Bab 19

171 7 0
                                    



Apabila jenazah disiapkan, aku cuba sedaya upaya untuk membantu. Walaupun aku tak sanggup tengok maksu yang tidak bernyawa, tapi aku tahu ini lah kali terakhir aku melihat dia.

Setiap kali aku melihat maksu, setiap kali itu lah air mataku deras membasahi pipi. Sebak sangat tengok maksu sebab dia lah yang selalu ada dengan aku, dengar cerita aku, manjakan aku, sayang aku. Kini aku dah tiada siapa-siapa lagi.

Aku perasan yang Adrean dari tadi perhatikanku. Banyak kali aku cuba untuk tidak pandang dia, tapi entah macam mana kami akan bertembung mata juga. Adrean kini mendekatiku.

"Aku tahu kau kuat Alana. Maafkan aku."

Kata-kata Adrean buatkan aku lagi sebak. Dia tahu aku sayangkan dia sangat-sangat, tapi dia masih pilih perempuan lain berbanding aku.

"M-macam mana saya nak kuat k-kalau semua orang t-tinggalkan saya? Saya dah tak ada siapa-siapa l-lagi Adrean. Siapa lagi nak dengar masalah saya kalau bukan m-maksu?"

Air mataku makin deras membasahi pipi. Aku menangis sambil tersedu-sedu sehinggakan aku sesak nafas.

Adrean yang tenung aku juga turut menangis. Entah kenapa buat masa ini aku nak sangat dia berikan perhatian sepenuhnya dekat aku. Walaupun aku tahu dia dah banyak sakitkan hati aku.

Tiba-tiba Adrean menarik tubuhku ke dalam pelukannya, aku hanya diam dan membiarkannya. Walaupun aku masih marahkan dia, tapi aku tak larat nak mengelak dari dia. Penat.

"Aku minta maaf Alana, aku tak ada di sisi kau masa kau perlukan aku. Aku biarkan kau seorang-seorang. Aku minta maaf."

Aku tak tahu nak cakap apa. Aku dah penat dengan semua ini. Aku tak tahu macam mana hidupku selepas ini kalau dia masih pilihkan Dania.

Apabila semua urusan telah selesai, jenazah dibawakan ke perkuburan Islam. Aku menaiki van jenazah dengan mak mertuaku.

Selesai perkebumian jenazah, semua orang dah beredar hanya tinggal aku seorang sahaja. Aku pergi melawat kubur arwah ibu bapaku juga untuk bacaan Yaasin.

"Kau tak nak balik ke Alana?" Soal suara yang datang dari belakangku.

"Tak." Jawabku.

"Jom lah, kau naik dengan kita orang."

Aku pusing kebelakang, ternyata Dania yang pelawa aku. Aku menghiraukan dia dan terus meratapi tanah perkuburan ibu bapaku.

"Aku minta maaf Alana."

"Dah lah, kau pergi balik aje. Tak payah sibuk hal aku."

Aku betul-betul tak sangka dia macam itu. Kecewa dengan sikap dia. Sanggup dia tikam kawan baik dia hanya sebab duit.

"Alana, jom balik. Aku hantar kau." Pelawa Adrean.

"Tak apa, saya balik sendiri aje."

Aku terus berjalan tanpa menghiraukan mereka.

"Kau balik naik apa?"

"Teksi."

"Biarlah aku hantarkan kau, lagi pun kita nak pergi tempat yang sama kan." Sambung Adrean lagi.

Aku tak nak naik kereta dengan Adrean. Lagi remuknya hatiku bila tengok yang duduk sebelah Adrean tu Dania bukan aku.

"Diam boleh tak? Kalau aku cakap tak nak, tak nak lah." Marahku.

Entah kenapa aku rasa asyik nak marah orang aje harini. Tanpa membuang masa, aku terus keluar dari tanah perkuburan itu untuk mencari teksi.

Air mataku tidak mahu berhenti sehinggakan mataku sembab. Dah lah lepas ni ada kenduri tahlil untuk arwah maksu dan ibu bapaku.

Ramai yang datang ke kenduri tahlil ini. Aku hanya bersandar di tepi dinding bahagian dapur. Aku tak larat nak pelawa semua tetamu, jadi aku hanya duduk di dapur.

Setelah selesai bacaan Yaasin, aku duduk di meja bahagian luar untuk menenangkan fikiran. Kepalaku serabut sangat dengan kematian maksuku, penceraian aku dan Adrean, perkahwinan Dania dan suamiku lagi.

Otakku bagai tak boleh berfungsi lagi buat masa ini. Aku penat dengan semua dugaan ini. Sejujurnya aku tak rela dengan perkahwinan mereka, tapi siapalah aku nak menghalang?

"Alana, pergi lah masuk dalam. Sejuk lah dekat luar ni." Ujar Adrean yang sedang menuju ke arahku.

"Biar lah sejuk, boleh aku mati awal."

"Kenapa kau cakap macam tu, Alana?"

"Aku hidup atas muka bumi ni bukannya ada orang yang sayangkan aku pun. Baik aku mati je, senang. Tak menyusahkan orang." Balasku pula.

Entah kenapa aku asyik nak marahkan aje Adrean dan Dania. Mereka dah pun mencintai antara satu sama lain. Mengapa aku mesti menghalang kisah cinta mereka?

"Aku masih sayangkan kau, Alana."

Aku terdiam seribu bahasa. Masih buntuh untuk menjawabnya. Dia masih sayangkan aku, tapi kenapa dia masih berkeras untuk berkahwin dengan Dania.

"Bulan depan kita bercerai. Lepastu nanti kalau nak kahwin dengan Dania, jangan lupa jemput aku ye." Sindirku.

"Aku tak akan ceraikan kau Alana. Walaupun aku akan berkahwin dengan Dania." Balasnya pula.

"Kau fikir aku sanggup bermadu dengan perempuan tu?"

Aku terus angkat kaki dan beredar dari tempat itu. Entah kenapa mulut aku biadap sangat bila dengan suami aku.

Cinta Yang Tersakiti [Complete]Where stories live. Discover now