Bab 27

189 8 2
                                    




"Alana..."

"Apa kau nak dekat sini Dania? Keluar dari sini. Aku cakap keluar!" Tengking Adrean.

"Abang, dengarlah dulu apa dia nak cakap." Ujarku lembut.

Aku pelik juga kenapa Dania nak berjumpa dengan aku. Dia nak apa?

"Alana, a-aku datang ni sebab nak m-minta maaf."

"Maaf apa lagi? Berambuslah!" Bidas Adrean.

Terkejut aku dengar Adrean maki Dania, aku tak pernah tengok dia marah orang sehingga begini. Suara Adrean kuat dan mungkin satu tingkat ini dengar suaranya.

"Abang, izinkan saya keluar kejap ye dengan Dania."

Aku hanya memberi isyarat mata untuk keluar dengan Dania. Aku tidak mahu lagi dia maki Dania, hampir satu office dengar suara dia. Kesian Dania mesti dia malu.

"Alana... Aku nak minta maaf. A-aku tahu aku banyak salah d-dengan kau. I'm sorry. Boleh kita b-berbaik macam dulu? Kalau kau sudi lah." Ujar dia sambil teresak-esak.

"Dania..."

Aku menarik tubuh Dania ke dalam dakapanku. Aku memeluk dia, rindu.

"Aku rindu kau Dania. Aku tak sanggup nak marah kau lama-lama." Rintihku.

"A-Alana a-aku m-minta maaf."

"Shh dah jangan nangis lagi. Aku ada kan dengan kau. Aku dah maafkan kau pun." Pujukku.

Aku bersyukur sangat sekarang ini Dania dah berbaik semula denganku. Semua orang pergi dari hidupku. Tetapi Dania dan Adrean datang semula, cuma maksu...

Tapi aku redha. Allah dah pun ganti kan dengan yang lebih baik contahnya anak dalam perut ni.

"Dah jom lah masuk."

"T-tak nak. Nanti Adrean marahkan aku." Balas Dania.

"No, it's okay. Aku ada."

Aku menarik tangan Dania dan menuju ke arah office Adrean. Tangan dia sejuk. Dari dulu aku berkawan dengan dia, kalau tangan dia sejuk semestinya dia tengah takut.

"Abang..."

"Sayang, boleh tak bawa dia keluar dari sini."

"Abang, dia datang dengan cara baik. Dia nak minta maaf, bukan nak cari gaduh."

Aku bukan nak melawan cakap suami, tapi aku cuma nak mereka berbaik. Aku tak nak mereka bergaduh.

"Tak salah kalau abang nak bagi dia peluang macam saya bagi dekat abang kan." Ujarku dengan nada perlahan.

Adrean memandang Dania dengan lama.

"Aku maafkan kau. Tapi kalau kau sakitkan hati Alana lagi, aku tak akan biarkan kau hidup senang Dania."

Dania hanya mengangguk dan terus memeluk tubuhku. Aku hanya memberikan senyuman kepada mereka berdua.

"Kita lunch sekali nak?" Soalku sambil memandang ke arah Adrean dan Dania.

Mereka hanya mengangguk dan tak membalas apa-apa. Dari tadi lagi kami bertiga tidak bercakap. Mungkin kami lebih selesa mendiamkan diri.

Aku bersyukur sangat-sangat semunya dah okay. Aku harap Dania ikhlas untuk berkawan dengan aku semula.

Korang jangan tanya kenape Alana dah lama tak pergi universiti😭 Author malas gila nak buat scene dia pegi universiti. Korang imagine sendiri je la Alana pergi univerisiti okay.

Cinta Yang Tersakiti [Complete]Where stories live. Discover now