Bab 23

217 7 0
                                    




Hari ini aku dah boleh balik ke rumah. Adrean mengemaskan barang-barangku. Dia tak bagi aku buat kerja-kerja berat.

"Sayang, jom."

Aku melihat ke arah Adrean. Kelihatan muka dia pucat dan penat. Agaknya dia tak cukup rehat hanya untuk menjagaku dari luar. Kadang-kadang aku rasa kesian terhadapnya.

"Sayang larat tak nak jalan?" Soal Adrean.

"Larat je."

Adrean membuka pintu untukku supaya aku berjalan dahulu. Dia mengangkat semua barang-barangku.

Kami mula menaiki kereta. Adrean membukakan pintuku untuk duduk di hadapan. Adrean mula memandu kereta untuk pulang ke rumah.

"Sayang kita beli makan dulu baru balik ye." Ujar Adrean.

Aku hanya mengangguk. Aku pun tak larat nak masak harini.

Setelah selesai Adrean membeli makanan untuk kami, dia terus memandu untuk pulang ke rumah. Sepanjang perjalanan aku hanya melihat ke luar tingkap. Kalau boleh aku memang tidak mahu bercakap apa-apa dengan Adrean.

Jahat sangatkah aku buat dia sampai macam ini? "Sorry abang. Alana terpaksa buat macam ni supaya abang sedar yang Alana sayangkan abang dan Alana tak nak abang sakitkan hati Alana lagi." Ujarku dalam hati.

Apabila sampai aku terus memasuki rumah. Aku mengambil makanan yang Adrean beli tadi untuk dihidangkan. Nak makan dengan dia sama-sama ke tak eh? Hm soalan itu bermain difikiranku.

Adrean datang ke dapur lalu mengambil makanan dia dan dia terus beredar. Dia tahu ke yang aku tak nak makan dengan dia? Jadi aku makanan seorang-seorang lagi. Tapi tak apa lah. Memang itu yang aku nak pun.

Setelah aku selesai makan, aku nampak yang Adrean bersiap-siap untuk keluar.

"Adrean... Awak nak pergi mana?" Soalku.

"Jumpa Dania." Balasnya.

Dia terus keluar rumah tanpa cakap apa-apa lagi. Buat apa lah dia nak jumpa Dania itu lagi. Ish! Tak suka lah.

Jam menunjukkan pukul 7:00 malam. Adrean masih belum pulang. Patut ke kalau aku nak call dia? Siapa yang boleh tolong aku dalam masa begini? Alex! Tiba-tiba aku teringat dekat dia. Dah lama kami tidak berjumpa.

Aku mencapai telefonku dan terus call Alex.

"Hello, Alana."

"Alex, awak tahu tak Adrean dekat mana?" Soalku.

"Risau dekat Adrean eh?" Alex tertawakanku.

"M-mana ada."

"Awak ni Alana, tinggi betul ego. Apa salahnya rendahkan ego untuk Adrean. Em... Balik kepada soalan awak, Adrean ada je dengan saya. Kami dekat office, tempat kerja Adrean."

Aku bukan tak nak call Adrean, tapi tak ke pelik kalau tiba-tiba aku call dia padahal aku tengah bergaduh dengan dia. Ha kan pelik tu, sebab itu lah aku call Alex. Lagipun Alex kan kawan baik dia. Mestilah dia tahu Adrean dekat mana.

Hm sebenarnya apa mereka buat ye dekat office malam-malam macam ini? Rasanya Dania ada sekali ke eh? Erm tak mungkin lah, kalau Dania ada sekali mesti Alex sekarang tak ada dengan Adrean.

Sampai bila lah hubungan kami nak macam ni. Aku rindukan hubungan kami yang dulu walaupun aku tahu itu semuanya hanya berpura-pura, tapi aku pernah bahagia dengannya juga.

Harini Adrean hanya bercakap denganku beberapa kali sahaja. Patut ke kalau aku pulihkan rumah tangga kami semula?

Aku cuba untuk beri peluang kepada Adrean buat kali yang kedua. Aku harap dia gunakan peluang ini dengan baik. Dia bukannya ada salah besar sangat pun dengan aku kan? Walaupun aku sakit hati tapi tak apa lah, aku dah janji dengan diri aku untuk jaga hak aku.

Kalini aku kena cuba untuk bercakap lembut dengan dia dan hormat dia sebagai seorang suami. Aku tak boleh biadap dengan dia, syurga aku di bawah telapak kakinya. Aku kena turunkan egoku ini demi anak dalam kandunganku. Anak ini juga perlukan kasih sayang seorang ayah.

Tapi aku akan pastikan yang anak aku kuat daripada aku. Aku tak boleh janji hubungan kami kekal. Bila-bila masa aje Adrean boleh jatuh cinta semula dengan Dania. Atau mungkin dia masih cintakan Dania?

Erm, lebih baik aku teruskan rancangan aku untuk dapatkan Adrean balik dalam hidupku. Aku kena sayang dia, jaga makan minum dia, hormat dia. Mungkin dengan cara ini aku dapat merasa kasih sayang seorang suami yang mencintaiku dengan ikhlas.

Cinta Yang Tersakiti [Complete]Where stories live. Discover now