Bab 30

156 8 0
                                    




Jam menunjukkan 8:50 p.m. Aku baru sahaja selesai solat Isyak bersama Adrean.

"Abang, sayang nak tanya sikit boleh?" Soalku.

"Tanya banyak pun boleh sayang."

"Siapa Mia?"

Walaupun aku dah tahu siapa Mia, tapi aku masih nak kenal dia dengan lebih lagi. Mana lah tahu Mia tu tak boleh nak move on dari Adrean.

"Ex-girlfriend abang."

"Abang sayang dia lagi ke?" Entah kenapa soalan aku ni pelik-pelik aje.

"Of course not. Dear listen here, maybe you're not my first love, but you will and always be my last person that i love with wholeheartedly." Balasnya dengan penuh makna.

______

Harini Adrean cuti. Aku nak ajak dia keluar pergi jalan-jalan tapi aku tak ada mood lah. Kalau aku ajak dia kemas rumah okay tak? Rumah ni pun dah lama tak kemas, makin berhabuk adalah.

Sebelum nak buat apa-apa aku kena kejut Adrean ni dulu. Lepas solat subuh tadi dia terus sambung tidur.

"Abang oh abang bangunlah."

"Kenapa hm?"

"Bangunlah abang, jom kita kemas rumah nak? Rumah kita ni dah bersepah, banyak habuk lepastu tandas kita dah kotor sikit. Sikit je tak banyak sangat, tapi kita kena cuci juga." Ujarku.

Aku kalau bab rumah ni memang cerewet sikit. Ye lah rumah dah mahal tak akan lah dalam bersepah pulak kan? Jadi why not kalau sekali sekala tu kemas rumah.

"Kenapa tiba-tiba babygirl abang ni nak kemas rumah pula?" Ada-ada je lah Adrean ni.

"Mestilah sebab rumah kita dah kotor, tak akan nak tunggu biawak masuk rumah baru nak kemas ish!" Balasku.

Adrean ketawa sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Ye lah, jom."

"Ayuh! Mari kita beraksi."

Aku akan mula dengan dapur dulu. Sebelum aku nak masak aku kena bersihkan dapur ni dulu, kalau tak serabut otak aku nak masak dengan pinggan banyak lagi.

Selepas aku dah basuh pinggan, aku mula mop lantai dekat bahagian dapur. Dah siap mop lantai, aku lap-lap bahagian dekat atas meja pula. Dah siap semuanya aku sambung dekat ruang tamu.

Aku tarik sofa ke depan lepastu sapu semua habuk-habuk dekat belakang sofa tu. Aku bersihkan bawah meja dan aku lap tv supaya tak ada habuk lagi. Aku pergi pula ke bahagian bilik air di bawah.

Memang bekerja keras ye aku, ye lah entah kenapa rajin pula tiba-tiba. Asalkan rumah bersih lah. Aku rancang suruh Adrean kemas dekat atas, aku buat dekat bawah. Cepatlah sikit siap nanti.

Okay, aku sambung kerja aku bersihkan tandas semua tu, basuh baju, sidai dan yeah! Aku dah siap kerja. Aku naik lah ke atas tengok apa yang Adrean dah buat.

Dia baru siap mop dekat bilik kami? Seriuslah? Punya lama aku bekerja keras dekat bawah, baru itu je dia buat. Tak apa lah biar aku sambung. Dekat bilik kami lebih banyak habuk berbanding dekat bawah.

Tangan aku mula gatal-gatal lepastu merah-merah. Aku memang dari kecil allergic dengan habuk.

"Sayang awak allergic habuk ke?" Soal Adrean sambil memegang tanganku yang merah-merah itu.

"Ye, dari kecil lagi tangan saya allergic dengan habuk. Tapi ye lah saya dah biasa buat kerja macam ni. Gatal-gatal sikit je ni, nanti dia okay lah." Balasku.

"Babygirl, memang awak dah biasa dengan kerja rumah tapi disebabkan awak dah jadi isteri saya, awak akan dilayan macam princess bukan macam maid."

Aku hairan, aku cuma allergic dengan habuk je. Entah kenapa Adrean risau sangat.

"Dah lah sayang duduk sini diam-diam, biar abang yang buat semua."

"Semua dah siap. Bilik kita je tak siap-siap lagi." Ujarku.

"H-huh? Cepatnya sayang buat kerja." Ujar Adrean.

Aku hanya senyum sambil mengangkat kedua-dua belah keningku. Haha. Rasa gempak gila.

"Of course. Tengok lah siapa isteri abang."

"Bidadari abang."

Cinta Yang Tersakiti [Complete]Where stories live. Discover now