Bab 16

158 7 0
                                    



Dah seminggu kami berdua tinggal di rumah ini. Adrean biasanya pagi pergi kerja petang baru balik. Aku akan pergi ke universiti macam biasa.

Jam menunjukkan pukul 7:30 pagi. Aku akan menyiapkan sarapan untuk kami berdua. Selalunya Adrean dah bangun untuk bersiap ke tempat kerja dan menghantarku ke universiti.

"Sayang, mana baju abang?" Soalnya yang sedang menurun tangga.

"Ada lah dekat bilik tu. Saya dah gosokkan, pergi lah tengok."

Semalam aku dah gosokkan baju dia, boleh dia tanya aku lagi. Nasib sayang.

"Tak ada pun. Sayang cari kan lah kejap." Kacau betul lah dia ni. Orang nak masak dia suruh kita cari pulak.

"Ye lah. Kalau saya jumpa siap awak ye."

Aku menuju ke bilik kami. Aku mencari di tempat yang aku gantung baju itu semalam.

"Abang, ni ha baju abang!" Jeritku.

"Thank you sayangku." Ada-ada aje lah dia ni. Aku menjulingkan mataku ke atas.

"Comel lah sayang buat macam tu." Pujinya.

"Dah lah, jangan nak mengada. Saya pergi masak dulu ye."

Setelah aku siap masak, aku menghidangkan makanan dan minuman di atas meja makan. Aku hanya masak bihun goreng dan minuman pula cuma air oren.

Aku rancang harini aku nak teman Adrean pergi kerja. Saja nak menggedik dekat tempat kerja dia. Haha.

"Sayang dah siap ke?" Soalnya yang duduk di meja makan.

"Saya dah siap lama dah. Cuma kejap lagi tinggal nak pakai tudung aje."

Aku hanya memakai dress berwarna coklat dan tudung bawal bercorak. Pakaianku biasa aje, ye lah aku nak teman suami pergi kerja bukan nak dating.

Sampai di office Adrean, semua memandangku dan menunduk kepada aku dan Adrean. Aku hanya memberikan senyuman.

"Sayang duduk lah dekat sini. Kalau bosan bagitahu abang, nanti abang suruh Amelia bawak sayang jalan-jalan." Setakat ni aku tak rasa bosan lagi.

"Okay." Jawabku ringkas.

Aku cuma rasa mengantuk, tapi aku tak nak tidur. Jadi aku cuma melihat setiap pelosok di bilik office Adrean. Bilik dia kemas dan cantik.

Adrean hanya kusyuk membuat kerjanya dan aku hanya bermain dengan telefon Adrean. Selama kami berkahwin, tak pernah sekali pun Adrean menghalangku untuk bermain telefon bimbitnya.

Aku mula merasa bosan.

"Abang, saya bosan lah. Boleh saya keluar?" Soalku sambil kedip-kedipkan mataku.

"Ye sayang, boleh. Kejap abang suruh Amelia teman sayang ye." Yeay!

Amelia menuju ke dalam bilik Adrean.

"Ye boss. Ada apa ye?" Soal Amelia.

"Tolong bawakkan isteri saya jalan-jalan keliling office ni. Kesian dia, bosan katanya." Sempat Adrean menoleh ke arahku.

"Baiklah boss. Jom puan saya bawakkan puan jalan-jalan dekat sini." Pelawa Amelia.

Aku gembira kerana semua orang di office berikan layanan yang baik kepadaku.

Dari tadi berjalan, kami lebih selesa mendiamkan diri. Aku tak suka kan kesunyian, jadi aku cuba cari topic untuk diborak.

"Amelia, apa nama penuh awak?"

"Amelia Natasha binti Dato Faizal." Wah! Cantik nama dia.

"Cantik nama awak." Pujiku ikhlas.

"Thank you. Apa nama puan?"

"La Zendra Alana. Panggil je Alana, tak payah puan-puan kalau dengan saya." Sejujurnya aku tak suka kalau orang panggil aku puan. Lebih selesa kalau panggil nama aje.

"Okay pu... Alana. Nama awak lagi cantik." Aku hanya senyum.

