Bab 5

158 8 0
                                    



"Maksu, Nana keluar dulu ya. Assalammualaikum. Bye maksu!" Aku rasa sedih sebab kena tinggal maksu, walaupun dua hingga tiga hari aje.

"Okay sayang, hati-hati. Waalaikummusalam."
Aku yakin maksu pun tak sampai hati nak lepas kan aku tidur rumah kawan. Tapi tak apa sekejap aje! Lagi pun Dania tu perempuan, mesti maksu okay aje.

"Dania, malam ni kita beli makanan dekat kedai depan tu je lah ye. Aku malas nak masak." Kita kan perempuan, mesti akan ada satu hari tu malas nak masak. Betul tak perempuan dekat luar sana?

"Okay, aku pun memang ada niat nak beli. Memang tak lah nak masak, kita tinggal berdua aje." Haha, Dania lagi teruk. Dia memang tak nak masak.

Dalam beberapa harini, aku dah tak ada mimpi yang macam sebelum ni. Pelik. Tapi dalam masa yang sama aku bersyukur.

Jam menunjukkan pukul 8:00 malam. Seperti yang dijanjikan, aku dan Dania akan pergi kedai untuk beli makanan malam ni.

"Dania, kata nak pergi beli makanan. Jom lah!"

"Alana, aku tak larat lah nak pergi. Aku rasa macam nak demam. Kalau kau pergi sorang boleh ke?" Macam-macam lah dia ni. Kalau malas cakap aje lah.

"Ha tak apa lah, aku pergi sorang aje. Kau nak makan apa ni?"

"Beli je lah apa-apa. Tapi aku nak milo suam tau."

"Okay."

Aku tak suka sunyi. Tapi itu lah tengah berlaku sekarang. Sekarang masih awal lagi, tapi entah kenapa kawasan rumah Dania dah tak ada orang. Kosong.

Aku memilih jalan yang agak sunyi, sebab jalan tu tak sampai beberapa meter dah nampak kedai. Jadi tak ada lah takut sangat. Perjalanan aku masih terang dengan lampu-lampu jalan, tapi tiada orang.

Semasa aku jalan, aku rasa seolah-olah aku diperhatikan. Aku dengar satu kenderaan yang sama bunyi macam kejadian dahulu. Van! Aku mula rasa takut. Tiba-tiba van tersebut berhenti di sebelahku.

Ada beberapa jejaka menarik badanku ke dalam van tersebut. Aku diculik oleh beberapa jejaka yang berada di dalam van. Mulutku ditekup dengan kain dan semuanya berlaku dengan pantas. Duniaku menjadi gelap.

Cinta Yang Tersakiti [Complete]Where stories live. Discover now