Bab 36

101 4 0
                                    



Sudah seminggu aku di sini. Hidupku mula teratur dan lebih ceria. Walaupun begitu, hidupku masih sunyi. Sudah berkahwin, tetapi tiada suami di sisi. Sudah pun mengandung, tetapi anak pula keguguran.

Ya Allah, berat sungguh ujian yang kau beri kepadaku.

"Alanna, Kak Yati tengok kamu asyik termenung aje. Ada apa-apa yang Kak Yati boleh bantu ke?" Tegur Kak Yati.

"Saya okay Kak Yati."

Tipulah kalau aku kata aku okay. Lepas keguguran aku murung, tetapi aku cuba menenangkan diriku.

"Kalau Alanna ada apa-apa cerita nak kongsi dengan Kak Yati, Kak Yati sentiasa ada untuk kamu. Jangan pendam sorang-sorang, tak elok.

"Kak Yati okay ke kalau saya cerita semua tentang masalah saya? Saya dah tak larat nak pendam semuanya seorang diri."

Sejujurnya aku dah tak larat. Semua benda aku pendam seorang diri. Tiada tempat nak meluah.

"Ye Alanna. Kak Yati okay je. Ceritalah Kak Yati dengar."

Aku menceritakan semua masalahku dari sebelum berkahwin sehingga keguguran dan semuanya.

Semasa aku ceritakan masalahku kepada Kak Yati, banyak benda yang buat aku terluka. Tetapi aku tetap kuatkan semangat dan gagahkan jua diriku untuk meneruskan kehidupan.

"Kuatnya awak Alanna. Kak Yati dengar pun tak sanggup. Walau apa pun berlaku dekat Alanna ingat pesan Kak Yati, Allah uji sebab Allah sayang. Nak tak nak Alanna kena reda dan terima dengan hati terbuka." Ujar Kak Yati panjang lebar.

"Saya harap semua ni berakhir dengan cepat." Balasku.

Apalah jadi dengan suamiku dan perempuan tu. Dah lama tak dengar khabar pasal mereka di sana. Rindu? Mestilah rindu. Sejahat mana pun suamiku itu, dia jugalah satu satunya orang yang pernah buatku bahagia. Tapi sanggupkah aku untuk kembali padanya?

Mungkin boleh berbaik, tetapi selepas bercerai. Aku akan balik Malaysia semula bila diriku dah kuat untuk bercerai dengan Adrean. Aku akan bangkitkan semangat yang telah lama terpadam dalam diriku.

Plan asalnya memang tak mahu jejak kaki lagi di Malaysia, tetapi sampai bila? Aku mungkin balik ke Malaysia untuk bercerai dan setelah semuanya selesai aku kembali ke Australia.

Sanggupkah aku hidup sendiri tanpa Adrean selepas bercerai?

Cinta Yang Tersakiti [Complete]Where stories live. Discover now