Bab 34

145 8 0
                                    



Aku membuka mata. Melihat tempat sekeliling yang agak asing bagiku. Tetapi aku yakin ini adalah hospital.

"Alhamdulillah Alana kau dah sedar." Ujar seseorang. Apabila aku menoleh ke suara itu, ternyata Dania. Dia hanya memberiku senyuman. Matanya bengkak mungkin sebab tak cukup tidur atau menangis.

Tiba tiba perutku terasa sangat sakit dan aku tak rasa perutku seperti ada bayi. Perutku seperti kosong. Tangan mula mengusap perutku.

"Dania mana anak aku?" Soalku cemas.

Dania hanya mendiamkan diri.

"Dania aku tanya mana anak aku!?"

"Kau g-gugur Alana. Aku minta maaf sebab tak dapat jaga kau." Balas Dania dengan sebak.

"D-Dania kau t-tipu kan? Anak aku mana!?" Soalku semula. Tidak percaya dengan kata-kata Dania.

Dania bangun dan menarik tubuhku ke dalam pelukkannya. "Aku tak tipu Alana. Kau gugur masa kena langgar dengan kereta haritu."

Aku menangis. "H-haritu?" Dania melepaskan pelukkanya.

"Kau koma 3 hari Alana. Lepas kena langgar kita orang terus bawak kau pergi hospital." Ujarnya.

Aku tak dapat nak menjaga anak aku dengan baik. Aku tak sempat membesarkan dia.

Pintu bilik hospital dibuka perlahan.

"Alana awak dah sedar," Alex memasuki dan kemudian Adrean mengikutinya.

"Kau buat apa dekat sini? Keluar," kata Dania dalam nadar yang perlahan.

"Bagi aku jumpa Alana dulu."

"Aku tak nak jumpa kau," balasku agar kasar. Aku dah penat layan perangai Adrean. Dia memang dari dulu tak pernah cukup satu perempuan.

Aku baring di atas katil dan menarik selimut menutup tubuhku. "Keluar je lah Adrean. Dia pun tak nak tengok muka kau. Semak tahu tak?"

"Dania jangan cakap macam tu," kata Alex perlahan.

"Apa?" Soal Dania dalam nadar tegas.

Alex hanya menggelengkan kepalanya. Adrean pula hanya akur dan keluar dari bilik ini.

Jam menunjukkan sudah pukul 10:30 malam. Aku melihat sekeliling, tiada orang. Kosong. Mungkin Dania sudah balik.

Aku nak lari dari hospital ini. Aku nak pergi jauh dari semua orang. Kalau aku duduk di sini sekali pun, aku mana ada ahli keluarga yang lain. Mama papa dan maksu telah pun meninggal dunia.

Aku mengemas semua pakaian dan barang-barangku. Malam-malam macam ni mana ada kenderaan awam. Jadi aku buat pilihan untuk order Grab.

10 minit aku usaha untuk keluar dari hospital. Akhirnya berjaya. Tak adalah terlalu susah nak keluar dari sini.

Keluar sahaja dari hospital Grab pun tiba. Aku terus memasuki perut kereta tersebut. Aku membuat pilihan untuk tidur 2 malam di mana-mana hotel.

Tak lama kemudian, aku telah pun sampai di destinasiku.

"Terima kasih pakcik." Ujarku.

"Sama-sama. Hati-hati dah malam ni." Kata pemandu itu.

Aku hanya menganggukkan kepalaku. Tiba sahaja di pintu bilik, aku terus membuka pintu dan memasukkan semua barang-barangku ke dalam bilik tersebut.

Aku terus baring di atas katil dan tertidur...

Cinta Yang Tersakiti [Complete]Where stories live. Discover now