Bab 2

200 9 0
                                    



"Arghh!!" Aku terjaga dari mimpi ngeri, yang sama seperti semalam. Aku tak sangka mimpi yang masih sama.

"Nana sayang, kenapa ni?" Maksu yang tiba-tiba terjah pintu bilikku. Aku takut dengan mimpi yang berulang sama seperti semalam.

"M-maksu.. Nana m-mimpi ada orang c-cuba nak culik Nana." Air mataku mula membasahi pipi.

"Ya Allah Nana, maksu ingat awak kene rasuk ke apa tadi. Buat maksu terkejut aje. Dah jangan sedih-sedih, itu kan cuma mimpi." Maksu mula untuk cuba menenangkan diriku.

"Nana d-dah mimpi benda yang s-sama. Dua kali maksu. Nana t-takut." Tangisanku mula kuat. Air mataku deras membasahi pipi.

"Dah sayang, tu kan cuma mimpi. Selagi maksu hidup, maksu akan pastikan Nana selamat ye, sayang." Tangisanku mula berhenti kerana pujukkan maksu.

"Nana rindu mama dan papa sangat-sangat maksu." Aku tak tahu kenapa malam ni aku terlalu rindukan ibu bapaku, selama ni kalau aku rindu aku cuma sedekahkan Al-Fatihah aje. Mesti rindu tu akan hilang. Tapi kalini rindu yang teramat kepada ibu bapaku.

"Ye, maksu pun rindukan mak ayah kamu juga. Kita sedekahkan Al-Fatihah sama sama ye."

_____

"Dania, semalam aku mimpi benda yang sama lagi. Aku takut lah, macam mana kalau benda tu jadi betul-betul?"

Setiap kali aku teringat mimpi tu, mesti aku terasa diperhatikan. Tetapi aku hanya abaikan, mungkin itu hanya rasa takut yang menyelimutiku.

"Alana, kau jangan lah asyik fikir yang negatif je. Kau kene kawal minda kau, jangan fokus sangat dekat mimpi tu." Betul apa yang Dania cakap, aku tak patut fokus pada mimpi tu, itu kan hanya mainan tidur.

Aku bersyukur walaupun aku dah tak ada ibu bapa, aku masih ada maksu dan Dania yang sayangkan aku.

"Terima kasih Dania, sebab kau selalu ada dengan aku."

"No hal lah, benda kecil je. Dah jom lah kita pergi makan." Macam biasalah Dania dengan makanan berpisah tiada. Lepas makan, makan lagi.

Cinta Yang Tersakiti [Complete]Où les histoires vivent. Découvrez maintenant