Bab 35

98 4 0
                                    



Aku terjaga dari tidurku. Jam di telefon menunjukkan sudah pukul 4:30 pagi. Aku memasuki bilik air dan mandi.

Pili air aku buka. Air yang mengalir di tubuhku terasa hangat. Air mata juga turut mengalir bersama. "Kenapa kau buat aku macam ni Adrean? Jahat sangat ke aku dekat mata kau?!"

"Susah sangat ke kau nak sayang aku seorang? Susah sangat ke?!" Jeritku dalam bilik air bersama tangisan.

Air mataku semakin deras membasahi pipi. "Aku akan pastikan, kau tak akan jumpa aku lagi Adrean. Aku akan pergi jauh dari hidup kau."

Aku menutup pili air dan memgambil tuala. Aku lap tubuh dan mukaku lalu aku memakai baju. Keluar dari bilik air dan aku terus baring di atas katil.

"Kalau aku terus duduk di Malaysia, semestinya Adrean akan jumpa aku. Jadi kalau aku nak pergi jauh dari dia, aku kena pergi ke luar negara." Ujarku seorang diri.

"Australia."

Dulu maksu kata papa pernah beli rumah dekat sana, tapi maksu tak pernah bawak aku pergi rumah itu.

Maksu ada bagi aku kunci rumah tersebut sampai sekarang aku bawak kunci itu kemana-mana sahaja.

Maksu pernah cakap juga yang rumah itu papa beli atas nama aku. Aku pun tak pernah tergerak hati nak pergi melihat keadaan rumah tersebut. Mungkin tempat itu akan jadi destinasiku seterusnya.

______

Sekarang aku berada di Australia. Aku berdiri di hadapan rumah yang tak pernah aku jejaki sebelum ini. Ini lah rumah arwah papa belikan semasa dia masih hidup.

Rumah ini sangat besar dan mewah. Cantik. Aku mengangkat semua barang-barangku masuk ke dalam rumah tersebut.

"Assalammualaikum."

Dah kalau luar tadi cantik, dalam lagi lah cantik! Aku sangat teruja tengok rumah ini. Tapi hairan, rumah ini bersih tiada habuk seperti ada orang yang menjaganya.

"Waalaikumussalam." Balas seseorang daripada seseorang yang aku tidak kenali.

"Awak mesti anak Tuan Zaidi kan?" Soal wanita yang berusia lingkungan 30-an.

Aku hanya menganggukkan kepala. Macam mana dia boleh kenal ayahku? Mungkin pembantu di rumah ni.

"Panggil saya akak je. Kak Yati. Saya ialah pembantu di rumah ni. Tuan Zaidi suruh saya jagakan rumah ini sehingga awak datang. Kalau awak dah tak nak akak bekerja di sini, akak boleh pergi." Ujarnya sambil senyum tawar.

"Eh, tak apa. Kak Yati boleh je terus bekerja di sini. Saya pun baru pertama kali datang sini." Balasku.

"Nama awak Alana kan? Sedap nama awak." Ujar Kak Yati.

"Ye betul. Terima kasih." Balasku sambil senyum.

Aku mula melihat sekeliling. Kawasan rumah ini sangatlah bersih. Ada beberapa gambar yang digantungkan di dinding. Gambar itu pula adalah gambar kami sekeluarga. Ibu, ayah dan aku.

Sebelum ibu mengandungkan aku, ayah dah ibu menetap di Australia dalam 4 hingga 5 tahun di sini atas urusan kerja. Apabila mereka pulang ke Malaysia, tak lama kemudian ibu mengandungkan aku.

Jadi sejak dari tu ibu dan ayah memang tak pernah pulang ke Australia lagi. Mungkin aku pula, tidak akan pernah pulang ke Malaysia semula.

Tiada sesiapa lagi yang sayangkan aku di sana. Semua yang aku sayang, semua pergi tinggalkan aku. Jadi lebih baik aku undur diri.

Cinta Yang Tersakiti [Complete]Where stories live. Discover now