Bab 12

145 8 0
                                    



"Assalamualaikum maksu." Aku terus berlari dan peluk maksu apabila tiba di rumah.

"Waalai... Eh! Ya Allah Nana. Macam budak kecil lah. Buat malu aje, tunjuk perangai macam tu dekat bakal suami kamu tu." Ye memang Adrean ikut aku. Itu pun sebab aku kena ugut, kalau aku tak kasi Adrean ikut, dia tak nak lepas kan aku.

Ish, tak suka lah sikit-sikit bakal suami. Aku pun masih belum setuju untuk berkahwin dengan dia.

"Ish biar aje lah. Dia belum jadi suami Nana lagi."

Tiba-tiba maksu mencubit pinggangku.

"Jaga mulut awak tu Nana. Tak lama lagi nak jadi isteri orang dah." Meluat kan? Asyik dengar benda sama aje. Aku ni tak kenal Adrean lagi tau. Kalau dari 100% aku bagi 2% je. Sebab memang aku tak kenal dia langsung.

"Ye lah." Aku menjulingkan mata ke atas.

"Assalammualaikum maksu." sapa Adrean kepada maksu.

"Waalaikummusalam. Jemput lah masuk dulu." Tanpa mereka sedari aku dah berjalan dulu ke dapur. Lapar lah weh! Kebulur, aku nak makan dulu.

"Okay maksu."

Kami semua menjamu selera di meja makan. Aku duduk bersebelahan dengan Adrean. Manakala maksu duduk bertentangan dengan kami.

Maksu tiba-tiba bersuara "Majlis kahwin kamu bila akan berlangsung?"

"Next month." Jawab Adrean dengan tanpa berbincang dengan aku dahulu.

Aku tak tahu lah kenapa Adrean dengan maksu ni nak mempercepatkan majlis kahwin, sedang kan aku belum pun bagi keputusan.

"Awak tak bincang dengan saya dulu pun."

"Kahwin kan benda yang baik, tak elok kita lambat-lambat kan perkahwinan ni. Lagi pun kalau tunggu kau nak bagi keputusan, tahun depan pun tak selesai." Biadap betul si Adrean ni.Kalau aku cili-cili mulut dia, tahu lah nasib dia.

Lagi pun aku masih hairan kenapa lelaki yang aku tak kenal nak kahwin dengan aku. Lagi pun maksu memang tak kenal dia. Macam mana maksu boleh terima dia macam tu aje?

"Ish awak ni. Kalau cakap dengan awak memang sampai bila-bila tak ada penghujung." Dia belum tengok aku mengamuk. Tapi setakat ni dia masih belum melampaui batas kesabaran aku.

"Ish kamu berdua ni! Tak elok bergaduh depan rezeki. Nanti dah kahwin gaduh lah puas-puas. Tapi ingat, gaduh tu jangan sampai bercerai-berai." Apa lah maksu ni. Sampai ke situ dia pergi.

"Kalau Alana dah jadi isteri sah saya, saya akan pastikan perpisahan antara kami hanya lah kematian." Amboi! Bukan main lagi ayat dia. Dia ingat aku nak percaya kata-kata dia? Lelaki semua sama.

Ayat bukan main manis lagi, kalau dia dah jadi suami aku lepastu dia tinggal aku macam tu aje memang aku kejar dia sampai hujung dunia.

"Ehem! Kalau ye pun, tak payah nak isteri-isteri bagai. Kita tak berkahwin lagi."

"Ye, lah."

_____

Kami berdua pergi berjalan-jalan di kawasan KL. Adrean membawaku keluar untuk tenang kan fikiran. Dia tahu aku terkejut dengan semua tindakan dia. Jadi dia nak aku terima semua keputusan dia.

Aku tak suka kesunyian, maka aku perah otakku untuk mulakan sesi soal menyoal dengan dia.

"Mak ayah awak tak kisah ke saya nak berkahwin dengan awak?" Entah kenapa soalan itu yang muncul tiba-tiba di otakku.

"Mak ayah aku yang suruh." Wah! Itu jawapan yang paling mengejutkan dalam sejarah hidup aku. Aku tak kenal dia dan sekeluarga, macam mana mak ayah dia boleh buat macam itu?

"Boleh tak awak stop guna perkataan 'aku kau'. Kalau kita dah kahwin nanti tak akan awak nak biasakan diri dengan panggilan macam tu." Aku tak cakap nak kahwin dengan dia, tapi itu cuma nak pastikan aje.

"Nampaknya orang sebelah ni dah bersetuju nak berkahwin dengan aku. Lepas kahwin nanti aku tukar lah panggilan. Mungkin dengan panggilan yang baru tu, buat kau makin sayang dekat aku." Euw! Serius lah, sampai macam tu sekali pemikiran dia.

"Awak beli keyakinan diri dekat mana eh? Yakin betul saya terima awak."

"Aku akan pastikan yang kau akan berkahwin dengan aku, dan jadi milik aku sampai bila-bila."

Gulp!

Mengerikan walaupun macam seronok sebab ade orang hargai aku sampai macam tu sekali. Tapi dia tetap menyeramkan.

"Okay, saya terima untuk berkahwin dengan awak. Tapi kalau awak sakitkan hati saya, saya terus tinggalkan awak. Buat lah apa-apa cara untuk saya sayangkan awak sepenuh hati saya, supaya kalau awak buat salah pun saya abaikan hanya kerana saya sayang kan awak." Panjang lebar aku berkata-kata. Aku harap dia faham perasaan aku.

"Aku tak tanya kau terima ke tak perkahwinan ni, sebab apa-apa pun jadi kau memang akan berkahwin dengan aku." Mamat ni saiko betul
lah.

"Apa-apa sekali pun berlaku, aku pun akan tetap sayang kan kau. Aku janji aku tak akan curang dengan mana-mana perempuan dekat luar sana. Kalau kau rasa aku curang atau buat benda tak elok belakang kau, cuba lah tanya aku dulu. Aku pun takut kalau kena bunuh dengan bakal isteri nanti."

Dia masih ingat apa yang aku kata duhulu. Haha. Aku harap kata-kata dia ni tak makan diri nanti. Setakat janji, semua orang boleh berjanji. Tapi kalau nak lakukan perjanjian tersebut, tak semua orang boleh laksanakan.

Cinta Yang Tersakiti [Complete]Where stories live. Discover now