Bab 14

130 6 0
                                    



"Abang, bangun lah! Kata nak solat subuh sama-sama." Termasuk ni dah 3 kali aku kejut dia. Aku rasa kalau ada gempa bumi baru dia nak bangun.

"Lima minit lagi." Aku rasa semua lelaki dekat luar sana kalau nak bangun mesti kene cakap 'lima minit lagi'.

"Saya solat dulu lah."

Tiba-tiba Adrean menarik tubuhku hingga terjatuh dalam pelukkannya. Dia mengeratkan lagi pelukkannya. Sempat dia mengucup dahiku.

"Abang buat apa ni? Saya dah ambil wudhu lah." Ish! Aku dah siap pakai telekung dah nak solat ni.

"Hehe, sorry sayang."

"Sorry naik lori lah. Cepat lah bangun!" Marahku. Dia belum tengok aku bertukar jadi singa.

"Jangan lah garang sangat sayangku. Kejap ye bagi abang beberapa minit untuk bersiap, lepastu kita solat sama-sama." Fuh! Nasib suami.

Setelah selesai solat, aku turun ke tingkat bawah. Maksu dan ibu bapa mertuaku masih belum turun. Aku rasa aku nak masak sarapan pagi untuk mereka.

Mungkin aku akan masak nasi goreng dan beberapa keping sandwich telur.

Aku mula memasak di dapur. Aku tak lah berapa pandai masak sangat, tapi setakat nasi goreng tu boleh lah.

"Nak abang tolong?" Terkejut aku tiba-tiba ada suara.

"Ish! Saya ingat siapa lah tadi. Terkejut tahu tak?"

"Sorry. Nak abang tolong apa-apa tak?" Soal Adrean yang duduk di meja makan. Dia sempat lagi makan sandwich yang aku buat.

"Tak apalah, saya dah siap masak ni. Tinggal nak buat air aje." Jawabku.

Aku pun tak tahulah rasa nasi goreng tu macam mana. Entah sedap atau tak. Harap-harapnya sedap lah.

Selesai buat air, aku nak menghidangkan makanan di atas meja makan.

"Abang tolong sayang hidangkan makanan lah ye." Entah lah makin lama aku makin selesa dengan panggilan 'sayang' tu.

"Okay." Nasib baiklah aku ada suami yang sangat memahami.

Maksu dan ibu bapa mertuaku telah turun ke tingkat bawah.

"Lah dah siap masak rupanya. Maksu dengan mak kamu baru aje ingat nak pergi memasak." Jawab maksu yang melihat kami berdua tengah hidangkan makanan.

"Tu lah, awal betul pengantin baru ni bangun." Sindir mak mertuaku pula.

"Ish! Ada-ada je lah mama dengan maksu ni. Dah jom lah makan."

Kami semua mengambil tempat di meja makan. "Adrean, kamu cuti dulu lah ye. Luangkan masa dengan isteri kamu dulu." Ayah mertuaku tiba-tiba bersuara.

"Okay pa." Ayah Adrean ni doktor jugak ke? Tak akan diorang boleh cuti macam itu aje.

"Bukan awak kata awak doktor ke? Macam mana awak boleh senang-senang je nak ambil cuti?" Aku berbisik di telinga Adrean supaya tiada siapa-siapa boleh dengar.

"Saya tipu je. Saya bukan doktor pun."

"Uhuk-uhuk." Tersedak nasi gorengku. Macam mana lah aku boleh percaya dia bulat-bulat.

"Eh! Nana. Kamu okay tak?" Soal maksu dalam keadaan cemas.

"Eh! Sayang, awak okay tak?"

"Nana okay aje. Tersedak sikit."

Aku terkejut. Tak sangka itu jawapannya. Dalam otakku apa lah yang membuatkan dia tipu aku sampai macam tu sekali. Nampak macam drama kan. Tapi aku tak suka orang menipu aku.

"Habistu awak kerja apa?" Soalku masih dalam nadar berbisik.

"Papa ada syarikat sendiri. Dan saya CEO dekat syarikat papa." Gulp! Tadi aku rasa macam nak marah dia sebab menipu. Sekarang aku rasa lebih bersyukur.

"Sedap lah nasi goreng ni." Puji mak mertuaku tiba-tiba.

"Terima kasih mama." Balasku.

"Tengoklah isteri siapa ma." Jawab Adrean sambil mengangkatkan kening sebelahnya.

"Tengok lah menantu siapa." Dah semua nak bergaduh pasal aku ni dah kenapa. Tapi comel lah gelagat anak dengan mak ni.

"Tengok lah siapa yang masak." Balasku. Aku pun nak menang dalam pergaduhan ni. Haha.

"Dah, makan lah. Depan rezeki ni." Balas ayah mertuaku. Dia agak garang, tapi Adrean kata dia seorang yang penyayang.

_____

Aku kembali ke universiti macam biasa. Setelah sekian lamanya. Aku ada alasan yang kukuh kenapa aku tak dapat hadir ke universiti. Adrean kata dia dah selesaikan semuanya, jadi aku tak perlu risau.

Adrean hantarku ke universiti dengan menaiki kereta Honda Civic berwarna hitam. Apabila Adrean hantarku banyak mata-mata yang memandang.

Bagiku kereta tu biasa aje. Mungkin sebab mereka terkejut yang aku menaiki kereta dengan lelaki. Atau diorang nak goda Adrean. Eh! Jauh sangat aku ni.

"Bye sayang. Nanti kalau nak balik call abang tau. Abang ambil sayang lepastu kita balik rumah kita."

"Rumah kita?"

"Yelah sayang. Abang dah beli rumah baru untuk kita. Sampai bila kita nak duduk dengan diorang. Bakal anak-anak kita mesti perlukan kebebasan." Jauh sangat tu sampai anak-anak.

"Hm yelah."

Aku jalankan harianku di universiti sama seperti dulu. Tiada apa yang berubah walaupun aku dah berkahwin. Aku mencari kawan baikku Dania.

Cinta Yang Tersakiti [Complete]Where stories live. Discover now