Bab 9

143 6 0
                                    



"Alex! Lamanya tak jumpa awak. Awak pergi mana? Bosan tahu tak duduk dekat sini sorang-sorang." Akhirnya, lepas beberapa hari aku dapat juga berjumpa dengan dia.

"Hai, Alana. Saya ada kerja sikit yang perlu diselesaikan. Maaf lah saya biar awak sorang-sorang dekat sini. Bos tak ada datang jumpa awak ke?" Bosan lah tanya pasal bos. Menyampah.

"Ada je dia datang, tapi bila nak bagi makanan aje lah. Bila saya tanya awak mana, dia hanya diam." Aku pun hairan dengan si Adrean ni.

"Biasa lah tu, mungkin dia banyak kerja." Banyak kerja lah sangat. Aku menjulingkan mata ke atas.

"Comel lah awak buat macam tu." Buat pertama kali ada orang puji aku comel buat macam tu. Haha.

"Macam-macam lah awak ni."

Kami berdua gelak tawa tanpa sedar kami diperhatikan oleh Adrean. "Oh, hai Adrean! Jom lah kita borak sama-sama."

Alex terus bangun dari kerusinya, dan bergerak pergi. " Eh, Alex. Awak nak pergi mana?"

"Saya ada hal sikit. Nanti kita jumpa lagi. Bye." Macam itu aje dia tinggal kan aku.

"Alana, aku nak bincang dengan kau sesuatu." Apa pulak dia ni, dah lah tak bagi aku jumpa dengan Alex. Tiba-tiba nak berjumpa.

"Okay."

"Tapi bukan dekat sini."

"Dekat mana?" Hairan selalunya kalau ada apa-apa masalah bincang dekat sini aje! Tiba-tiba kena berbincang dekat tempat lain.

"Ikut aku."

Aku mengikutinya hingga ke satu tempat yang besar. Tempat itu sangat kemas dan cantik. Ianya berada di tingkat paling atas di bangunan tersebut. Kami hanya selesa mendiamkan diri.

"Kau berkawan dengan Dania sejak umur berapa?" Dia masih menanyakan soalan tentang Dania.

"Sejak saya masuk universiti. Saya kenal dengan dia pun masa umur saya 18 tahun."

"Dia pernah bagitahu kau dengan siapa dia bercinta?" Aik? sampai macam ni sekali dia soal aku. Pelik.

"Kenapa awak nak tahu? Awak ada apa-apa ke dengan dia ke?"

"Jawab soalan aku." Dia paksa aku untuk jawab soalan dia. Menyampah.

"Ye lah ye lah. Dulu dia pernah bercinta dengan seorang lelaki ni, lepastu tiba-tiba lelaki tu tinggal kan dia sebab ada perempuan lain. Kiranya lelaki tu curang lah. Lepastu dia sedih, tapi sekejap aje lah cuma dalam beberapa hari aje." Sejak tu Dania memang dah tak ada boyfriend sehingga kini. Mungkin sebab dia trauma.

"Serius lah dia cakap dengan kau macam tu? Hm tak apalah. Nanti ada apa-apa aku jumpa kau lagi." Pelik lah dia ni.

"Ye lah, tak akan dia nak menipu pulak. Bila awak nak lepaskan saya ye dari sini?" Aku tak sabar nak balik rumah. Rindu maksu.

"Lepas aku siapkan semua kerja aku, aku akan lepaskan kau. Tapi kau kena berkerjasama dalam hal ni. Kalau kau tak buat, makin lambat lah kau nak balik rumah."

"Okay. Tapi buat kerja jangan lambat sangat. Bosan lah duduk dalam bilik tu. Dah lah sunyi, Alex pun entah pergi mana."

"Kau duduk dalam bilik aku aje lah." Biar betul mamat ni. Aku rasa dia tak waras lah.

"Eh tak apa lah, terus hilang rasa bosan saya." Takut punya pasal. Lebih baik rasa sunyi dari rasa takut. Haha.

"Jangan nak mengada, lagi pun aku tak akan buat apa-apa dekat kau. Kau teman aku buat kerja aje." Teman dia buat kerja. Macam best sekurang-kurangnya ada lah peneman. Tak ada lah sunyi.

Cinta Yang Tersakiti [Complete]Where stories live. Discover now