Aku berjalan dengan Amelia bersebelahan. Aku melihat kawasan di office Adrean ni cantik. Kalau nak tangkap gambar dekat sini pun lawa.

"Alana, awak kenal Adrean dah berapa lama?" Soal Amelia tiba-tiba.

"Dalam dua hingga tiga minggu macam itu lah. Lepastu dia terus ajak saya kahwin." Jelasku.

"Wah, cepatnya!"

Aku hanya senyum. Pelik ke kalau kenal tak sampai sebulan lepastu terus kahwin? Bagi aku memang pelik, tapi lagi nikmat kalau kenal lepas kahwin.

Dah hampir satu bangunan ni aku ronda. Penat. Aku rasa nak balik office Adrean. Kesian dekat Amelia, aku yang bosan dia pula kena layan karenah aku.

"Amelia, kita balik office dulu. Saya dah penat lah."

"Okay."

Kami kembali semula ke office. Amelia menghantarku sehingga depan pintu bilik Adrean.

"Terima kasih Amelia." Ucapku.

"Sama-sama Alana." Balasnya pula.

Aku masuk ke dalam bilik dan duduk di kerusi bertentangan dengan Adrean. Adrean buat kerja pun handsome.

"Ye, abang tahu abang handsome tapi tak payah lah tenung abang." Tegur suamiku tiba-tiba.

Aku memang tak boleh nak cover muka aku kalau aku tengah tenung orang. Tambah-tambah pula Adrean ni handsome. Lagi lama lah aku tenung dia. Haha.

"Ish! Biarlah saya nak tenung suami saya yang handsome ni."

Adrean hanya senyum dan menggelengkan kepalanya. Aku suka apabila Adrean senyum, dengan lesung pipit kiri dan kanannya, mata sepet. Auch! Tergoda.

"Abang, saya mengantuklah. Boleh saya tidur dulu?"

"Pergi lah tidur, nanti nak balik abang kejutkan sayang."

Aku baring di atas sofa yang ada di bilik Adrean. Aku terlena di atas sofa tak sampai beberapa minit.

Aku terjaga dari tidurku. Aku melihat sekeliling, Adrean tiada. Aku mencari dia di dalam bilik ini, tetapi tiada. Aku membuat keputusan untuk keluar dari situ dan mencari Adrean.

Aku terserempak dengan Amelia.

"Amelia, awak ada nampak suami saya tak?"

"Suami awak dekat luar."

Adrean tak bagitahu pun dekat aku dia nak keluar. Aku pun keluar lah untuk mencarinya.

Ha aku dah nampak dia dari belakang. Dia tengah call seseorang lah, tapi aku tak tahu siapa. Aku mendekati dia untuk mendengar perbualan mereka. Sembang rancak nampak.

"Dania, aku still sayangkan kau. Balik lah dekat aku."

Remuknya hatiku bila dengar dia berbual dengan perempuan lain macam itu. Kenapa mesti Dania?

"Abang..." Panggilku dalam nadar sebak.

Adrean berpaling ke arah ku dengan riak wajah yang terkejut.

"Jadi kau dah dengar semua lah ye perbualan aku dengan Dania?"

Kini air mataku deras membasahi pipi. Aku tak sangka Adrean sanggup buat aku macam ni.

"Kenapa Dania abang? Kenapa?" Soalku sambil merenung matanya.

"Kami berdua dah kenal lama. Aku berkahwin dengan kau pun sebab aku nak dapatkan dia balik, bukan sebab aku sayang kau! Aku tahu dia akan cemburu kalau aku bagi semua dekat kau, jadi sebab itu aku bagi segalanya dekat kau supaya dia datang kepada aku."

"Sampai hati abang buat saya macam ni."

Aku tak sanggup dengar apa-apa lagi alasan dari dia. Aku beredar dari situ sambil menangis teresak-esak.

Sebab itu aku dari kecil tak pernah percayakan mana-mana lelaki yang cuba untuk mendekatiku lebih dari seorang kawan.

Cinta Yang Tersakiti [Complete]Where stories live. Discover now