Bab 18

148 7 0
                                    




Jam menunjukkan pukul 5:00 pagi. Aku bersiap-siap untuk solat subuh. Aku tak tahu lepas ni aku nak buat apa. Mungkin jumpa dengan maksu.

Setelah selesai solat subuh, aku bersiap-siap untuk sarapan pagi. Aku tidur di hotel ni hanya satu malam, kerana aku tak ada pakaian lain. Aku kena balik rumah Adrean untuk ambil pakaian dan barang-barangku.

Dari aku balik rumah itu, lebih baik aku beli baju baharu. Apa alasan aku nak bagitahu maksu nanti. Sekarang ini, aku nak pergi beli baju baharu dan baru berjumpa dengan maksu.

Aku jumpa satu kedai yang menjual dress. Aku pun malas nak pakai baju havoc. Jadi pakaianku hanya dress hitam dan shawl hitam. Harini semua serba hitam. Tak ada mood nak pakai warna-warni.

Tiba-tiba telefonku berdering. Nama Adrean terpapar di skrin telefonku. Aku tak tahu nak jawab ke tidak call dia. Hatiku rasa mungkin akan ada sesuatu yang akan terjadi. Benda baik? Atau buruk?

Aku terus mengangkat call tersebut.

"Hello..."

"Kau kat mana Alana? Maksu kau dekat hospital kena serangan jantung sekarang ni!"

Luruh jantungku bila dengar berita buruk pasal maksu. Aku terus berlari untuk mendapatkat teksi. Tapi malangnya nasib tidak menyebelahi aku.

Aku berlari hingga ke hospital. Jarak hotel dengan hospital hanya beberapa km sahaja.

Setelah sampai di hospital, aku tercungap-cungap kerana tak cukup nafas yang dari tadi asyik berlari. Aku nampak Adrean dan sebelahnya ada Dania.

Aku mengabaikan mereka berdua dan mencari mak mertuaku.

"Mama!" Jeritku.

"Sayang! Awak kena kuatkan semangat ye. Doa banyak-banyak."

Mak mertuaku terus memeluk tubuhku.

"A-apa jadi dengan maksu, m-mama? Macam mana dia b-boleh kena serangan jantung?" Soalku sambil tercungap-cungap.

"Aku puncanya. Aku bagitahu maksu hal yang sebenar, dan aku nak lepaskan kau dengan cara baik. Tiba-tiba maksu kau kena serangan jantung." Jawab Adrean dari belakangku.

Remuknya hatiku bila dapat tahu dia punca maksu kena serangan jantung.

"Aku benci kau! Dah tak sabar sangat nak bercerai dengan aku, datang lah jumpa aku. Bukan maksu. Bodoh!" Tengkingku.

"Sabar sayang, jangan marah-marah. Ni kan hospital." Pujuk mak mertuaku.

Tiba-tiba ada doktor yang menghampiri kami. Aku takut untuk dengar jawapan yang keluar dari mulut doktor, tapi aku kena kuat kan semangat.

"Maafkan saya, saya tak dapat selamatkan Puan Aisyah." Nyata seorang doktor itu.

Aku jatuh terduduk dan meraung. Aku dah tak ada orang lain selain maksu. Ya Allah, kenapa kau ambil maksu terlalu cepat? Aku dah tak ada siapa-siapa lagi dah.

"Aku mintak maaf Alana."

"Kau diam boleh tak? Kau tahu tak kau punca maksu aku meninggal! Aku benci kau, aku tak nak tengok muka kau lagi! Pergi dari sini sekarang."

Air mataku deras membasahi pipi. Aku dah tak ada mak ayah, maksu, suami dan kawan baik. Semuanya pergi tinggalkan aku. Macam mana aku nak teruskan hidup?

"Alana aku nak minta maaf juga, aku tak sangka jadi macam ini." Ujar Dania.

"Pergi mampus dengan maaf kau. Kau tahu kan maksu aku sakit jantung. Kenapa kau bodoh sangat Dania? Kenapa?" Makiku.

Aku dah tak fikir apa, sekarang ni aku dah tak kuat. Tiada siapa-siapa lagi akan dengar rintihanku. Kini hatiku bagai dicarik-carik.

"Maksu, kenapa maksu tinggalkan Nana. M-maksu tahu tak Nana s-sayangkan maksu sangat-sangat." Luahku kepada maksu yang sudah meninggal dunia.

Remuk sangat hatiku bila lihat maksu di atas katil hospital tak bernyawa.

Kini jenazah maksu dibawa ke masjid untuk dimandikan dan dikafankan. Aku menaiki kereta dengan Adrean, Dania dan mak mertuaku.

Jujur aku tak ingin nak naik kereta sekali. Tapi kalau aku jalan kaki, semestinya aku sampai lambat. Jadi aku terpaksa naik kereta dengan mereka sekali. Aku duduk di seat belakang dengan mak mertuaku.

Aku hanya merenung di luar tingkap. Suasana di dalam kereta sunyi. Siapa lagi boleh dengar luahanku? Tiada siapa. Semua orang yang aku sayang dah tinggalkan aku.

Kini aku dah tiada maksu. Mak ayah, maksu, Adrean, Dania semua pergi dari hidupku. Kenapa lepas satu, satu ujian yang berat aku hadapi?

Cinta Yang Tersakiti [Complete]Where stories live. Discover now