Bab 4

153 10 0
                                    



Aku menunggu Dania di taman untuk menceritakan hal semalam. Kejadian semalam masih terngiang-ngiang di pikiranku. Apa yang van tu nak buat kepadaku? Adakah dia cuba untuk culikku sama seperti mimpi yang selalu?

"Alanna!" Terkejut aku. Dia ni sehari tak ganggu aku tak sah.

"Ish, kau ni. Suka betul kacau aku. Terkejut tahu tak?"

"Hahaha, sorry lah. Aku tak sengaja. Ha apa yang kau nak cerita dekat aku? Macam hal penting aje." Ye lah tu tak sengaja.

"Ha macam ni cerita dia, semalam ada satu van warna hitam, dia datang dekat dengan aku. Tapi dia tak buat apa-apa lah dekat aku. Aku takut lah weh. Macam mana kalau dia nak culik aku macam mimpi selalu tu."

"Astagfirullah, serius lah weh! Kau dalam bahaya ni Alana. Kau kene lebih berhati-hati tau." Ya, aku rasa sekarang ni aku dalam bahaya.

Aku selalu rasa diperhatikan apabila keluar dari universiti ni. Tapi aku abaikan perasaan tu. Mungkin sebab aku terlalu takut dengan mimpi tu.

"Aku takut lah."

"Tak apa, biar aku teman kau balik aje. Maksu kau kene tahu hal ni, bahaya kalau biarkan."

"Aku taknak susahkan dia, kau jangan bagitahu dia eh!" Aku tak suka menyusahkan maksu, dia dah banyak tolong aku. Jadi kalini biar aku selesaikan sendiri.

"Aku tak janji." Kata Dania sambil menjelingku dengan mata tajamnya.

"Ish! Kau makan lah sorang-sorang. Aku tak nak teman." Haha kalini biar aku yang kenakan dia.

"Ye lah. Aku tak bagitahu maksu kau. Tapi ingat, kalau jadi apa-apa aku taknak ambil tahu."

"Okay." Harap-harap apa yang dia kata tu tak betul lah. Macam mana kalau pemandu van tu datang lagi dekat aku, lepastu culik aku? Tak ke nahas.

"Jom balik. Aku penat lah." Sekarang aku cepat rasa letih. Entah kenapa, mungkin sebab aku perlukan rehat yang cukup.

"Okay, aku teman kau balik tau."

"Ha jom. Cepat sikit makan tu."

"Assalammualaikum maksu. Nana dah balik." Dari luar aku tak nampak kereta maksu. Entah maksu ke mana petang-petang macam ni.

Mungkin maksu tak ada dekat rumah. Aku terus naik ke atas untuk mandi, solat lepastu tidur.

Jam menunjukkan 7:37, aku bangun dari tidurku, lepastu mengambil wudhuk dan solat.
Selesai solat maghrib, aku turun kebawah untuk mencari maksu.

"Hai maksu! Tadi Nana balik dari universiti tak nampak maksu pun. Maksu pergi mana?"

"Hai sayang, maaf lah maksu tak bagitahu tadi maksu keluar ada hal sikit. Lupa pulak nak bagitahu dekat Nana." Sampai hati maksu lupa nak bagitahu aku. Gurau aje! Aku tak ambil hati pun, aku kan budak baik.

"Oh, tak apa lah maksu. Kalau minggu depan Nana nak tidur rumah Dania dalam dua ke tiga hari boleh maksu?" Aku nak bincang dengan Dania fasal semalam.

"Boleh aje! Hati-hati ye. Kalau tak ada duit bagitahu maksu ye sayang. Nanti maksu transfer." Aku tak minta dia duit pun aku cuma minta izin nak ke rumah Dania. Tapi tak apa lah, orang kata rezeki jangan ditolak.

"Okay maksu. Nana naik atas dulu ye." Aku nak bagitahu Dania yang aku bakal tidur rumah dia. Aku nak suruh dia bentang carpet merah untukku. Haha.

Cinta Yang Tersakiti [Complete]Where stories live. Discover now