dekat dengan kawasan tandas. Senang sikit, buat tiba-tiba pundi kencing teraktif, boleh lah singgah tandas. Haha.

Aku tak suka makan yang berat sangat, ye lah nanti mengantuk dalam kelas sebab dah terlalu kenyang.

Tiba-tiba aku terfikir, apa maksud yang aku mimpi tadi? kenapa aku tiba tiba mimpi macam tu? Adakah perkara tu akan berlaku suatu hari nanti dekat aku?

"Weh!" Sergah Dania. Sumpah nak tercabut jantung aku.

"Astagfirullahaladzim. Kau ni buat aku terkejut je. Nasib aku tak ada serangan jantung tahu tak?"

"Hehe sorry lah. Kau tu aku tengok dari tadi termenung dah kenapa? Kau ade masalah ke ?"

"Tak ada apa lah, aku terfikir pasal mimpi aku yang tadi tu je."

"Kau buat lawak karut apa ni? Disebabkan mimpi gila tadi kau lewat tahu. Dah jangan fikir lagi pasal mimpi tu." Jawab Dania sambil dahi berkerut.

"Kau tahu tak mimpi tu macam realiti, macam aku memang akan mengalaminya cuma tak tahu bila." Entah kenapa aku rasa benda tu macam betul.

Kawasan yang ada dalam mimpi tu macam kawasan berdekatan dengan rumah Dania. Jadi aku masih terbayang-bayang dengan mimpi tu.

"Kau jangan mengarut lagi. Stres aku dengar mimpi kau ni. Dah jom makan."

Entah kenape aku tak sedap hati. Tapi ye lah itu kan hanya mimpi permainan tidur. Semua orang akan merasainya.

Cinta Yang Tersakiti [Complete]Where stories live. Discover now