Bab 33

144 9 1
                                    



Setelah selesai aku solat subuh. Aku duduk di atas katil. Masih terfikir tentang message semalam.

Tiba-tiba pintu billiku terbuka.

"Sayang?" Ternyata Adrean. Siapa lagi yang mahu masuk bilikku selain dia.

Aku hanya diam. Kecewa dengan perbuatan dia semalam. Apa salah aku sampai dia marah sangat dengan aku?

Adrean mendekatiku dan memegang kedua-dua belah tanganku. Dia melutut di hadapanku.

"Abang minta maaf tentang semalam, sayang. Abang pun tak sangka abang boleh marah dengan sayang sampai macam tu. I'm sorry." Ujar Adrean.

"Tak apalah benda pun dah jadi. But abang kena promise next time abang tak buat lagi." Ujarku sambil tersenyum lebar.

Adrean bangun dari tempat duduknya dan menarik tubuhku ke dalam pelukkannya.

"Promise!" Adrean mengucup dahiku lembut.

Alhamdulillah semuanya dah kembali okay.

____

Hari ini aku buat keputusan untuk berjumpa dengan Dania dan Alex. Aku dah minta izin dekat Adrean untuk keluar dengan mereka.

Kami bertiga berjumpa di cafe yang baru buka di kawasan berdekatan rumahku. Aku memilih tempat yang jauh dari orang.

Dania dan Alex sudah pun tiba. Dua orang ni asyik berkepit aje!

"Hai Alana!" Ujar Dania dengan suara yang sangat ceria.

"Hai." Balasku sambil senyum.

"Aku ajak korang berjumpa ni bersebab." Ujarku untuk memulakan perbicaraan.

Aku harap benda ni akan selesai dengan secepat mungkin.

"Kenapa? Aku ingat kau nak ajak jumpa sebab rindu kita orang aje." Ujar Dania sambil mencetuskan ketawanya.

"Semalam Adrean marah aku sebab aku pergi office tak bagi tahu dia."

"Bangang lah mamat tu! Benda kecil aje, suka hati nak marah kawan aku. Aku bagi penampar dekat muka dia baru tahu!" Maki Dania kepada Adrean.

Haih lah Dania garang sangat kau ni. Semoga Alex terus bertabah dengan sikap kau Dania.

"Jangan lah cakap macam tu Dania. Adrean tu kan kawan kita juga." Pujuk Alex kepada Dania.

"Kawan apanya kalau sampai nak marah Alana!" Sambungnya lagi.

Macam menyesal pula bagi tahu dekat Dania. Haha.

"Dah dah jangan gaduh. Tadi pagi Adrean dah pun minta maaf dekat aku. Dia tak sengaja marah aku." Ujarku lembut.

"Baguslah, nasib dia dah minta maaf." Kata Alex.

Dania hanya menjulingkan mata ke atas. Marah lah konon. Haha.

"Korang tengok ni.." Aku menunjukkan message semalam kepada Alex dan Dania.

-Unknown
Lebih baik kau jauhkan diri dari Adrean.
His Mine!

Dania terus merampas telefon dari tanganku.

"Eyh, Dania kau nak buat apa ni!?" Soalku cemas.

"Nak maki dia lah, suka hati je rebut jantan orang." Balas Dania dengan nadar suara yang tegas.

Aku cepat-cepat merampas telefonku semula. Bahaya Dania ni.

"Aku suruh kau tengok, bukan tolong maki." Ujarku sambil jeling ke arahnya tajam.

"Saya rasa tu Mia." Ujar Alex yang dari tadi diam.

"Huh!? Mia gedik tu? Mia ex-girlfriend Adrean ke?" Soal Dania dengan nadar mengejek.

Alex hanya menganggukkan kepalanya.

"Saya pun rasa macam tu." Balasku tanda menyokong kata-kata Alex.

Tiba-tiba ada satu sosok lelaki yang sangat aku kenali. Adrean! Tetapi dia tidak berseorangan. D-dia dengan Mia! Mereka menuju ke cafe ini.

Mia memeluk lengan Adrean, tapi Adrean tak marah atau halang Mia!?

"T-tu Adrean kan!?" Soalku sambil tunjuk je arah mereka.

Alex dan Dania berpaling ke arah mereka. Alex hanya menganggukkan kepalanya.

Dania yang ingin bangun dari kerusi itu aku tahan. "Jangan buat kecoh dekat sini Dania. Kita tengok je apa mereka buat." Ujarku.

Dania duduk balik dan hanya mendiamkan diri.

"Kita tengok mereka buat apa. Kalau boleh biar sampai Adrean perasan kita dekat sini!" Ujar Alex.

Aku hanya mengangguk. Lelah bila tengok suami curang untuk kali ke dua. Aku penat.

Air mataku mula mengalir di pipi. Aku mengusap perutku.

"Sayang kalau satu hari kita hidup tanpa daddy, mummy minta maaf ye." Ujarku perlahan supaya Alex dan Dania tidak mendengar perbualan aku dengan anakku.

Tepat aku mengangkat mukaku, mataku bertaut dengan mata Adrean. Lama kami bertentang mata.

Aku bangun dari kerusi dan terus keluar dari cafe itu. Dania dan Alex mula mengikuti langkahku.

Adrean juga bangun dan mula mengejarku. Adrean menarik tanganku lembut.

"Sorry sayang. Abang boleh explain apa yang sayang nampak tadi."

Tiba-tiba Mia memegang tangan Adrean "Baby cepat lah I lapar ni."

Aku melihatnya terus pergi dari situ. Ada kereta laju menuju ke arahku dan tidak sempat untuk aku mengelak, duniaku juga mula menjadi gelap.

"Alana Alana!"

"Sayang"

"Alana!"

Suara yang aku dengar makin lama makin perlahan.

Cinta Yang Tersakiti [Complete]Where stories live. Discover now