Bab 39

110 3 0
                                    



Setelah selesai solat Asar di surau, aku terus menuju ke wad Adrean. Harini hari kedua aku di hospital.

Sepanjang aku di sini, tak pernah pula aku nampak kelibat mak dan ayah mertuaku. Mungkin mereka sibuk.

"Sayang..."

Aku tersenyum melihat gelagat suami sendiri. Sejak aku dekat sini, manja dia lain macam. Tak apalah kita suka.

"Iye suami tercinta. Nak apa?" Balasku.

Tersenyum lebar Adrean dibuatnya. Balas sikit je blushing bukan main.

"Nak makan. Sayang boleh suapkan abang?" Soalnya sambil menatap wajahku menunggu jawapan.

Aku hanya mengangguk dan duduk di sisi katil.
Aku mengambil makanan hospital dan sudu yang tersedia di atas meja.

Aku menyuap Adrean makan. Teringat pula zaman kena culik dengan suami sendiri dulu.

"Awak ingat tak dulu awak culik saya." Ujarku sebelum meletuskan tawa.

"Mestilah ingat, nak culik orang lain tapi terculik jodoh sendiri." Kata Adrean sambil ketawa.

Aku terus menyuap Adrean dengan suapan kedua.

"Mana mama dengan papa? Selama saya dekat sini, saya tak nampak pun dorang." Soalku.

"Ada je haritu datang tapi masa tu awak dah balik." Balas Adrean.

Aku hanya mengangguk dan sambung menyuap Adrean makan.

"Doktor kata awak boleh balik bila ni?" Soalku lagi.

"Doktor kata abang dah boleh balik dalam 2 atau 3 hari lagi. Dia nak pantau abang dulu."

Aku masih lagi mengangguk tanda 'faham'. Setelah banyak kali aku suap Adrean, akhirnya makanannya berjaya dihabiskan.

_____

Harini hari yang dinantikan. Adrean dah boleh keluar hospital. Aku menolak Adrean yang menaiki kerusi roda terus menuju ke tempat letak kereta. Sebelum balik ni biarlah Adrean menggunakan kerusi roda walaupun kakinya sihat wal afiat aje.

Disebabkan keadaan Adrean yang masih belum sembuh dengan sempurna, aku ambil keputusan untuk memandu.

Kami berdua memasuki perut kereta. Aku mula menghidupkan ejin kereta. Kami berdua gerak terus pulang ke rumah. Semestinya rumah lama kami.

Apabila tiba di depan pintu rumah, aku nampak ada beberapa selipar di depan rumah kami. Mungkin Alex dan Dania.

"Siapa datang ni?" Soalku kepada Adrean.

"Alex, Dania, papa dan mama."

Oh wah semua ada! Semua menyambut kedatangan Adrean.

"Assalammualaikum." Aku memberi salam sebelum memasuki rumah.

"Waalaikummusalam Alanna. Masuklah." Balas mak mertuaku.

Dia menuju ke arahku dan terus memeluk tubuhku erat.

"Lamanya tak jumpa Alanna sayang. Kamu buat apa lama-lama dekat Australia sana?" Soal mak mertuaku sambil meleraikan pelukkan. Aku pula terus menyalam tangan mak mertuaku.

Macam mana mama tahu? Mesti Dania cerita ni.

"Alanna nak tenangkan diri je. Sekarang Alanna dah balik. Alanna minta maaf sebab menghilang lama." Balasku.

"Tak apalah, yang penting Alanna dah berada di sisi kami semua." Mak mertuaku memeluk tubuhku sekali lagi.

Nasib tiada siapa yang marah dengan tindakanku. Rasa bersalah. Tapi dengan caraku menghilangkan diri, aku berubah.

"Dah jom makan. Jangan sedih-sedih lagi." Ujar ayah mertuaku.

Kami semua mengangguk dan terus menuju ke meja makan.

"Dania ada berita gembira nak bagitahu ni." Ujar Dania memecah kesunyian di meja makan.

"Apa dia?" Soalku.

Dania dan Alex saling berpandangan dan tersenyum lebar.

"Dania mengandung!" Balas Dania dengan gembira.

"Alhamdulillah." Balasku.

"Alhamdulillah dapat cucu baru."

Cucu? Bukan ke anak aku dan Adrean sahaja akan bergelar cucu? Eh, apa kau ni Alanna. Jangan fikir bukan-bukan lah. Siapa-siapa pun mama nak anggap cucu biarlah dia.

"Dah berapa bulan Dania?"

"Baru sebulan lebih." Balasnya.

Aku tumpang gembira Dania. Kalau lah aku tak gugur dulu, mesti anak aku dah besar sekarang. Ah! Jangan layankan sangat lah emosi tu.

"Sayang?" Panggil Adrean tiba-tiba.

"Y-ye."

"Are you okay?"

Ergh! Nampak sangat ke riak muka aku yang sedih ni? Aku rasa aku dah cover.

"Yeah, I'm okay. Why?"

Adrean hanya menggelengkan kepalanya dan mengusap kepalaku dengan lembut.

Setelah semua dah selesai makan. Aku, Dania dan mak mertuaku mula mengemas pinggan-pinggan di atas meja.

"Dania pergi rehatlah. Kau nampak macam penat." Ujarku. Dari tadi aku nampak Dania macam mengah.

"Tak apalah aku okay." Balasnya.

Dah siap kemas semua, mereka tumpang solat dan terus balik ke rumah masing-masing.

Rumah ni masih tak berubah. Perabot semua masih di tempat yang sama. Tiada apa yang berubah.

Banyak kenangan dalam rumah ni. Aku rindu.

Cinta Yang Tersakiti [Complete]Where stories live. Discover now