Bab 21

221 6 0
                                    



Harini adalah hari perkahwinan Adrean sekali lagi. Tapi kali ini bersama Dania, bukan aku. Adrean ingin menjemputku di rumah, tetapi aku menghalangnya. Tak akan disebabkan aku, dia nak lambatkan majlis kahwinnya dengan Dania.

Jadi aku menaiki teksi untuk ke majlis pernikahan mereka. Semasa aku tiba di rumah Adrean, aku nampak Dania yang tengah duduk di ruang tamu. Aku mendekati dirinya.

"Tahniah! Kau bakal jadi isteri orang tak lama lagi." Ucapku.

Dania hanya senyum ke arahku.

"Alana, boleh kita bercakap sekejap? Berdua." Soal Dania.

Aku hanya ikutkan kehendaknya.

"Kau masih sayangkan Adrean?" Soal Dania tiba-tiba.

"Tak. Semestinya tak." Balasku. Sejujurnya aku masih sayangkan Adrean, tapi... tidak mengapalah.

"Baguslah tu. Aku ada nak bagitahu sesuatu ni." Dania memandangku dalam keadaan gelisah.

"Aku nak cakap yang sebenarnya..." Dania menghelakan nafas berat.

"Sebenarnya, A-Adrean benci kau. Dia kahwin dengan kau pun sebab nak balas dendam je, kau pun tahu kan hal tu. Dia pura-pura sayangkan kau sebab dia kesiankan kau. Ye lah kan kau dah tak ada siapa-siapa lagi. Jadi lepas kami nikah, aku harap kau boleh pergi dari hidup kami sekeluarga." Ujar Dania panjang lebar.

Luluh jantung aku bila dengar Dania cakap macam itu. Sanggup Adrean buat aku macam ni. Aku terlalu sayangkan Adrean, sampaikan aku tak nampak keburukan dia.

Aku berjalan untuk keluar dari rumah itu. Tiba-tiba kepalaku pening dan aku jatuh. Mataku kabur dan lama kelamaan duniaku gelap.

_____

Aku kat mana ni? Apabila aku buka mataku, cahaya lampu menyinari mataku. Sah ini hospital.

"Sayang, awak okay? Awak pengsan tadi sayang." Kepalaku tertoleh ke arah suara tersebut.

Ternyata Adrean dan di sebelahnya Dania. Dania masih berpakaian seperti tadi, baju pengantin.

"Kau buat apa dekat sini?"

"Sayang..."

"Jangan nak bersayang sayanglah dengan aku. Geli!" Jeritku.

Apabila aku tengok muka Adrean, aku makin benci dekat dia. Tak sangka dia sayangkan aku hanya sebab kesian. Sayang pun sebab terpaksa aje kan!

"Kau dengan isteri baru kau boleh berambus dari sini. Korang berdua serabutkan lagi kepala aku adalah."

"Sampai hati sayang cakap dekat abang macam tu." Jawab Adrean sambil menatap wajahku.

"Sampai aje. Kalau ikutkan hati memang aku nak bercerai dengan kau harini juga. Meluat tengok muka kau! Faham tak, aku meluat." Makiku.

Tiba-tiba kepalaku berdenyut-denyut. Aku mengurut perlahan kepalaku.

"Keluarlah Adrean. Keluar!"

Adrean dan Dania mula keluar dari bilikku. Huh! Kenapa aku biadap sangat dengan suami sendiri. Dia masih suami aku, syurga aku di bawah tapak kakinya.

Tapi aku tak larat nak bergaduh dengan dia. Lebih baik mereka berdua berambus dari sini. Sakit kepala aku dibuatnya.

Cinta Yang Tersakiti [Complete]Where stories live. Discover now