Bab 31

142 8 0
                                    



Dah seminggu Adrean balik lewat malam. Selalunya kalau dia balik lewat malam pun, esok pagi dia akan berjumpa denganku dan meminta maaf. Tapi kini tidak, dia balik lewat malam dan besok pagi terus keluar rumah.

Aku pun dah makin jarang bercakap dengannya sekarang, entah kenapa. Dia balik rumah pada lewat malam, aku pun tak tahu pukul berapa dia balik.

Aku rasa harini aku nak berjumpa Adrean sendiri di office dia. Kalau dia merajuk denganku tak akan lah sampai seminggu.

____

Kini aku sudah tiba di office Adrean. Aku mula memasuki bangunan tersebut. Hatiku mula rasa tak sedap bagai akan ada sesuatu benda yang akan terjadi. Harap-harap itu hanya ilusiku.

Hendak aku mahu memasuki lif tiba-tiba aku ternampak Adrean dan seorang perempuan. Mereka terlihat sangat mesra. Tapi siapakah wanita yang bermesra dengan suamiku selain aku?

Mereka berdua menuju untuk keluar dari bangunan ini. Aku mengikuti mereka berdua dari belakang. Sempat aku keluarkan telefonku untuk merakam pergerakan mereka berdua.

Aku menghantar video tersebut kepada Dania dan Alex. Mana tahu antara mereka berdua kenal dengan perempuan itu.

Aku sengaja menghubungi Adrean. Berharap yang dia akan menjawab panggilan telefonku.

Telefon Adrean berdering dan apabila dia melihat namaku terpapar di skrin telefonnya, dia membiarkan dan terus memasukkan telefonnya ke dalam poket.

Luruh hatiku bila dia tidak menjawab panggilan telefonku, sedangkan dia dengan perempuan lain.

Kejap susuk tubuh wanita itu seperti aku pernah lihat. Tapi di mana ya?

Ting!

Telefonku bergetar apabila mendapat notifikasi dari seseorang.

-Dania
Tak silap aku itu Mia. Mia yang haritu kau terserempak dengan dia masa kau dengan Adrean nak beli aiskrim.

Mia? Apa dia nak lagi dari suami aku? Dia ke punca suami aku selalu balik lewat malam?

Ting!

Notifikasi dari telefonku lagi.

-Alex
Itu Mia. Ex-girlfriend Adrean.

Patutlah susuk tubuh perempuan itu macam aku kenali.

Tiba-tiba telefonku berdering. Nama Dania terpapar di skrin telefonku. Aku terus menjawab panggilannya.

"Alana kau okay tak ni? Kau dekat mana? Kau dengan siapa sekarang ni? Adrean tahu tak kau nampak mereka berdua? Nak aku datang sana tak? Kejap lagi aku sampai dengan Alex ye." Sergah Dania yang call aku tanpa bagi salam tiba-tiba tanya soalan bertubi-tubi.

"Ish, kau ni satu-satu lah! Aku dekat office Adrean ni. Kau nak datang, datang lah. Aku pun tengah serabut ni." Jawabku.

"Okay aku on the way. Nanti kau send location."

Aku cari kedai makan yang berdekatan. Tak sampai 20 minit mereka berdua telah tiba. Alex dan Dania menuju ke arahku.

"Alana, kau okay tak?" Soal Dania.

Aku hanya mengangguk. Alex tolong kami untuk order makanan.

"Awak buat apa dekat office Adrean?" Soal Alex pula.

"Saya nak berjumpa dengan Adrean lah." Jawabku. Sakit hati apabila teringat perkara tadi.

"Kau ni, macam tak boleh jumpa dekat rumah pula." Balas Dania.

Aku ingin ceritakan tentang hal sebenar. Tapi patut ke aku bercerita, atau aku hanya perlu merahsiakannya.

Aku memilih untuk bercerita. Bukan untuk membuka aib sesiapa tetapi aku hanya untuk meluahkan perasaan kepada seseorang. Aku tak mampu untuk pendam seorang diri.

"Dah seminggu Adrean balik lewat malam. Esok pagi tu dia terus keluar rumah. Kami pun dah lama tak bercakap. Benda tu berulang sehingga harini. Sebabtu aku pilih untuk mencarinya di office." Ceritaku.

"Huh? Seriuslah?" Soal Dania bagai tak percaya dengan kata-kataku.

"Terpulanglah pada kau orang berdua sama ada nak percaya atau tidak. Tapi itulah sememangnya yang terjadi pada hubungan kami."

Kami semua diam untuk seketika. Makanan pun sudah tiba. Tapi aku tak ada selera untuk makan, maka aku memberi makananku kepada Dania.

"Saya rasa lebih baik malam ni awak tunggu sehingga dia pulang. Lepastu kau orang berdua bincang lah elok-elok." Ujar Alex yang dari tadi diam seakan-akan memikirkan sesuatu.

"Aku setuju." Kata Dania sambil mengangguk-angguk kepalanya.

Cinta Yang Tersakiti [Complete]Where stories live. Discover now