Bab 25

206 10 0
                                    



"Kisah sayang tak ada lah menarik mana, tapi saya nak cerita juga. Abang dengar tau."

"Macam abang tahu, saya dah kehilangan mak ayah saya sejak kecil lagi. Saya tinggal dengan maksu sampai dia meninggal dunia. Sebelum saya kenal abang, Dania dengan maksu aje yang selalu ada saya dengan saya."

"Dulu saya pernah bagitahu abang yang saya tak pernah bercintakan?"

Adrean menganggukkan kepalanya.

"Jadi saya tak pernah bercinta sebab saya tak percayakan mana-mana lelaki. Saya juga tak percaya ada lelaki yang akan sayang saya. Sebabtu bila abang hadir dalam hidup saya, saya terus jatuh cinta dengan abang. Saya percayakan abang sepenuh jiwa saya."

"Tak ada sekali pun saya buruk sangka dengan abang, sebab saya terlalu percayakan abang. Tapi bila saya tahu abang dengan Dania nak kahwin, saya sangat kecewa. Saya tak halang abang nak kahwin lain, sebab saya nak abang bahagia." Kata-kataku menyebabkan air mataku menitis semula.

"Kebahagian abang apabila dengan sayang aje, tiada orang lain boleh ganti. I'm sorry sayang. Abang lah punca segala-galanya."

Adrean mengesatkan air mataku dengan lembut sekali.

"Takdir dah temukan kita. Apa sahaja kisah silam abang saya terima. Apabila kita dah berumah tangga, semestinya ada banyak dugaan dan rintangan dalam perkahwinan ini. Abang jangan salahkan diri abang seorang aje. Saya pun ada salah silap saya." Ujarku sambil beri kata-kata semangat kepada aku dan Adrean.

"Abang tak salah pilih perempuan untuk jadikan isteri abang. Sayanglah perempuan yang paling sempurna abang pernah jumpa selain mama." Balasnya.

Aku dah mula rasa mengantuk. Entah kenapa mata berat, memang dah tak larat nak buka.

"Sayang, kita tidur dulu lah ye. Mesti sayang dah mengantukkan?"

Macam tahu-tahu aje Adrean ni. Macam aku kata sebelum ni, Adrean sangat memahami aku. Aku juga tak salah memilih suami, walaupun mula-mula ada masalah sikit.

Aku baring di atas katil bersebelahan dengan dia. Adrean menyelimutkan tubuh kecilku. Aku memejamkan mataku.

"I love you honey and I'm so sorry because of me you got a problems." Adrean mengucup dahiku pelahan.

Aku hanya rasa diriku yang banyak masalah, tapi bagaimana dengan Adrean? Pelbagai cara yang Adrean lakukan untuk dia berbaik dengan aku, tapi aku tetap berikan layanan yang buruk kepada dia.

Aku memeluk tubuh Adrean.

"Abang, saya pun nak minta maaf juga tau." Bisikku.

Adrean meletakkan tanganku di atas dadanya. Dia mengusap tanganku lembut.

Kini aku lebih percaya dan sayangkan dia. Dia berjaya buatkan aku kembali dalam hidupnya semula. Aku sentiasa cuba untuk membencinya, tapi aku tak mampu. Hanya dia yang ada dengan aku sewaktu maksu meninggal dunia, walaupun hatiku terlalu kecewa dengan dia.

Adrean jugalah yang selalu ada dengan aku jadi aku harap dia akan sentiasa bersamaku walaupun banyak dugaan yang datang kepada kami berdua.

Cinta Yang Tersakiti [Complete]Where stories live. Discover now