Bab 13

139 7 0
                                    



"Aku nikah kan kau dengan La Zèndra Alana binti Mohd Zaidi Aish dengan mas kahwinnya RM8000 tunai."

"Aku terima nikahnya La Zèndra Alana binti Mohd Zaidi Aish dengan mas kahwinnya RM8000 tunai."

"Alhamdullilah. Nana awak dah jadi isteri orang sayang." Maksu mengucup dahiku sebelum Adrean. Haha. Bangga aku.

Dalam kegembiraan pasti ada kesedihan. Sayangnya mak ayah aku tak dapat melihat anaknya telah menjadi seorang isteri. Aku kena kuat dan redha dengan takdir Allah.

Kini mulanya sesi membatalkan air wudhu selepas Adrean solat sunat. Tanganku menggeletar kerana ini kali pertama aku menyentuh tangan seorang lelaki.

"Assalammualaikum, bidadari abang." Tadi tanganku menggeletar, sekarang cik jantung berdegup macam nak terkeluar.

"Wa...Waalaikummusalam. Awak jangan lah cakap macam tu. Saya malu lah." Bukan setakat malu aje, jantung aku ni pun berdegup macam nak terkeluar.

"Bukan ke awak yang nak saya panggil awak dengan panggilan manja." Alamak! Ingat pula dia kisah haritu.

"Nana cepat lah salam tangan suami kamu tu."

Apabila mendengar maksu kata macam tu, tangan aku macam nak tercabut dah. Boleh bayangkan tak, kau seorang perempuan yang memang menjaga batas dengan lelaki dan tak pernah bersentuhan dengan lelaki lain. Tiba-tiba kena bersalam dengan lelaki. Ye, aku tahu kami dah halal tapi macam mana kalau belum? Argh! salam aje lah.

Aku terus mencapai tangan Adrean untuk bersalam dan dia sarungkan cincin ke tanganku. Dia mendekatkan bibir dia ke dahi aku...

"Kejap. Sa..Saya tak bersedia lagi." Aku menghembus nafas berat.

"Nana tunggu apa lagi. Biarkan aje lah Adrean nak mencium dahi kamu. Kamu berdua kan dah halal." Eh! Aku lupa kami berdua dah halal.

"Cepat lah Alana, kau ni lambat betul lah. Biarkan lah Adrean nak cium dahi kau tu!" Jerit Dania pula.

Fuh!

"Saya dah bersedia."

Adrean mendekatkan lagi sekali bibirnya ke dahiku. Dia mengucup lembut dahiku. Kalau tadi aku menggigil sekarang aku dah mula tenang sedikit.

_____

Jam menunjukkan tepat pukul 9:00 malam. Aku lepak di luar rumah untuk menenangkan fikiran.

Selepas selesai majlis tadi, aku dan maksu melayan tetamu. Ibu bapa mertuaku sangat lah baik orangnya.

Aku jumpa mereka semasa majlis kahwin tadi, sebelum berkahwin Adrean tak benarkan aku berjumpa dengan mereka. Katanya Adrean nak buat surprise untuk ibu bapanya.

Untunglah masih ada ibu bapa. Boleh lah aku nak menumpang kasih.

"Sayang!"

Entah dari mana suara tu muncul. Tapi aku kenal suara siapa. Tak lain tak bukan mestilah Adrean.

"Er... Abang buat apa dekat sini." Macam pelik pula aku panggil abang. Tapi bantai aje lah. Kami kan dah menjadi suami isteri yang sah.

"Abang nampak sayang sorang-sorang dekat sini. Tu yang abang datang." Ya Allah sumpah geli bila dia panggil aku sayang. Maaf lah aku tak pernah bercinta, jadi aku tak pernah rasa sayang, mummy, daddy, baby, ucuk, acam entah lah.

"Awak tak pelik ke dengan panggilan 'Abang sayang' tu?" Mungkin aku masih belum biasakan diri dengan panggilan macam tu.

"Pelik? Mestilah pelik. Tapi lama-lama kita akan terbiasa dengan panggilan macam tu. Ke awak nak saya guna panggilan 'Aku kau'?"

Daripada panggilan 'Aku kau' lebih baik 'Abang sayang' walaupun pelik. Euw! sangat pelik ye.

"Kita tukar panggilan nak? Awak panggil saya apa-apa je asalkan bukan 'sayang'. Saya panggil awak macam biasa."

"Mana boleh, saya tetap nak awak panggil saya 'abang'. Fullstop, no bantahan. Disebabkan awak nak tukar panggilan maka saya panggil awak sesuka hati saya. Tapi bukan sayang." Yeay! Tak payah lah aku geli lahi dengan panggilan tu.

"Jom lah masuk dalam rumah. Sejuk lah dekat luar ni." Ajak Adrean sambil merenung mataku.

"Okay jom." Adrean menarik tanganku dan berjalan memasuki rumah.

"Eh! Pengantin baru, nak masuk tidur dah ke?" Soal mak mertuaku.

"Tak ada lah mama. Awal lagi kalah nak tidur pun." Jawabku tenang.

"Meh lah sini. Kita sembang-sembang." Ajak maksuku pula.

"Okay." Jawabku dan Adrean serentak.

Jam menunjukkan tepat pukul 11:00 malam. Sembang rancak sangat sampai tak sedar dah pukul 11:00. Dania lepas habis majlis tadi memang dia gerak terus. Katanya ada urusan peting. Jadi dia tak boleh lah teman aku untuk kemas majlis. Baru nak buli dia. Haha.

"Cinta, jom masuk tidur." Apa masalah mamat ni. Tak nak lah cinta. Nampak pelik lah.

"Uyoo! Baru kahwin dah panggil cinta." Usik maksuku.

"Awak, jangan lah panggil saya cinta." Rengekku.

"Tengok muka saya. Nampak macam saya kisah ke?" Ish! Tak suka lah.

"Dah, dah kamu berdua pergi lah masuk tidur. Dah lewat ni." Sambung mak mertuaku pula.

Sampai di bilik, jantungku mula berdegup laju. Tak akan lah aku nak tidur dengan lelaki. Walaupun dah halal, tapi rasa pelik.

"Sinilah." Panggilan Adrean buatkan aku tersedar dari khayalanku.

"Kita tidur sekali?"

"Mestilah tidur sekali, kita kan dah jadi suami isteri yang sah. Tak akan kita nak tidur berasingan."

Ada betul juga cakap Adrean. Tapi aku masih rasa pelik. Nak tak nak aku kena jugak biasakan diri.

Tanpa berfikir lagi aku terus memanjat naik ke atas katil.

"Sayang..."

"Jangan cakap apa-apa, tidur aje." Aku takut kalau Adrean tuntut hak dia malam ni. Baik aku potong ayat dia dulu.

"Haha, macam tahu-tahu aje. Mungkin bukan malam ni." Ish! Yang bukan-bukan aje lah suami aku ni.

"Dah lah tidur, saya mengantuk."

"Okay, sayang." Aku tak suka dengan panggilan tu, tapi lebih baik sayang dari cinta.

Cinta Yang Tersakiti [Complete]Where stories live. Discover now