Bab 22

254 9 0
                                    




Aku tak tahu berapa lama lagi aku akan berada dalam ward ini. Ada juga beberapa kali Adrean memasuki ward ku tetapi aku menghalaunya keluar. Tak larat nak bertengkar lebih-lebih dengan dia.

Tiba-tiba ada seseorang memasuki bilik ini. Ternyata doktor.

"Hai, Puan Alana."

"Hai doktor." Aku memberikan senyuman.

"Puan dah makan?" Soal doktor itu.

Aku menggelengkan kepalaku menandakan yang aku belum makan.

"Kenapa belum makan? Kesian baby dalam perut tu." Ujar doktor itu.

"B-baby? Saya mengandung ke doktor?" Soalku dalam keadaan gementar.

"Ye puan." Doktor itu memberikan senyuman yang ikhlas.

Aku sangat gembira, ada juga yang menumpang di rahimku. Lepas aku kehilangan semua orang Allah gantikan dengan baby ini.

"Berapa usia kandungan saya doktor?"

"Dalam seminggu lebih."

Allahuakbar. Macam mana lah keadaan anak aku bila aku tak makan dalam 3 hari. Dia okay ke? Ya Allah, baru mengandung aku dah siksa anak aku.

"Kalau tak ada apa-apa yang serius, esok pagi puan dah boleh balik." Kata doktor itu.

"Terima kasih doktor."

Gembiranya aku bila tahu yang aku mengandung. Tidak lama lagi aku akan menjadi seorang ibu. Tapi kuat ke aku nak menjaga anak ini seorang? Tanpa suami di sisi.

Jam menunjukkan 5 petang. Aku bosan tak tahu nak buat apa. Telefon aku entah ke mana. Dah lah tiada orang yang nak teman aku dekat sini. Selalunya mesti maksu yang akan ada temankan aku.

Aku mula menitiskan air mataku, rindu yang teramat kepada maksuku. Tiba-tiba ada orang memasuki bilik ni. Cepat-cepat aku mengesatkan air mataku.

"Assalammualaikum Alana sayang, maaf mama lambat. Mama ingat nak datang tadi, tapi mama sibuk uruskan majlis yang tak jadi tadi." Ujar mak mertuaku.

Huh? Mereka tak jadi kahwin ke?

"Sayang, Adrean cerita dekat mama yang kamu mengandung, betul ke?" Soal mak mertuaku.

Adrean dah tahu yang aku mengandung dan mesti Dania juga tahu perkara ini.

"Ye mama. Usia kandungan Alana baru seminggu lebih." Balasku.

"Tahniah sayang! Mama doakan kandungan kamu sihat ye."

"Aamiin."

Adrean memasuki bilik ini secara tiba-tiba. Dia tahu yang aku tak akan menghalaunya kerana ada mak mertuaku di sini.

"Sayang, esok awak dah boleh balik kan?" Soal Adrean yang menatap wajahku.

"Ye."

"Kita balik rumah kita ye, sayang."

Aku tak tahu nak bagi jawapan apa. Adrean semestinya risau tentang anak dalam kandunganku ini. Kalau aku tolak, siapa yang nak jaga aku semasa aku berseorangan di rumah? Aku terpaksa terima, walaupun hatiku berat mengatakan tidak.

"Okay." Balasku.

Adrean senyum melihatku. Aku rasa berdosa kerana buat suami aku macam itu. Benci macam mana pun aku dekat dia, dia masih suami aku. Tidak semudah itu untuk aku bencikan dia. Aku tahu ego aku tinggi, sebab itu aku marahkan dia walaupun aku kesian.

Walaupun Adrean membenciku, tak pernah sekali pun dia memukulku. Dia tidak pernah melarangku untuk menghabiskan harta dia walaupun dia pernah bagitahu aku dulu yang semua perempuan sayangkan dia hanya sebab harta.

Adrean sekali pun tak pernah minta aku bayar semua duit yang aku pernah guna. Malah dia lagi menyuruhku untuk habiskan duitnya. Aku bersyukur. Tapi macam mana kalau dia buat semua ini hanya untuk sakitkan hatiku lagi?

Apabila aku tinggal di rumahnya, aku tidak akan layan dia seperti mana aku layan dia duhulu. Tak mungkin aku nak berbaik dengan orang yang dah bencikan diriku. Mungkin dia jaga aku sebab anak aje. Lepas anak ni bersalin entah mana dia campak aku. Selagi nyawa dikandung badan, aku akan pastikan anak aku sentiasa denganku.

Ini anak aku, apabila Adrean dan Dania mahu berkahwin semula, tak mungkin aku akan serahkan anak ini pada Adrean. Aku harap anak ini boleh hidup tanpa seorang ayah. Biarlah aku ibu dan aku juga ayah.

Selepas aku bersalin semestinya aku pergi dari keluarga ini. Kesian mereka kena tanggung bebanku sekali.

Dania memasuki bilik ini. Tapi kali ini dia berseorangan.

"Tahniah! Aku harap lepas kau bersalin cepat sikit lah berambus dari sini. Disebabkan kau, aku tak dapat kahwin dengan Adrean." Sindir Dania.

"Aku akan pastikan Adrean pilih aku, dan bukan kau. Buat apa pilih perempuan yang sayang dia sebab harta je kan? Boleh ke kau nak bagi dia anak? Tengok muka kau pun nampak sangat perempuan kaki kikis. Lagi pun aku dah mengandung, itu tandanya dia sayangkan aku sangat-sangat kan." Perliku.

Aku rasa bersalah cakap macam itu. Dia juga pernah berbaik dengan aku. Disebabkan Adrean seorang, kami berdua bergaduh. Tapi tak salah kalau aku balas balik kan? Dia mula aku sambung. Haha.

Dania menjeling ke arahku. Dia terus keluar dari bilik ini. Tahu sakit hati, padan muka.

Cinta Yang Tersakiti [Complete]Where stories live. Discover now