Bab 37

105 3 0
                                    



2 tahun berlalu.

Minggu depan aku akan balik Malaysia dan akhirnya aku berjaya kumpul kekuatan di dalam diriku semula.

"Alanna, kamu dah bersedia ke nak balik Malaysia minggu depan ni?" Soal Kak Yati.

"Ye Kak Yati, Alanna dah bersedia. Tapi jangan risau Alanan balik Malaysia tak lama. Dalam 3 atau 4 bulan di sana, nanti Alanna balik sini semula."

Dekat sana nanti pun mungkin aku akan tinggal di rumah maksu.

"Lamanya. Nanti Kak Yati tinggal sorang sorang lah dekat rumah besar ni."

Sejak aku pindah ke sini, Kak Yati lah orang yang sentiasa menemani diriku. Sentiasa memberi semangat dan banyak ajar aku tentang ilmu agama. Alhamdulillah disebabkan Kak Yati aku berubah.

Pakaianku mula longgar, tudungku juga mula labuh. Tutur kataku lebih sopan dan lembut dari sebelum ni. Solatku juga tak pernah aku tinggal. Alhamdulillah.

"Eii mengadalah Kak Yati ni. Alanna balik sekejap aje. Ha atau pun Kak Yati teman Alanna balik Malaysia."

"Boleh ke? Kak Yati pun dah lama tak balik Malaysia ni." Ujar Kak Yati gembira.

"Ish mestilah boleh. Kak Yati boleh teman Alanna dekat sana nanti."

Gembira bila ada teman nak balik Malaysia. Tak ada lah bosan dekat sana nanti.

Alhamdulillah, sampai juga ke Malaysia dengan selamat.

"Kak Yati lapar tak? Nak makan apa-apa ke?" Soalku.

"Lapar apanya, dari tadi dalam kapal terbang tu asyik makan je. Dah kenyang."

"Haha. Okaylah kalau macam tu jom kita beli barang dapur sikit. Dekat rumah maksu kosong tak ada makanan. Ye lah 2 tahun tak berpenghuni."

Rumah maksu pun aku tak jejak lama. Yelah disebabkan tragedi yang menyakitkan, terpaksalah tinggalkan Malaysia.

Kini tiba di depan pintu rumah maksu. Banyak kenangan dekat sini dengan maksu. Dia lah yang selalu teman bila aku sedih. Tak pernah kecewakan aku. Dia lah ibu, dia juga lah ayah.

"Jom masuk. Lepastu kita beli barang dapur sikit buat masak malam nanti." Ujarku kepada Kak Yati.

"Okay. Nanti biar Kak Yati yang masak."

Aku hanya mengangguk dan mengangkat semua barang masuk ke dalam rumah.

Dalam pukul 3:00 petang, kami keluar untuk beli barang dapur.

Kami berjalan memasuki Lotus's. Aku dan Kak Yati berjalan sambil menolak troli dan melihat bahan masakan.

"Jom pergi tengok ikan dan ayam." Kak Yati bersuara mengajakku melihat ikan dan ayam.

Tiba-tiba anak mataku dapat menangkap dua susuk tubuh yang sangat aku kenali. Aku mengecilkan mataku. Ye memang aku kenal. Dan aku pasti itu Alex dan Dania.

Anak mataku bertembung dengan anak mata Dania.

"Alanna?"

Alex pula memandang ke arahku.

"Tu Alanna."

Dania berlari anak kepadaku. Dia memeluk tubuhku erat. Aku juga membalas pelukkannya. Alahai rindunya dengan Dania ni.

"Weh kau pergi mana 2 tahun ni. Lama tau aku cari kau." Rengek Dania.

"Aku pergi Australia." Balasku.

"Huh? Pergi Australia? Dah lah tak bagi tahu aku. Kau ni memang mengadakan." Ujar Dania. Dia memukul bahuku lembut.

Aku hanya senyum. Haha. Rasa sebersalah lah pula. Takpe lah benda jadi 2 tahun lepas.

"Hehe sorry. Aku perlukan masa untuk seorang diri."

Dania hanya mengangguk dan senyum.

"Eh by the way aku nak bagitahu yang sebenarnya aku dengan Alex dah kahwin. Tadaaa..." Ujar Dania sambil menunjukkan cincin di jarinya. Cantik.

"Aww tahniah! Sorry lagi sekali aku tak dapat datang majlis kahwin kau."

"Aku, Alex dengan Adrean cari kau merata-rata tempat. Tapi langsung tak jumpa kau. Sedih juga lah perkahwinan aku tak ada kau."

Dengar sebaris nama itu, aku rasa terkilan. Adrean...

"Bila kau kahwin ni?" Soalku.

"5 bulan lepas. Lama dah."

Aku hanya mengangguk.

"Adrean macam mana? Dia okay?"

Dania dan Alex saling berpandangan. Diam seketika.

"Aku tanya ni, Adrean okay ke?" Soalku lagi sekali.

"Errr..."

"Dania?"

Aku mula rasa tak sedap hati. Kenapa susah sangat Dania nak bagitahu pasal Adrean? Ada apa-apa terjadi ke semasa aku di Australia?

"D-dia kemalangan."

Allah... Jantungku mula berdegup laju. Apakah guna seorang isteri tanpa berada di sisi suaminya bila suaminya kemalangan?

Jahatnya aku Ya Allah.

"D-dia macam mana sekarang?" Soalku mula cemas.

"Dia koma. Tangan dia patah semasa kemalangan."

"Astaghfirullahal'adzim. Dah berapa lama dia kemalangan?"

Ya Allah jahatnya aku. Berubah ke arah lebih baik, tetapi derhaka kepada suami sendiri. Tidak layak wanita sepertiku dapat keampunan daripada mu Ya Allah.

"2 bulan lepas. Teruk juga lah kemalangan tu."

"B-boleh bawak aku jumpa dia?"

Dania hanya mengangguk. Air mataku juga laju menitik dan membasahi pipi.

Aku terus mengelap air mataku dan menarik tangan Kak Yati lembut untuk ikut kami ke hospital.

Maafkan saya Adrean. Saya tak layak jadi isteri awak. Perkahwinan kita memang tak bahagia dan sempurna seperti pasangan yang lain. Saya minta maaf lagi sekali. Mungkin dengan penceraian, hidup kita lebih bahagia.

Cinta Yang Tersakiti [Complete]Where stories live. Discover now