Bab 40

131 3 0
                                    



Harini aku bangun pukul 5:45 pagi. Siap-siap untuk solat Subuh.

Aku mandi dan mengejut Adrean untuk mandi pula.

Kami solat berjemaah bersama-sama. Adrean menjadi imamku dan aku menjadi makmumnya.

Setelah selesai solat aku menyalam tangan Adrean.

"Awak saya nak tanya soalan sikit boleh?" Soalku.

"Boleh aje sayang." Balas Adrean.

Aku takut kalau soalan ni akan menyakitkan mana-mana pihak. Aku takut kalau soalan ni boleh menyebabkan kami bergaduh semula. Tapi nak atau tak nak soalan ni perlu aku tanya Adrean sebelum aku fikir benda yang tak elok.

"Sebelum saya gugur dahulu, siapa perempuan yang keluar dengan awak masa dekat kedai makan 2 tahun yang lepas tu?"

Adrean diam. Dia seolah-olah tengah memikirkan jawapan yang terbaik untuk jawab soalan aku.

"Perempuan tu sebenarnya kawan abang. Mak dia beria nak abang keluar dengan dia. Katanya dorang nak pergi dari Malaysia buat selama-lamanya. Jadi abang temankan aje dia untuk keluar makan."

"Banyak kali abang halang dia dari terus pegang abang. Tapi alasan dia 'I dah nak pergi dari Malaysia dah. Bagi la I peluang' jadi abang ikutkan je. Memang salah abang sebab tak halang. Dan abang bodoh sangat masa tu sebab ikutkan aje dia."

"Dia tu pun ada niat tak baik dekat kita. Dia nak kita bercerai, sebab dia cintakan abang. Lepas dia mengaku benda tu abang terus pergi dari hidup dia. Sampai sekarang abang tak tahu dia pergi mana." Ujar Adrean panjang lebar.

Akhirnya baru aku faham siapa perempuan tu. Tak adalah nak marahkan Adrean sangat. Benda tu pun dah lepas. Adrean pun dan insaf, buat apa aku nak hukum dia.

"Abang minta maaf sayang."

"Tak apa. Saya dah lama maafkan. Kita mulakan hidup baru ye." Ujarku sambil tersenyum.

Adrean mengucup tanganku lembut.

"Terima kasih kerana sudi terima abang sekali lagi."

"Dan terima kasih juga kerana selalu jujur dalam segala hal." Balasku.

Semuanya sudah selesai. Alhamdulillah. Aku dah padam niat lama untuk bercerai dengan Adrean.

Kalau aku dah bersuamikan Adrean pun masih ramai yang mahu merampas kebahagiaan kami, apatah lagi kalau kami bercerai. Mesti ramai beratur. Tapi tak apalah, sebab aku tetap pemenangnya.

Cinta Yang Tersakiti [Complete]Where stories live. Discover now