Bab 20

222 5 0
                                    



Sudah 3 hari aku tak makan. Aku tak larat nak buat apa-apa pun. Kini aku tinggal di rumah arwah maksu berseorangan tanpa suami di sisi.

Adrean buat persiapan untuk perkahwinan dia dan Dania. Mereka sudah kenal lebih lama dari aku, jadi tak salah kalau sekarang mereka nak menghalalkan hubungan mereka.

Semestinya aku kecewa, tapi siapa aku untuk menghalang. Dania menjemputku untuk ke majlis perkahwinan mereka.

Aku mahu bercerai dengan Adrean sebelum hari perkahwinan mereka kerana aku tidak mahu bermadu. Tetapi Adrean tidak mahu ceraikan aku dan aku hanya ikutkan keputusan Adrean.

Majlis perkahwinan mereka dalam beberapa hari sahaja lagi. Sejak maksu meninggal, aku dah lama tak jumpa Adrean. Mungkin dah tak sabar nak berkahwin dengan Dania.

Aku banyak menangis sehingga aku dah tak larat untuk buat apa-apa lagi. Sebenarnya aku tak sanggup untuk pergi ke perkahwinan mereka, tapi aku kena tunjukkan yang diri aku kuat. Tak mati pun kalau tak ada jantan dalam hidup.

Aku menangis disebabkan maksu dan ibu bapaku, bukan sebab Adrean. Tak risau pun kalau Adrean tinggalkan aku. Masih ramai yang nak kan aku, cuma aku dah tak percayakan mana-mana lelaki lagi untuk hidup bersamaku.

Tiba-tiba telefon bimbitku berdering. Nama Adrean terpapar di skrin telefonku.

"Assalammualaikum, Alana. Kau free tak?" Soal Adrean.

"Waalaikummusalam, free aje. Kenapa ye?"

"T...teman aku dan Dania untuk buat persiapan perkahwinan boleh?" Jawabnya, dalam nadar suara yang bergetar.

"O-okay."

Walaupun aku cemburu, tapi aku nak jumpa Adrean. Lepas perkahwinan mereka, semestinya aku akan pergi dari hidup mereka. Aku tak nak ganggu keluarga mereka dah.

Adrean menjemputku di rumah. Aku duduk di bahagian belakang kerana Dania sudah pun duduk di sebelah Adrean.

"Sayang, kita pergi butik dulu boleh?" Soal Dania yang merenung ke arah Adrean.

"Okay." Hanya sepatah yang Adrean jawab.

Apabila tiba di butik pengantin, aku hanya melihat pakaian-pakaian yang ada di dalam butik tersebut. Sayangnya, bukan aku yang memilih pakaian itu untuk kami.

"Alana, kenapa mata kau bengkak? Kau still menangis lagi ke?" Soal Adrean yang agak risau kepadaku.

"Ha? Tak lah mana ada."

"Kau jangan menipu aku Alana."

Adrean memusingkan badanku ke arah dia dan mendekatkan tubuh kami. Aku cuba untuk mengelak tapi Adrean memegangku dengan lebih erat.

"Tell me the truth sayang. Kau menangis sebab kita orang ke?" Soal Adrean sambil mengangkat sebelah kening.

"Tak lah. Saya menangis sebab arwah maksu."

"Kan senang kalau mengaku dari awal." Jawab Adrean.

"Ehem... Sayang, sini lah. Tengokkan baju apa yang sesuai untuk I." Tiba-tiba Dania berdehem dan mengejutkan kami berdua.

Adrean melihat ke arahku.

"Aku nak kau pilihkan pakaian kami boleh? Aku tahu taste kau lagi tinggi dari Dania." Ujar Adrean.

Aku terhibur sekejap. Tapi memang betul pun. Apa-apa berkenaan dengan style mesti Dania akan tanya aku. Haha.

"Saya pilihkan pakaian untuk awak je ye."

Adrean hanya senyum melihatku. Walaupun ni bukan pakaian untuk perkahwinanku, aku bahagia sebab baju Adrean aku yang pilihkan bukan Dania.

"Boleh tak kalau awak pakai warna baby blue dengan putih. Saya suka warna tu." Ujarku sambil tersenyum.

Memang dulu plan aku untuk memakai warna baju itu masa hari kami bersanding. Tapi malangnya kami hanya sempat bernikah sahaja.

"Boleh sayang." Balas Adrean.

"Sayang, kalau I nak kita pakai warna purple boleh?" Soal Dania tiba-tiba.

"Tak boleh. I nak kita pakai warna baby blue dan putih."

"T-tapi itu warna kegemaran Alana." Balas Dania sambil buat muka.

Aku rasa gembira sebab Adrean masih memilih warna itu dan bukan warna pilihan Dania. Ish! Tak baik lah. Aku dikira meruntuhkan rumah tangga orang, walaupun tangga tak siap lagi.

"Warna pilihan I atau pakaian semasa kami bernikah?"

"Err... Warna pilihan you lah." Balas Dania yang menjeling ke arahku.

Dia lupa ke Adrean tu suami aku? Kami masih sah dan halal lagi ye.

Warna pakaian yang aku pilih ni masa mereka nak bersanding. Kalau nikah semestinya mereka pakai warna putih. Aku mungkin pakai warna yang berlawanan contohnya hitam. Nak jadi emo girl.

Cinta Yang Tersakiti [Complete]Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum