Bab 17

145 5 0
                                    



Aku tak sangka Dania buat aku macam ni. Dalam banyak-banyak lelaki dalam dunia ni, kenapa mesti Adrean? Suami aku.

Aku balik ke office Adrean untuk mengambil handbagku. Aku mengesatkan air mataku berkali-kali, tetapi air mataku tetap deras membasahi pipi.

"Alana, kenapa awak menangis ni?" Soal Amelia.

"Tak ada apa lah. S-saya pergi dulu ye."

Aku tinggalkan kawasan ini. Aku tak tahu nak pergi mana, yang pasti aku tak akan balik ke rumah Adrean.

Aku tak tahu apa yang akan jadi selepas ni. Aku tak boleh nak berjumpa dengan maksu buat masa ini. Mesti maksu akan terkejut kalau aku bagitahu perkara sebenar.

Jam menunjukkan pukul 10:45 malam. Jalan makin sunyi. Sekarang ni aku lebih suka dengan keadaan sunyi berbanding ramai orang. Rimas.

Aku hanya berhenti di satu taman yang kosong. Ada beberapa kerusi yang menghadap tasik, dan aku duduk di antara kerusi tersebut.

Aku tak tahu kenapa air mataku dari siang tadi tak berhenti mengalir. Aku dah terlalu sayangkan Adrean, walaupun kami baru sahaja kenal.

Dania dan Adrean telah mengkhianati aku. Mereka berdua orang yang paling aku sayang. Tapi kenapa mereka buat aku macam ni?

"Awak buat apa dekat sini?" Soal seorang lelaki tiba-tiba.

Aku kenal suara tu. Alex!

"Alex!"

Terkejut dengan kehadiran Alex di sini tiba-tiba.

"Saya tak buat apa pun. Cuma tak sangka yang Adrean dengan Dania sanggup buat saya macam tu."

"Awak dah tahu perkara sebenar?" Soal Alex yang sedang menatap wajahku.

"Saya cuma tahu yang Adrean masih sayangkan Dania itu aje. Awak tahu apa-apa ke pasal mereka?"

Aku tak sangka yang Alex juga kenal Dania, dan dia juga tahu tentang Adrean dan Dania.

"Dulu Adrean dan Dania pernah hampir kahwin. Mereka tak jadi kahwin sebab Dania jumpa seorang lelaki yang lebih kaya dari Adrean. Jadi Dania buat keputusan untuk lari dengan lelaki itu masa hari perkahwinan mereka berdua."

Aku tak sangka Dania dulu macam itu. Patut lah Adrean pernah cakap yang dia tak percayakan pada mana-mana perempuan.

"Setiap hari Adrean menangis. Dia terlalu sayangkan Dania sehingga dia sanggup buat apa sahaja asalkan Dania kembali pada dia. Ingat haritu yang kami culik awak?"

Aku hanya menganggukkan kepala.

"Masa itu kami sepatutnya kena culik Dania, bukan awak. Tapi kami dah tersalah culik orang. Adrean pula dapat tahu yang awak berkawan dengan Dania. Jadi dia buat perancangan supaya dia dapat balas dendam."

Aku hairan lah, dia nak Dania tapi kenapa dia kahwin dengan aku.

"Tapi kenapa dia kahwin dengan saya? Kalau dia nak Dania dia boleh aje kahwin terus macam mana dia buat dekat saya dulu."

"Tak semudah itu, Adrean nak buat hidup Dania sengsara apabila dapat tengok awak bahagia dengan dia. Tapi dalam masa yang sama Adrean nak kan yang Dania balik dekat dia."

Nampaknya Adrean memang tak cukup satu. Dia buatkan aku benci dengan lelaki. Dan Adrean juga buat aku dah tak percayakan mana-mana lelaki lagi.

"Jadi dia kahwin dengan saya sebab nak tunjuk yang dia pun kaya dan lebih kaya daripada lelaki yang Dania pilih dulu? Macam itu ke?" Soalku dengan wajah keliru.

"Ye, dan sebab itu jugalah dia gunakan awak untuk balas dendam. Dia tahu awak rapat dengan Dania."

Aku tiba-tiba rasa pening, macam nak pitam pun ada. Tapi aku kuatkan semangat.

"Kalau macam itu saya balik dulu lah ye."

"Awak nak balik naik apa Alana?"

Aku pun masih tak tahu nak balik naik apa. Mungkin jalan kaki.

"Jalan kaki."

"Malam-malam macam ni? Tak apa lah biar saya hantar awak je."

Aku cuma angguk.

"Saya hantar awak balik dekat rumah Adrean ye."

Aku tak sanggup tengok muka Adrean sekarang. Dia tipu aku hanya untuk kepentingan diri sendiri, memang tak lah aku nak mengaku dia suami aku lagi.

"Awak hantar saya dekat mana-mana hotel aje lah."

"Tapi..."

"Kalau tak biar saya jalan kaki aje, menyusahkan awak aje kan."

Belum sempat dia nak cakap, aku dah potong ayat dia. Aku tahu dia risau kan keadaan aku. Tapi sekarang ni aku dah tak fikir apa, nak jadi apa jadi lah. Aku tak kisah.

Aku memilih untuk tinggal di hotel yang berdekatan dengan rumah maksu. Hotel itu juga dekat dengan universiti.

"Saya hantar awak dekat sini aje lah ye."

"Okay, terima kasih."

"Sama-sama."

Aku keluar dari kereta dan check in ke dalam hotel. Fikiranku serabut, macam-macam aku fikir. Entah kenapa aku pening kepala sangat-sangat. Oh! Ye aku tak makan lagi. Last aku makan pagi tadi.

Cinta Yang Tersakiti [Complete]Where stories live. Discover now